(Petikan daripada projek pertamaku, Seindah Hiasan Dunia, Seharum Bunga Lavendar)
Siapa sangka
Masa berlalu dengan tangkasnya
Pergi meninggalkan cebisan-cebisan kenangan
Yang tercipta bersama
Selama bertahun lamanya
Usah takut kehilangannya
Kerana ia kan terus tersimpan rapi
Dalam kotak memori
Akan terus tersemat di hati
Hingga daku pergi
Memang benar
Kini tidak mungkin seperti dulu lagi;
Melepak bersama, solat berjemaah bersama
Menghadiri majlis ilmu bersama
Semuanya kita lakukan bersama
Tapi kini
Kau milik si dia; pahlawanmu
Yang akan memimpin tanganmu
Menuju redha-Nya
Mulanya aku kira
Diriku pasti dilupakan
Saat lafaz suci terungkap dari bibir sang pahlawan
Wajahku tampak manis dengan senyuman
Namun siapa tahu
Hati merintih kesedihan
Jangan disalah erti
Akan kesedihan ini
Diri ini rela kau pergi ke dalam dakapannya
Dia yang Tuhan ciptakan
Khas untukmu
Namun tiba-tiba diri terasa asing
Kini kau bukan lagi milikku
Aku selalu mendengar orang berkata,
"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan."
Adakah pernikahanmu ini
Sebuah perpisahan buat kita berdua?
Tidak aku kira!
Tiada istilah perpisahan dalam ukhuwah
Melainkan ajal
Selagi hati masih terpaut
Atas dasar cinta dan kasih kerana-Nya
Ukhuwah akan terus erat
Disuburi rahmat-Nya
Kini kau insan istimewa padanya
Tapi jangan kau lupa
Kau kan selalu menjadi yang istimewa di hati ini jua
Pernikahanmu membahagiakan diriku
Kerana pada wajahmu yang jelita itu
Terserlah sekuntum senyuman
Yang menenangkan jiwaku
Walau kutahu di balik senyuman itu
Ada rona keletihan yang tersembunyi
Namun hati tetap berbunga-bunga
Menanti cinta sang putera idaman kalbu
Dengarilah ukhtiku
Saat puisi ini dinukilkan khas buatmu
Minda ini tidak akan lupa kepadamu
Hati ini tidak akan pernah berhenti
Daripada terus mencintaimu
Kerana kau sahabatku
Sahabatku yang istimewa
Maaf andai puisi ini lambat kunukilkan
Sebagai hadiah pernikahanmu
Terasa rendah diri ini
Kerana tidak pandai menyusun kata
Cuma satu yang ku ingin kau tahu
Dalam hatiku ini
Masih ada cinta
Untukmu
Yang akan terus menyubur
Selagi kita berukhuwah
Di atas landasan-Nya
Nota: Selamat pengantin baru, sahabatku, Farrah Nadia :)
Dengan penuh rasa cinta, sahabatmu,
IMAH
2 comments:
waaaah kak zimah, akk pandai berpuisi ye. Bila baca puisi akk dengan selingan lagu 'love so sweet' ni, m'buatkn sye teringat balik segala kenangan sye bersama kak nadia, so sweet. Ok, tiba2 terfikir apa perasaan sye bila sahabat saya hanani plak kawen. Mcm akk kot, haha. Rindu kak nadia =)
ukhuwah fillah :')
Post a Comment