About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Friday, 7 March 2014

menangis dalam rindu

~bismillah~

suatu petang yang indah
angin bertiup sepoi-sepoi bahasa
sinaran matahari yang memancar dengan teriknya
semakin menghangatkan hati yang sedang berduka

di sebuah tempat itu
diri bersiar-siar ambil angin petang
yang ada di situ 
hanyalah diri, tasik dan alam
melayani perasaan
membelek-belek kenangan silam
yang semakin berputar ligat dalam ingatan

di situ tempat pertemuan dua hati
di situ tempat perkenalan
di situlah kisah diri dan dia bermula
tasik itulah saksi keakraban diri dan dia
sebagai sahabat hingga syurga

angin yang bertiup kencang 
seperti berbicara dengan diri
cuba memahami bahasa tangisan yang diri pamerkan
melalui setiap titisan air mata yang mengalir

alam seperti memahami keadaan diri
yang sedang di ambang kesedihan
sebak di hati tak mampu ditahan lagi

di tasik itu
bermain kayak bersama
berborak bersama
mendalami hati dan peribadi masing-masing
semuanya bermula di atas sebuah kayak
mendayung kayak bersama sambil menikmati keindahan alam
dengan dia, saat itu, diri sudah dapat rasakn tautan hati

memandang tasik itu
bayang-bayang dua insan mendayung-dayung kayak
semakin jelas dalam ingatan
diiringi gelak tawa riang
hanya senyuman tak pernah lekang di bibir

air mata semakin laju merembes
tatkala terkenangkan saat bahagia itu
bayang-bayang dua insan itu berjalan-jalan mengelilingi tasik
masih terus bermain di mata

ya Tuhan
betapa diri merinduinya
diri menangis lagi kerana hati yang sudah tak tertahan

kini 
banyak yang sudah berubah
kehidupan
ikatan
dan juga hati

semuanya sudah tak sama macam dulu
kalau dalam masa diri masih sendiri ni pun
diri sudah terasa sunyi
nikan pula diri sudah bergelar isteri

ya Allah...

T_T


p/s: sampaikan salam diri padanya. tolong Kau jaga dia dengan sebaik-baik jagaan. dia, cermin diri. dulu, kini dan selamanya,

Monday, 3 March 2014

en siyah #Pengakuan

~Bismillah~


di sini, pada hari yang indah ini,
diri ingin membuat sebuah pengakuan
yang mungkin diri tak pernah buat sebelum ini
entahkan kerana keegoan diri yang kian memuncak
setelah diri tidak lagi bergelar pelajar
harapnya tidak

pengakuan ini sangat ringkas dan padat
insya-Allah bisa membuatkan pembaca sekalian mengerti

diri akui bahawa en siyah muhammad merupakan seorang muslimah yang baik
hatinya suci dan luhur bagaikan air sungai yang mengalir
bersihnya membuatkan hati berasa tenang tatkala memandangnya
jiwanya kental melayari bahtera kehidupan yang sentiasa dilanda ombak ujian
lembut hatinya bisa membuatkan hati sesiapa pun cair
merasakan keluhuran budi perkertinya

en siyah muhammad
beliau merupakan seorang sahabat
yang sanggup melakukan apa saja demi kebaikan dan kebahagiaan sahabat-sahabatnya
jika diri jatuh tersungkur, dialah yang akan membangunkan
jika diri lemah, dialah yang akan menguatkan
jika diri kesepian, dialah yang akan menemankan

diri sangat merinduinya
harapnya dia sihat wal'afiat
dan semoga kebahagiaan saja yang mengiringinya

en siyah
saya sayang awak
sampai bila2

Dua jenis cinta

~Bismillah~




sudah agak lama tak menyinggah di sini dan mengukirkan kata-kata
lambakan kerja yang tak pernah berkesudahan 
dan tahap kesibukan yang terlalu menggunung tinggi membuatkan diri sentiasa terkejar-kejar
dalam melakukan sesuatu
harapnya setelah bernikah nanti kesilapan yang sama takkan diulangi lagi

