About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Sunday 7 June 2009

Selamat Hari Lahir, kakanda!!!

Salam.



Sedang saya asyik membaca blog saya di bawah tajuk, "Hati yang kau sakiti (edisi 4: Rintihanku)," saya perasan ada seseorang telah menghantar komen kepada saya.

fathiyyah

June 5, 2009 3:56 PM

wei budak kecik..sila bg sekurang2nya 5 alasan mengapakah kamu tidak wish sy birthday ari tuuu??
sms pun tarakk.. haiyaa..

p.s: nnt i balik,nk pegi genting kan?cari weekend yang emak,u,hafiz n zaim free utk kkuar pegi jalan2.. Org2 besar tak bley join laa.. p.s lagi : i belanja u all..tapi kalau u nak top up skit2 bley gak..huhu..





Kesian dia. Inilah kakak saya, kak uda. Macam manalah saya boleh terlupa tarikh lahir dia. Sedangkan awal-awal lagi sata sudah pasang niat untuk menjadi orang pertama untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir padanya. Tapi akhirnya, disebabkan terlupa, semuanya tak menjadi. Sedih jugak sebenarnya. Kalau kak uda sedih, saya sebenarnya lagi sedih sebab telah mengecewakan orang yang saya sayang.

Tapi, pada hakikatnya, Hazimah yang kini memang begitu. Maksud saya, kalau dulu saya seorang yang tidak pernah lupa tarikh lahir orang-orang yang saya sayang, namun sekarang saya bukanlah seperti itu lagi. Mungkin sebab dulu, saya selalu tidak ketinggalan mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada mereka, tapi semasa hari lahir saya, tiada seorang pun yang ingat, lebih-lebih lagi orang-orang yang berada paling dekat dengan saya. Bukanlah nak kata saya berdendam, cuma bagi saya sekarang, tarikh lahir bukanlah segala-galanya. Selagi cinta dan kasih sayang kita terhadap mereka masih kekal di dasar hati, itu pun sudah lebih dari mencukupi. Sebab itulah saya lebih suka memberikan hadiah ulang tahun kepada mereka sebelum tarikh lahir mereka. Walau begitu, saya masih dirundum rasa bersalah kerana kak uda pernah cakap dulu, memberi ucapan ulang tahun kepada orang2 yang kita sayang itu adalah suatu perbuatan yang mampu mendatangkan kebahagiaan kepada mereka. Alamak, panjang pulak membebel...

Oklah. Saya janji dengan kak uda. Sebagai denda saya lewat wish Happy Birthday untuknya, saya akan menulis post tentang dirinya. Tapi ringkasan jelah ye, kak uda. Kalau nak tulis panjang lebar, alamat tahun depan takkan habis. Sebelum tu, mari saya tunjukkan personaliti yang dimiliki oleh mereka yang lahir pada bulan Jun ini ataupun berzodiakkan Gemini ini dan ini merupakan hasil kajian Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah sendiri...



JUN

* Berfikiran jauh & berwawasan. * Mudah ditawan kerana sikap baik. * Berperangai lemah lembut. * Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. * Idea yang terlalu banyak di kepala. * Bersikap sensitif. * Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). * Sukar melakukan s
esuatu dengan segera. * Bersikap suka menangguh-nangguh. * Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. * Cepat marah & cepat sejuk. * Suka bercakap & berdebat. * Suka buat lawak & bergurau. * Otaknya cerdas berangan-angan. * Mudah berkawan & pandai berkawan. * orang yang sangat tertib. * Pandai mempamerkan sikap. * Mudah kecil hati. * Mudah kena selsema. * Suka berkemas. * Cepat rasa bosan. * Sikap terlalu memilih & cerewet. * Kurang mempamerkan perasaan. * Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. * Suka pada barang yang berjenama. * Mudah menjadi eksekutif. * Kedegilan yang tidak terkawal. * Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.


Amacam? Sama tak dengan kak uda? Hehehe... in sha'a Allah. Ada sebahagian yang memang sangat ada pada diri kak uda tapi ada jugak sikit2 yang tak sama langsung dengan kak uda. Contohnya... tak payah sebutlah. Takut nanti meng'aibkan kak uda pula. Tetapi apa2 pun, kak uda tetap sangat isitiwewa!

Apa ya nak cerita pasal kak uda ni? Hmm...

Wan Fathiyyah ni memang seorang kakak yang sangat2 baik dan sangat2 prihatin dengan adik2 dia, lebih2 lagi dengan sayalah. Sebabnya, kami ni kan kembar! Dia seorang yang sangat bijak dan paling cergas dalam keluarga kami. Sentiasa mengharumkan nama keluarga dan selalu menjadi kebanggaan mak ayah. Dia selalu menjadi pendorong dan semangat untuk saya dalam pelajaran. Kalau saya resah atau gelisah dalam perkara yang berkaitan dengan belajar, cinta atau diri sendiri, dia pasti akan ada di sebelah saya dan meminjamkan bahunya untuk saya menangis. Tapi, style dia lain sikitlah dari orang lain. Mula2 dia bagi nasihat kat saya lembut2 tapi bila dia tengok saya ni keterlaluan, maksudnya emosi melampau sangat kat situlah dia dah start bengang. Masa tulah dia marah saya! Tapi saya tak kesah. Sebab bagi saya, kerana dia selalu marah sayalah, saya menjadi Hazimah yang baru! Sebab dia selalu marah2 sayalah, saya tidak lagi menjadi adik dia yang lemah dan mudah dikalahkan dengan segala ujian yang datang menimpa. Kerana kemarahan diaa jugaklah, saya berjaya dalam peperiksaan SPM. Saya sangat bangga dan bertuah punya kakak seperti Wan Fathiyyah. Setiap detik, setiap saat tidak pernah diri ini dilupainya. Setiap kali ulang tahun saya, dialah satu2nya orang yang tak pernah lupa untuk mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada saya. Jika dia tiada di depan mata, pasti dia akan menukarkannya dengan sesuatu yang lain sebagai pengganti dirinya. Sejujurnya, setiap entry yang dia tulis dalam blog dia tentang kami ataupun diri saya, air mata tak pernah berhenti mengalir. Betapa saya tersangatlah merindui dirinya.

Tiba2 pulak rasa sebak bila tulis entry ni...

Terakhir sekali, saya ucapkan Selamat Hari Lahir kepada kakanda Wan Fathiyyah. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati serta dirahmati Allah. Semoga kakanda sentiasa dicintai dan dikasihi Allah sebagaimana adinda di sini mencintai dan mengasihi diri kakanda.






Sekian.


p/s: Sorilah kak uda kalau post ni terlalu simple atau tak sesuai untuk dijadikan hadiah ulang tahun kak uda. Sebenarnya kekurangan idea. Sebab kadang2 benda2 mcm ni susah utk diungkapkan dengan kata2. Tapi ni sajalah apa yang terlintas di fikiran imah sekarang. Selamat maju jaya dalam exam. Buat yang terbaik! Tak sabar nak jumpa u nanti. Blh gi genting sama2!!!



Take care...

2 comments:

nannychomel said...

Amboi...amboi....panjangnya birthday message utk Kak Uda. Mak nak jugak nanti k

Zimah Zaiwani said...

nannychomel:

hehehe... x tau nk tulis apa senanya. ok2. beres. nnt utk mak, imah tulis lg panjang lebar..... hehehe.... luv u mak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails