About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Sunday, 22 January 2012

Kahwin 4: Mahligai cinta





"Maha suci Allah yang menciptakan semuanya berpasangan daripada apa yang ditumbuhkan di bumi dan diri mereka, juga daripada apa yang mereka tidak ketahui." (Surah Yasin, ayat 36)

"Dan tiap-tiap jenis Kami ciptakan berpasangan, supaya kamu mengingati kekuasaan Kami." (Surah az-Zariyat, ayat 51)


Salam.

Alhamdulillah, semalam ada dua wedding yang saya attend. Satu, wedding kakak Azrai (jiran saya) dan satu lagi wedding junior saya (al-Amin), Azah. Wah! Dah kahwin dah Azah ni. Sedangkan umurnya itu baru saja setahun jagung, tapi ternyata jodohnya sampai awal. Itulah ketetapan yang terbaik yang Allah berikan pada Azah. Sebanrnya macam tak percaya sangat yang Azah dah kahwin. Mengalahkan saya! (gelak) Saya ni entah bila entah. Tak nampak masa depan kalau dalam bab-bab jodoh ni. 

Tapi sebagai senior dia, saya bahagia untuk Azah. Saya bersyukur sebab akhirnya adik saya ni ditemukan dengan insan yang telah dipilih oleh Allah untuk menjaganya dan memimpinnya mencapai redha Allah. Siapa tak happy melihat orang lain sudah mendirikan sebuah masjid? Insya-Allah apa yang saya harapkan ialah agar mereka berdua mampu membina sebuah keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Semua yang berkahwin, inginkan ini. Tak terkecuali saya :)

Bercakap tentang kahwin, siapa yang tak mahu kahwin dalam dunia ni? Ce angkat tangan macam saya? (tiru ayat Usop Weelcha lah pula) Tak ada. Semua pasti ingin berkahwin. Fitrah manusia yang Allah jadikan dalam diri kita semua ialah setiap daripada kita memerlukan teman hidup. Lelaki perlukan wanita, dan wanita juga perlukan lelaki dalam hidup mereka. Sebab apa? Sebab Allah sendiri dah terangkan dengan jelas dalam kitab-Nya yang agungm bahawa setiap daripada ciptaan-Nya, Allah jadikan pasangan masing-masing. 

Saya tiba-tiba teringat kata-kata Dr. Hafidzi semasa menyampaikan ceramahnya dalam forum "Mahligai Cinta" baru-baru ni. Beliau berkongsi sikit tentang kisah Nabi Adam. a.s. semasa awal-awal baginda diciptakan oleh Allah dan diletakkan di dalam syurga. Masa tu, Nabi Adam a.s. seorang saja manusia yang hidup pada masa tu (tapi dalam syurga, belum diturunkan ke dunia). Suatu hari, baginda rasa resah gelisah. Baginda sendiri tak tahu kenapa, sedangkan dalam syurga Allah tu macam-macam nikmat yang Allah sediakan tapi masih saja Nabi Adam terasa hidupnya kosong. Baginda rasa sunyi dan tidak tenang walaupun pada saat itu baginda berada di syurga. Namun, baginda kurang pasti kenapa baginda berasa demikian. 

Sampailah satu saat, baginda tertidur. Bila terjaga saja daripada lena, bila Nabi Adam a.s. buka saja kedua-dua matanya, baginda terlihatkan satu kelibat sedang duduk di hadapan baginda. Pada masa nilah Hawa diciptakan oleh Allah sebagai peneman Nabi Adam a.s. di syurga. Mulanya baginda pelik, dia rasa makhluk ni sama macam baginda (manusia) tapi lain sikit (tak serupa). Ternyata wanita bernama Hawa itu diijadikan oleh Allah daripada tulang rusuk Nabi Adam a.s. sendiri. Bila Hawa diciptakan Allah untuk Nabi Adam a.s., barulah kegelisahan baginda tadi hilang dan baginda tak berasa sunyi lagi hidup di dalam syurga sebab kini baginda sudah punya teman di sampingnya.

(Seingat saya ada satu ayat Qur'an yang mengisahkan tentang penciptaan Hawa daripada tulang rusuk Adam a.s. Tapi maaf, saya tak ingat ayat berapa. Insya-Allah nanti saya check semula.)

Subhanallah... indahnya fitrah ni, kan? Kalau kita kaji semula sejarah penciptaan dan percintaan Adam dan Hawa, mesti kita akan rasa sebak dan terharu. Kenapa? Sebab siapa pun tidak dapat menyangkal bahawa manusia memang sangat  memerlukan pasangan hidup. Perkahwinan tu merupakan salah satu jalan atau cara bagi mendekatkan diri seorang hamba kepada Tuhannya. Walaupun ia bukanlah satu-satunya jalan, tapi banyak fadhilatnya bila seseorang berkahwin (atau bernikah).