sesungguhnya diri ingin berubah
ke arah yang lebih baik
seperti'nya'
mohon kekuatan darimu ya Allah
kerana Engkaulah sumber kekuatan bagi hamba-hamba-Mu yang lemah

selama 24 tahun diri ini hidup atas muka bumi Allah ini
ada satu perkara yang amat besar makna dan nilainya dalam hidup
sejenis makhluk bernama manusia
yang mungkin tak bisa dinikmati oleh makhluk lainnya
CINTA

satu kata keramat yang kuasanya tak mampu ditandingi oleh apa-apa
demi cinta, yang lemah kan menjadi kuat
demi cinta, yang sakit kan menjadi sihat
demi cinta,yang keras kan menjadi lembut
demi cinta, yang jahat kan menjadi baik

kerana cinta adalah anugerah-Nya
kepada sesiapa saja yang mencarinya dan mengejarnya
kerana ingin mengenali Penciptanya

selama 24 tahun diri ini hidup jualah
ada tiga cinta utama yang perlu diri berikan keutamaan
cinta Allah
cinta Rasulullah
cinta ibubapa
tiga cinta yang takkan pernah surutnya dalam hati ini
selagi nyawa dikandung jasad
hingga ke akhirnya
ketiga-tiga cinta ini diri simpan kemas 
takkan ada yang bisa menggantikan cinta-cinta ini sebagai tempat pertama
di sudut hati diri

namun selain itu
dua lagi jenis cinta yang diri turut pelajari
sejak Allah menemukan diri dengan 'dia'
cinta pada'nya'
cinta sahabat

bagi diri, semua perkara yang Allah jadikan di dunia ini
pastikan ada perkaitannya
dan kerana mengenali'nya' jualah
diri bertemu dengan seorang sahabat hebat yang rasa cintanya pada sahabat lainnya
kerana rapat dengan'nya'
diri juga jadi semakin rapat dengan sahabat itu

ini lagi satu kehebatan cinta  yang diri temui dalam cinta'nya'
tapi sesungguhnya kerana rahmat Allah jualah
terikatnya sebuah ikatan silaturrahim itu
dan dengan izin-Nya jugalah 
kapan saja ikatan itu bisa terputus atas sebab-sebab tertentu

apa saja kesilapan yang mereka buat pada diri
tak ada kata yang mampu menandingi kata 'maaf''
demi menjaga ikatan ini

salah satu penderitaan hidup yang paling tak mampu diri hadapi dalam hidup ini ialah
penderitaan kehilangan sesuatu yang paling berharga dalam hidup
kehilangan
adalah sebuah kata yang paling diri benci untuk terima
dan diri tak pernah bersedia untuk menhadapi saat kehilangan
orang-orang yang diri sayang, termasuklah sahabat yang diri telah melukakan hatinya

entah kenapa, malam ini, diri jadi rindu sangat pada sahabat
sahabat yang tak pernah berhenti berceloteh itu dan ini
yang setia berkongsi rasa dan segala rahsia
hanya dia sahabat terbaik setakat ini

diri tak tahu apa yang diri sedang nukilkan di sini
tapi itu sajalah nukilan buat masa ni setelah sekian lama dibiarkan laman ini bersesawang

sama-sama kita muhasabah diri
muhasabah cinta

wallahua'lam

Sunday, 26 January 2014

Sudah lama kan?

~Bismillah~


Assalamualaikum. Apa khabar? Harap semuanya sihat di bawah lembayung cinta dan rahmat Allah.

Sebelum saya membuat lesson plan saya, suka saya untuk singgah sebentar di sini dan berceloteh dengan kamu. Maklumlah. Tangan ni terasa macam dah lama tak menulis. Berkongsi kata-kata hikmah dengan kamu. 

Sebenarnya, tak ada apa sangat yang nak diceritakan. Sekadar menyinggah untuk berkongsi rasa dan pendapat tentang perkara-perkara yang baru saja berlaku sejak mutakhir ni.

Apa lagi kalau bukan perkahwinan.

