Salam.
Wah, sudah lama nampaknya blog ini tidak terisi dengan kisah-kisah menarik. Maafkan saya kerana sudah terlalu lama meninggalkan blog ini. Sampai dah bersawang dah agaknya. Alhamdulillah baru sekarang diberi kudrat untuk mengemaskinikannya. Tapi tak tahulah nak cerita pasal apa lagi. Sebab semua cerita yang ingin saya kongsikan bersifat agak peribadi dan rasanya tak sesuai pula nak diceritakan kat sini. Maklumlah, sebelum ni sudah beberapa kali ditegur oleh kakak sendiri. Jadi, tak naklah pula mengulangi kesilapan yang sama. Nasihat kakak harus didengari sebab dia lebih banyak tahu tentang penulisan blog ini jika dibandingkan dengan diri saya.
Sengaja saya letak lagu instrumental Aku Bukan Untukmu ini sebagai lagu tema blog saya buat masa ini. Sayaa amat suka dengan rentaknya yang sayup-sayup. Alunan merdunya membuat saya mengenang kembali semua kisah-kisah atau pengalaman hidup yang saya telah jalani di suatu ketika dahulu. Ada yang manis dan ada juga yang pahit. Seperti yang selalu dibilang manusia. Hidup ini tidak kita rasa manisnya jika tidak disaluti dengan pahitnya. Itulah kehidupan di dunia ini. Pahit ataupun manis semuanya harus dijalani. Sama ada kita kuat atau tidak dalam menempuhinya itulah yang menjadi persoalan.
Mengingatkan kisah-kisah silam saya itu kadang kala membuat saya tersenyum sendiri. Segala kenangan indah yang saya cipta di ingatan terasa ingin diulang kembali saat itu. Manisnya. Bahagianya. Indahnya jika diberi peluang untuk mengulangi kejadian-kejadian membahagiakan itu. Namun, ada juga sesetengah kisah yang lain membuatkan air mata saya tidak berhenti mengalir setiap kali mengenang peristiwa-peristiwa yang melukakan hati itu. Tapi, macam saya cakap tadi. Kalau kita tak disajikan dengan kenangan pahit, masakan kita dapat merasai kemanisan hidup seperti yang saya rasakan sekarang.
Alhamdulillah, disebabkan peristiwa-peristiwa pahit itulah saya merasai kebahagiaan sekarang. Saya dapat rasakan hidup saya sekarang lebih bermakna, lebih ada ertinya. Tujuan dan matlamat hidup semakin jelas dari hari ke hari. Benarlah seperti yang dikatakan ramai. Pengalaman merupakan guru terbaik. Pengalaman hiduplah yang banyak mengajar saya tentang erti hidup yang sebenarnya. Tanpa semua pengalaman yang telah saya reka sebelumnya, pasti belum tentu saya dapat mengenali Tuhan saya dengan lebih dekat lagi. Tanpa pengalaman-penglaman itu pasti saya tidak tahu erti menghargai dan menyayangi dengan setulus hati. Segala puji bagi Allah yang mentakdirkan hidup saya begini. Dihiasi oleh pelbagai jenis dan corak ujian yang semakin hari semakin mematangkan saya.
Diharapnya para pembaca sekalian juga sama seperti saya. Kita jangan terlalu memikirkan kejadian lepas yang menyakitkan hati kita sebaliknya ambillah pengajaran daripada kejadian-kejadian itu dan kenangkanlah saat-saat, detik-detik yang bisa membuat kalian tertawa kembali. Dan jangan lupa, sentiasalah kita bersangka baik kepada Allah. Setiap yang terjadi ada imbalan yang disediakan. Yakinlah pada-Nya dan sentiasa bertawakkal kepada-Nya. Insya Allah, kita bakal menjalani hidup seperti biasa dengan hati yang lebih tegar dan utuh setiap kali ditimpa musibah.
Wallahua'lam.
p/s: Aku merindui kakandaku, Wan Fathiyyah, Nur Atiqah dan Noor Farieha.
1 comment:
adik, rindu kamu jugak..maaf akak jarang online skang..this week n next week sgt2 lah..semalam ade open house cohort..mmg sgt penat kena masak..adik sihat?x sabar nak balik msia jumpa kamu
-k.ieha-
Post a Comment