SEMANIS KURMA CINTA
Prolog
Di saat mata bertatap mata
Aku tahu engkaulah si dia
Si dia yang kunantikan kehadirannya
Selama berpuluh tahun lamanya
Di saat hati bersentuhan
Sehinggakan bibir menguntum senyuman
Dari kejauhan kurasakan kerinduan
Bila berdekatan kita berkasihan
Di saat cinta mula berputik
Mata kita makin melirik
Berlalunya masa kian berdetik
Sehinggalah kini hatiku dirisik
Di saat masa berputar deras
Mencemburui kita kelihatannya jelas
Tiadanya kau di sisi hatiku keras
Terasa hangat hatiku dipulas-pulas
Di saat kau menyahut seruan Illahi
Segala nasihat indahmu daku ingati
Akan kusimpan semuanya di kotak memori
Dengan izinNya pastinya kita kan bersua kembali
Mengenalimu suatu hadiah
Bersahabat denganmu suatu anugerah
Berkasih kita keranaNya suatu fitrah
Semanis kurma cinta-kisah kita menjadi sejarah.
**********

Usai menghadap Kekasih hati, dia mengatur langkah ke meja belajarnya. Ditatapnya sebuah gambar seorang jejaka tampan dalam majalah "Indahnya Dakwah," majalah khas yang diterbitkan oleh kelabnya, Kelab Dakwah dan Tarbiyah; yang kelihatannya melirik senyuman manis terhadapnya. Betapa rindunya dia terhadap insan itu, hanya Allah yang tahu. Telefon bimbitnya semakin hari semakin menyepi. Kalau dulu inbox dalam telefon bimbitnya itu sarat dengan mesej-mesej yang berupa nasihat yang dihantar oleh insan dalam majalah itu, kini, semuanya telah tiada lagi. Terasa semuanya kosong, tiada yang terisi.
Gadis ini bernama Nurul Atiqah atau lebih mesra dengan nama manjanya ,Nurul, dalam kalangan teman-teman sekuliyah. Insan yang ditatapnya dalam majalah terbitan kelabnya itu adalah satu-satunya sahabat ikhwah Nurul selama tiga tahun dia mengaji di situ. Ikhwah itu namanya Muhammad Hidayat. Sudah genap lima bulan sahabat yang dikasihi itu meninggalkan Nurul sendirian, meniti hari tanpa ada yang memperdulikan.
Baru sebulan mereka berkenalan dan melalui jalan dakwahlah mereka mengenal hati budi masing-masing. Melalui perantaraan orang tengah dan kecanggihan teknologi moden mereka berhubung. Siapa sangka akan berputik panahan cinta di hati masing-masing. Namun, cinta yang menurut mereka terkandung dua tafsiran yang berbeza. Cinta yang berputik di hati si lelaki adalah untuk mengikat tali suci, namun, cinta di hati sang gadis adalah demi mengekalkan tali ukhuwwah hingga ke syurga. Kedua-duanya menyimpan perasaan tetapi kedua-dua perasaan ini amat sukar ditafsirkan orang mahupun oleh diri mereka sendiri.
Duduknya Nurul dibirai katil di kolejnya itu, dibacanya berulang kali puisi yang dinukilnya selepas beberapa hari pemergian sahabatnya, Hidayat, kembali ke Rahmatullah. Puisi "Semanis Kurma Cinta," memutar kembali kisahnya dengan Hidayat dalam peti memorinya.
Bersambung...

12 comments:
beb, apsal kurma beb? u nk cite pasal cairo ke? :D
hahaha... i nk cite psl kurma malaysia. kurma cairo x mao!
menarik zimah :)
menanti kamu di aksara ya...
trm ksh anuar! tunjuk ajarku sifoo!!! hehe
Gud!!! Aksara tu ape ye?
aksara is a name:)
name of?
blog yg cr bakat2 penulis baru
wow!!! english stories ley x?
not sure bout that. sorri:(
dats ok =(
dik, just found out the aksara blog. i thought it was a joke. now u r becoming a writer la ya? huhu
then, i'm really proud of you
huhu
love from cairo
Post a Comment