Alhamdulillah... bulan ini saja dah ramai pasangan yang berkahwin, kan?
Cepat jodoh mereka datang menerpa...
Cepat kumbang-kumbang soleh ni membawa rombongan menyunting dan seterusnya menikahi bunga-bunga solehah.

Semoga Allah memberkati pasangan2 mempelai yang baru saja diijab kabulkan,
terutamanya buat kedua-dua sahabat saya dan pasangan masing-masing; Laila dan suami serta Abang Firdaus dan Kak Ara.

Tak sangka... masa berlalu dengan begitu pantas. 
Seolah-olah macam baru semalam bersama mereka dan berborak-borak panjang,
tiba-tiba dapat khabar mereka sudah bernikah.

Subhanallah... maha hebat kuasa Allah tu. Segala yang dirancang-Nya berjalan dengan begitu baik sekali.

Bila teringat pada sahabat-sahabat yang telah bernikah, saya jadi semakin ingat pada banyak ayat-ayat Allah dan kata-kata Rasulullah yang menekankan soal pernikahan.

Antara yang menjadi feveret saya adalah ayat-ayat dan hadis-hadis yang menjelaskan tentang rezeki yang Allah janjikan bagi seorang lelaki dan perempuan setelah bernikah. Contohnya:

1) Dan kahwinkanlah orang bujang dalam kalangan kamu dan orang yang soleh daripada hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Sekiranya mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada limpah kurnia-Nya, kerana Allah maha luas rahmat-Nya, lagi maha mengetahui. (Surah An-Nur:32)

2) Taat kepada Allah dalam perkara yang diperintahkan kepada kamu, iaitu perkahwinan. Allah pasti menunaikan janji-Nya kepada kamu, iaitu kekayaan. Allah menegaskan, "Sekiranya mereka miskin, Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya." (Hadis oleh Ibnu Abi Hatim)

3) Aku hairan mengapa masih ada orang yang ragu-ragu terhadap rezeki yang bakal diterimanya melalui pernikahan, Allah sudah berjanji seperti dalam ayat-Nya yang berbunyi, "Sekiranya mereka miskin, Allah memampukan mereka dengan kurnia-Nya." (Hadis oleh Al-Qurtubi)

... dan banyak lagi.
Tak tertaip dek jari-jemari ni.

Pendek kata, kalau kita lihat zaman sekarang ni, masih terdapat banyak golongan yang enggan bernikah, sebab mereka rasa mereka belum cukup mampu untuk menanggung pihak yang satu lagi ataupun takut rezeki mereka akan berkurangan. Sedangkan, dalam ayat-ayat Allah dan hadis-hadis Rasulullah di atas, mereka dah jelaskan dah bahawa sekiranya kita bernikah, Allah akan buka pintu rezeki untuk kita seluas-luasnya dan rezeki kita akan bertambah daripada kurnia-Nya. Bukan setakat pernikahan, malah apa saja kebaikan atau amalan soleh yang kita lakukan dalam hidup kita ni, perkara yang sama Allah akan lakukan, iaitu menambahkan kekayaan kita dengan kurnia-Nya sebab rahmat Allah tu terlalu luas. 

Walaupun sudah tahu kebenaran ni, tapi masih ramai lagi yang berdegil. Tidak mahu berkahwin. Mereka merasakan bahawa hidup bersendirian itu jauh lebih baik daripada berdua atau bertiga atau lebih.

Tak apalah. Setiap orang ada pendapat sendiri, kan?
Saya hormat sebab pernah suatu ketika dulu, saya turut merasakn benda yang sama.
Saya merasakan seolah-olah perkahwinan ni sesuatu yang membebankan dan menyusahkan.
... dan menyakitkan bukan membahagiakan.

Tapi setelah selak-selak dan semak semula ayat-ayat Allah dan kata-kata Rasulullah tentang pernikahan, persepsi buruk saya tentang pernikahan terus berubah. Kini, saya pandang pernikahan bukan lagi sebagai sesuatu yang hanya mendatangkan kesedihan, tetapi sebagai sebuah hadiah yang sangat istimewa yang Allah dan Rasulullah tawarkan buat kita semua.