Bukan ke Allah s.w.t. sendiri sudah berfirman di dalam al-Furqan yang bermaksud, 

"Dan sesungguhnya, Dia yang menciptakan pasangan lelaki dan perempuan." (Surah an-Najm, ayat 53) 

Macam yang saya terangkan di atas, setiap lelaki dan perempuan Allah jadikan pasangan bagi diri masing-masing, sebab hakikatnya memang kita saling memerlukan antara satu sama lain, bukan demi kepentingan dunia semata-mata, tetapi demi kepentingan akhirat, demi meraih keredhaan-Nya. Selain daripada berkahwin, memang banyak lagi cara lain yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Contohnya macam banyakkan ibadah, amar ma'ruf nahi munkar, perbanyakkan sunnah Nabi s.a.w. dan sebagainya tapi bagi saya, perkahwinan merupakan antara jalan yang paling mudah untuk mendapatkan keredhaan Allah. Kenapa saya cakap macam ni? Sebab kalau kita kaji balik fadhilat-fadhilat sesebuah perkahwinan, kita akan faham kenapa ianya penting.

Kepada mereka yang tidak ingin berkahwin, pasti punya alasan sendiri. Kenanngan silam yang pahit menghantui, trauma melihat keretakan rumah tangga orang lain, kes dera terhadap isteri dan anak dan macam-macam lagi boleh jadi salah satu sebab mengapa mereka tak ingin berkahwin. Tapi, kalau kita ingat balik ayat-ayat al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w. yang menjelaskan tentang pernikahan, saya yakin pasti pendirian mereka akan berubah slowly. Kepada yang menolak konsep perkahwinan dalam hidup mereka, cuba tanya balik diri kita, kenapa kita tak nak berkahwin sebenarnya? Kalau kerana kisah silam yang pahit tu, kenapa kita biarkan diri masa lalu kita mempengaruhi kita dalam membuat keputusan untuk masa depan? Bukankah kita ni hidup untuk masa depan, bukannya masa lalu? Masa lalu tu adalah sejarah bagi kita. Lebih elok kalau kita tutup buku lama dan buka buku baru pula. 

Bagi mereka yang mempunyai masalah dengan pasangan masing-masing sebelum ini, jika ini yang menghlanag kamu untuk berkahwin, janganlah bersikap prejudis dan tidak adil. Jangan overgeneralize. Tak semua orang dalam dunia ni seperti pasangan kamu yang tidak setia atau penipu tu. Pasti ada hikmah kenapa Allah tak izinkan kamu terus berhubungan. Jadi, ramai lagi insan-insan yang Allah pilih untuk kamu sebagai pilihan dan saya yakin yang mereka lebih soleh dan mulia berbanding dengan pasangan kamu yang tak berapa nak setia dengan kamu tu. Lelaki dan perempuan diciptakan Allah bagi saling lengkap-melengkapi. Allah s.w.t. berfirman lagi yang bermaksud,

"... isteri-isteri kamu adalah sebagai pakaian untuk kamu dan kamu pula sebagai pakaian untuk mereka..." (Surah al-Baqarah, ayat 2)

Sedangkan Nabi s.a.w. pun berkahwin, kenapa tidak kita, umat baginda? Malah, baginda sendiri menggalakkan perkahwinan. Tapi ingat, niat utama perkahwinan adalah kerana Allah dan agama-Nya, bukan kerana cinta semata-mata. Kalau kita ikhlas berkahwin atas rasa tanggung jawab sebagai khalifah di muka bumi ni, cinta tu Allah akan anugerahkan setelah wujud sebuah ikatan yang sah antara kita  dan pasangan kita. Rasulullah s.a.w. sendiri bersabda yang bermaksud,

" Nikah adalah sebahagian daripada sunnahku. Siapa yang tidak suka kepada sunnahku, dia tidak termasuk dalam golonganku." (al-Bukhari)

Tapi, dalam buku "Sebarkan Cinta-Mu" karya Fatimah Syarha, Kak Ha ada menjelaskan, ada sebuah hadis yang mengatakan bahwa wanita yang tidak mahu bernikah (atas sebab-sebab tertentu) tidak dilabel oleh Nabi s.a.w. sebagai menolak sunnah baginda. Ni berdasarkan sebuah hadis (tapi saya kurang tahu sumbernya. Saya akan cuba cari, insya-Allah). Sebabnya, ia menunjukkan bahawa Islam mengormati suara atau hak wanita. Yang pastinya, wanita bukanlah menolak 100% konsep perkahwinan dalam hidup mereka, tapi disebabkan sebab-sebab yang tertentu yang meyakinkan bahawa mereka tidak mampu memikul tanggung jawab sebagai seorang isteri dan ibu, mereke terlepas daripada tanggung jawab berkahwin. Wallahua'lam.

