Pertama kali dirinya kukenali
Ceria
Pemurah dengan senyuman
Dia penenang jiwa
Dia penghibur hati
Dia mendamaikan
Acap kali bersamanya
Hati ini tidak pernah kesepian
Kerana dia selalu ada
Saat diri memerlukan
Sebab itulah
Dia sangat istimewa
Jika mulut tertutup rapat
Telinganya adalah kunci
Yang membukanya
Untuk mencurah setiap bait kata
Jika air mata membanjiri
Bahunya menjadi tadahannya
Aku tenang bersamanya
Kehadirannya dalam hidupku
Mengubah setiap sudut hatiku
Namun kini
Tiada lagi tawa
Kerana kesibukan yang melanda
Mengalir pula air mata rindu
Rindukan hatinya
Rindukan dirinya
Pabila diri dilanda rindu
Hati tidak keruan
Resah
Bimbang
Tiap kali namanya terbit di ingatan
Apakah dia sihat?
Apakah dia gembira seperti selalu?
Kini hidupku kembali sepi
Kerana tiadanya dia di sisi
Namun kuyakini bahawa
Dia tidak akan pernah melupakan
Seperti aku tidak pernah melupakannya
Siapa dia
Yang begitu istimewa ini?
Jawapannya hanya termaktub dalam hati ini
Hingga bertemu kami semula
Di taman firdausi.
p.s.: Aku merinduinya.
No comments:
Post a Comment