Tidakkah kita berasakan bahawa kita ni adalah makhluk Allah yang paling beruntung?

Perkahwinan atau pernikahan, bagi saya adalah bentuk manifestasi cinta Allah terhadap semua hamba-Nya dan cinta Rasulullah saw terhadap umat baginda.

Sungguh saya rasa kita semua sangat beruntung sebab mendapat rahmat ini..

Jadi, usahlah ragu lagi. Just percaya dan yakin bahawa yang baik itu datang daripada Allah.
Kalau kita buat satu kebaikan hanya kerana Allah, beribu-ribu kebaikan yang Allah akan beri semula kepada kita sehingga kita tak terbayang bentuk-bentuk kebaikan yang Allah nak beri tu.

Pemurahnya Allah, kan?

Sama-samalah kita renungkan ya dan mari kita semua bermuhasabah.

Wallahua'lam.



Selamat pengantin baru untuk mereka yang baru bernikah dan tahniah saya ucapkan sebab anda sudah menjumpai mutiara yang paling mahal di dunia ini yang akan bersama-sama menarik tangan anda menuju Allah.

Insya-Allah 

:')

Nota kaki: menulis sambil tersenyum dengan lebarnya.

Sunday, 19 January 2014

I'm just me-P1

~Bismillah~

I know you guys have been waiting for my new post for such a long time and
I'm just so sorry for not being able to update new posts as I'm getting busier this new year.
But no matter what, I hope you guys have been looking forward to know my new updates.
So stay calm and keep reading.

This post is going to be just simple and straightforward in which I will be talking specifically about myself.

Actually just now, right before I posted this entry, I tried to record a few videos to be uploaded on my Youtube channel. But all of them didn't work out. You know what, I just can't film a good video just like my inspirers. Michelle Phan, Aiman Azlan, Aisya Syakira, Adibah Awang... all of them are very great vloggers. They are good bloggers to. They have talents in both speaking and also writing. But me... it's pointless to state here but I'm going to say it anyway... 

I'm such a suck when it comes to speaking in front of a camera (webcam actually)...

I wish I could be like all of them (stated above). I also want to have my own Youtube channel whereby I can upload as many videos as possible telling people so many things about my life. I just want to inspire other people through my videos but when I had created one, I failed to get people's attention to even watch my videos. Because (I know) all my videos are sucks and none of them inspires anyone. How sad is that.

Until now, I'm still looking for my own special features but I just don't know in which area does my talent lie.
I've such no talent in almost everything. (I'm feeling down again)

I think I'm lost in the battle.
Sorry, can I have some tissues? (feeling like crying)

Why can't I be a source of inspiration to anyone?
None of these two skills; writing or speaking I'm good at.

I'm such an untalented person.
Oh God, why must I feel this way about myself?
When I was a kid, I always believed that one day I could see my true self, which at least I could try
to discover my true identity without imitating others. But I don't think that is what I'm doing right now.
All I can see now in myself is that I've always tried to pretend to be like other people; like Michelle, Aiman, Adibah etc.... although I know it's nearly impossible for me to be one of these great people whom I respect so much.

I feel very stressful right now and I'm tired too.
I do wish I could be like these people but doesn't that mean I'm still keeping my true identity?

What is my true identity anyway?
What am I?
No, the question is supposed to be like this...
WHO AM I????????

Yes, I'm Wan Hazimah. Mostly everyone knows that. They know my name. My look. My personality.
But the only think that they and I myself don't know is that what and who am I to them?

Oh Lord, I've no idea of what I'm babbling about right now.

But all I'm saying is that, no matter how much I struggle to inspire other people,
no one would get inspired by me. And the worst fact that I would ever have to accept in my life is that
none of those people out there would love to have me as their source of inspiration.

Seriously, this is the most saddest thing about myself. About a lady named Zimah.
I'm so helpless. 
I think I'm useless too. 
I just can't find the ways to shine again.
My life is getting dark again.
'My star' has stopped to shine and I almost stop shining...

What should I do???

to be continued...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails