Amarah
Hadirnya dari iblis laknatullah
Bahangnya terasa
Bagai api yang menjilat diri
Panas membara
Amarah
Yang dilontarkan
Bisa menyakiti
Kepingan-kepingan hati
Yang suci
Tanpa diduga
Diri pula dibenci
Amarah
Bukan sifat Nabi
Bukan juga sifat yang diingini
Tapi ia tumbuh dalam diri
Sejak azali
Menjadi darah daging
Yang sukar dihalau pergi
Sekali amarah dilampiaskan
Beberapa titik air mata
Mengalir kerananya
Betapa kuat penangan amarah
Jika ia salah ditujukan
Kawallah amarahmu
Tak kira apa jua situasinya
Sirami amarahmu
Dengan sifat sabar dan istighfar
Sejukkan ia
Dengan kata maaf
Bersulamkan keikhlasan dari hati
Amarah kan pergi
Cinta pula kan bersemi lagi
Nota: Ya Allah, bagaimanapun juga, semuanya salahku. Tapi aku ingin berubah. Menjadi hamba-Mu yang baik dan lemah lembut seperti kekasih-Mu, Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda seperti Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman r.a. serta bonda Khadijah dan Hajar. Aku akan berusaha. Tapi jikalau mereka masih tidak memaafkanku, jika mereka tidak ingin menerimaku semula dalam hidup mereka, aru redha. Tapi aku mohon, janganlah Engkau yang meninggalkan aku sendirian. Kerana aku kan menjadi persis mayat hidup, tanpa cinta dan hidayah-Mu yang terus mengiringiku.
1 comment:
ya rabbi.. memang tengah marah pun sekarang ni zimah. phew ~
Post a Comment