Salam.
Pabila kecewa menyelubungi diri,
amat terasa diri ini berdosa,
seperti ingin mencipta satu alat
untuk kembali ke masa lalu.
Memperbaiki kembali segala kesilapan
yang pernah dilakukan,
terhadap diri, keluarga, sahabat,
malah lebih utama lagi kepada Dia.
Tatkala kecewa datang menghantui,
segala kelemahan diri terserlah.
Meminta sesuatu yang tidak patut diminta,
melakukan sesuatu yang tidak patut dilakukan,
mendengar sesuatu yang tidak biasa didengar,
melihat sesuatu yang tidak pantas dilihat.
Segala kemahuan nafsu diturutnya.
Hati memberontak,
bengkak, lebam, meronta-ronta
dek kekecewaan yang semakin menguasai diri.
Kerana rasa kecewanya pada diri sendiri,
segala jadi terlibat sama.
Segala yang dilakukan
jd serba tak kena.
Ada sahaja kesilapan,
ada sahaja kekurangan.
Semuanyaa hancur belaka,
tidak menjadi.
Kerana kekecewaan,
menjadikan diri semakin merasa berdosa,
setiap detik, setiap minit, setiap jam,
tiada suatu saat pun,
merasa diri ini patut dibanggakan
mahupun disayangi.....
Aku,
amat kecewa dengan diriku sendiri.
Di saat ku kecewa seperti ini,
seringkali aku mengadu padaNya,
alangkah lebih baik jika ini tidak dilahirkan,
alangkah lebih baik aku tidak melihat dunia yang penuh penipuan ini,
alangkah lebih baiknya mereka tidak punya anak, kakak dan adik sepertiku.
Inilah yang terjadi,
bila kecewa semakin memakan diri.....
p/s: ampunkan aku, ya Allah.... maafkan aku semuanya (esp. mak, ayah dan keluarga)
Salam sayang,
Qamar
No comments:
Post a Comment