Kak Tiqah: Salam zimah, pertamanya akk nk bgtau yg akk hny lah pndebat sekolah picisan yg sgt kurg pnglmn..klw nk dibandingkan dgn radin rahmah (kwn kak thia kt mesir) atau naqeb (kalau awk kenal-die stdy medik jordan). Dieorg antara figure yg bpnglmn, jd lg baik awk btnykn mreka klw bksmptn. Tapi ada bbrp poin akk boleh kgsikan spjg akk msuk dbt:
Gaya persembahan -
tidak terlalu dikawal utk elak dr menampakkan diri tidak natural, (stage-fright) tetapi pendebat yang baik akan mampu conceal / menyembunyikan riak wajah & gayanya yang menampakkan rasa gementar.
Aspek bahasa juga amat penting -
elak "terlalu serius" dan "straight-forward" dalam penghujahan. Di pentas, manfaatkan gaya bahasa yang cantik (bukannya terlalu berbunga-bunga xd salahnya jika sesekali menggunakan bahasa kiasan, dan seumpamanya selagi mana ianya membantu penghujahan dengan berkesan. Bahasa yang terlalu berbunga-bunga tetapi tidak membantu penghujahan memang dilarang sama sekali bukan sahaja dalam debat peringkat sekolah bahkan peringkat universiti pun.
Berhati-hati dgn ap yg diucapkan -
setiap pendebat/pembahas wajib bertanggungjawab terhadap apa yang dituturkannya. Maknanya, jika anda katakan 8 ciri, maka anda harus buktikan sekurang-kurangnya sebahagian ciri-ciri tersebut. Bukan ckp kosong. sbb tu pemahaman konsep thdp usul yg didebatkan sebaiknya dibawa mudah, senang difahami dan tidak berbelit-belit. lawan x pening, hakim x pening, penonton pun x pening. jauhkan juga hujah berlapis-lapis. pnggunaan analogi mbntu phujahan tp elakkn analogi yg mengelirukan. fakta kes- jgn tipu (ni selalu debater buat zmn sekolah, skrg dh universiti maka kne jd mhssw minda kelas prtama).
Ni je kot yg mmpu akk kgsi, hrp mmbntu ye zimah Miss u too dear.
* Mahu jadi pendebat terbaik? Ikutilah tips-tips Kak Tiqah ni. Semoga membantu bagi adik-adik yang ingin cuba menceburkan diri dalam dunia perdebatan bagi tahun-tahun akan datang.
p/s: Thanks Kak Tiqah, sbb berkongsi ilmu. May Allah bless.
Wallahua'lam.
Salam sayang,
Qamar