"Empat perkara yang termasuk dalam sunnah-sunnah para rasul adalah memakai inai, memakai wangian, bersiwak dan berkahwin." (At-Tirmizi, Ahmad dan al-Baihaqi)

Kalau nak cerita semuanya di sini, alamatnya sampai minggu depan tak habis agaknya, tapi kalau kita nak tahu apa kebaikan dan kelebihan pernikahan, banyak kitab yang boleh kita rujuk. Contohnya, karya-karya Burhan Sodiq, Ustaz Hasrizal, Ustaz Pahrol dan A. Ubaidillah banyak menekankan tentang isu pernikahan dalam Islam. Saya sering membaca hasil tulisan mereka dan alhamdulillah semuanya memang kena dengan jiwa saya. Cara penyampaian yang tulus dan uslub bahasa yang indah membuatkan saya rasa pernikahan itu juga merupakan sesuatu yang sangat indah sebenarnya bagi seseorang manusia yang bergelar hamba macam kita ni. Jadi, kalau kamu nak tahu lebibagi h tentang manisnya sesebuah pernikahan, tanyalah pada mereka yang sudah membina mahligai cinta sendiri. Tak pun, rujuk pada al-Qur'an, hadis-hadis Nabi s.a.w. dan buku-buku agama pun sudah lebih dari cukup sebenarnya. Ilmu tidak akan mudah didapati mahupun dipelajari tanpa usaha keras dan azam yang tinggi. Tapi, ia sentiasa menanti untuk direbut oleh kita semua. Insya-Allah.

Sekian.


Nota 1: Tahniah kepada adik azah yang sudah menemukan "Adamnya". Semoga Allah memberkati pernikahan mereka berdua dan semoga mahligai cinta yang terbina ini mampu menjadi kekuatan kepada perkembangan da'wah Islam. Sesungguhnya bagi pasangan suami isteri yang soleh dan solehah itu, mereka akan bertemu di syurga dan akan berkahwin lagi sesama mereka di sana. Subhanallah. Seronoknya!
  
Nota 2: Menghitung hari untuk menghadiri majlis pernikahan sahabatku, Farrah Nadia, pula. Disuruhnya saya jadi pengapitnya masa majlis tu nanti. Saya ni dahlah fobia nak jadi pengapit ni sebab saya teringat satu taboo yang nenek moyang kita reka. Mereka cakap anak dara tak elok jadi pengapit sebab nanti lambat kahwin. Waa, saya tak mahu kahwin lambat-lambat! Tapi, orang suka sangat minta saya ni jadi pengapit. Kenapa, ya? (geleng-geleng kepala) Apa-apa pun, saya tak akan miss majlis tu, insya-Allah ;)

Nota 3: Pernikahan memang sesuatu yang indah, indah pada agama, indah juga pada mata manusia. Tapi, ia bukanlah prioriti bagi seorang insan yang terasa dirinya masih kurang berjasa kepada keluarganya (terutama kepada kedua-dua ibu bapanya) dan sahabat-sahabatnya serta cintakan ilmu seperti saya. Dulu impian saya ialah ingin berkahwin awal. Tapi seiring dengan berjalannya waktu, sedikit demi sedikit saya dipujuk dan ditarbiah semula oleh Murabbi saya (Allah 'azza wajalla) bahawa ada banyak lagi perkara yang menjadi keutamaan saya pada saat ini, selain pernikahan. Masih ramai lagi insan yang memerlukan saya dalam hidup mereka. Jika saya berkahwin sekarang, pergerakan saya akan menjadi lebih terbatas kerana menggalas tangungg jawab dalam rumah tangga. Jadi, for the time being, biarlah saya tetap single dulu. Yang paling penting ialah keyakinan pada-Nya. Sungguhpun tiada jodoh yang Allah sediakan untuk kita di dunia, yakinlah bahawa ada jodoh yang jauh lebih baik yang Allah sediakan untuk kita di syurga dan dia sedang menghitung hari menunggu kepulangan kita dan untuk dijodohkan dengan kita. Marilah kita bersangka baik dengan Allah.

Nota 4: Tak sabar nak pergi najlis pernikahan Farrah. Horrraaaaaayyy!!! Semoga Allah permudahkan urusan mereka berdua. Amin.


Wallahua'lam.

1 comment:

Anonymous said...

awak selalu jdi pngapit sbb tuh tndenye xlame lagi awak plak yg kahwin...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails