About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Tuesday 28 February 2012

Si Kecil Dania: Halal itu apa, mama?




"Mama! Mama! Nak beli coklat ni boleh?" Dania menarik-narik lengan baju Suria.

Suasana hingar-bingar dalam pasar raya besar Giant itu menenggelamkan sedikit suara nyaring Dania. Suria yang sedari tadi membelek satu persatu tin sardin atas rak di hadapannya mengalihkan pandangan ke arah anak kesayangannya itu. Dia mencangkung di sebelah anak perempuannya.

"Sayang nak apa tadi?" Suria meletakkan semula tin sardin yang dibeleknya tadi dan mengalihkan perhatiannya pada Dania.

"Nia nak gula-gula ni." Jari telunjuk mongelnya dihalakan ke arah sebuah balang sederhana kecil yang sarat dengan gula-gula dan manisan yang dibaluti oleh sarung yang bermacam-macam warna dan corak. Bentuknya pun pelbagai. Suria mengambil balang tersebut dan melihat label yang ditampal pada balang itu. Dia memusingkan balang itu perlahan-lahan, mencari-cari sesuatu. Dania yang dari tadi melihat tingkahnya, menjadi hairan.

"Mama, mama tengok apa?" Dia tertanya-tanya.

Suria tersenyum melihat telatah comel puterinya itu sambil matanya tidak lepas memandang label balang tersebut.

"Mama sedang mencari logo halal, sayang."

"Ha? Logo halal? Halal itu apa, mama? Nama coklat itu, kah?" Dania mempamerkan wajahnya yang penuh dengan tanda tanya.

Suria ketawa kecil.

"Bukan, sayang."

"Habis tu, halal itu apa, mama? Ceritalah pada Nia. Nia nak tahu." Dania seakan-akan merengek mengharapkan penjelasan daripada Suria.

"Nia, jom kita makan dulu. Nanti masa makan, mama cerita. Okey tak?" Suria cuba mengambil hati Dania. Dania mencebik.

"Tapi, Nia nak coklat tu. Nia nak jugak! Nak jugak!" Dania merengek-rengek mengharapkan simpati dari Suria. Suria hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya. Dia tidak marah walaupun Dania merengek-rengek di depan khalayak ramai. Baginya, itu merupakan perkara biasa yang dilakukan oleh kanak-kanak kecil seperti Dania untuk mendapatkan perhatian ibubapanya. Disangkanya Dania akan berhenti merengek, namun sangkaannya merundum. Ada beberapa titisan mutiara jernih yang gugur dari mata sepet Dania. Dania tidak meraung ketika dia menangis, sebaliknya dia kedengaran tersedu-sedu menahan sebak di dada kerana tidak bisa mendapatkan coklat yang diinginkannya.

Suria yang melihat aksi puterinya itu, cepat-cepat memujuknya. Suria memeluk erat tubuh kecil anaknya itu tanpa menghiraukan mata-mata yang memandang.

"Shh... sayang. Jangan menangis lagi. Mamam akan belikan Nia coklat. Don;t worry, my dear. Tapi Nia tak boleh makan coklat tu. Nanti mama belikan coklat lain, okey?" Suria mengusap-usap kepala Dania yang dilitupi tudung Ana Solehah.

"Tapi kenapa? Kawan-kawan Nia ramai yang cakap coklat tu sedap. Mama dia orang semua belikan coklat itu untuk dia orang. Mama dia orang baik. Tak macam mama. Mama dia orang sayang dia orang. Tapi mama tak sayang Nia." Dania menggosok-gosok matanya yang tidak henti-henti dari menggugurkan mutiara jernih sejak dari tadi.

Suria tersenyum lagi.

"Sebab mama sayanglah, mama tak nak Nia makan makanan yang bukan-bukan. Coklat tu tiada tanda halal. Jadi, susah sikit kita nak tahu dari sumber mana coklat tu dibuat."

"Tapi halal itu apa, mama?"

Suria terlupa bahawa anak kecilnya itu dari tadi menanyakannya soalan yang sama. Tapi jawapan masih belum diberikannya kepada Dania. Suria beristighfar dalam hati.

"Halal itu ialah sesuatu yang dibenarkan oleh syariat. Dari erti kata lain, halal tu maksudnya sesuatu yang dibenarkan oleh Allah untuk kita melakukannya. Halal tak semestinya dari sudut pemakanan saja, sayang, tapi ia juga diambil kira dari sudut yang lain juga. Contohnya, halal dari segi amalan, perbuatan, hubungan sesama manusia dan sebagainya." Suria mengusap-usap kepala anaknya. Kini dia lega Dania sudah kembali tenang. Tapi matanya terkebil-kebil, masih belum mengerti apa yang dijelaskan Suria sebentar tadi.

"Jadi, apa kaitannya dengan coklat tadi?" Dania terus mengajukan soalan.

"Halal dari sudut pemakanan amatlah penting. Sebab semua yang masuk dalam badan kita ni akan menjadi darah daging kita. Pemakanan jugalah yang akan menentukan kita punya state of mind atau keadaan minda kita. Tingkah laku kita juga banyak dipengaruhi oleh apa yang kita makan. Contohnya, orang-orang yang minum arak. Nia tahu kan apa hukum orang-orang yang minum arak?"

Dania mengangguk. "Hari tu masa di sekolah, Ustazah Husna ada cakap yang arak tu haram. Tapi Nia tak faham kenapa ia haram."

Suria menyambung penjelasannya.

"Haa... arak itu haram sebab ia boleh membuatkan seseorang hilang kewarasan. Arak juga mempunyai unsur-unsur atau kandungan yang tidak menyihatkan kita. Sebab ia salah satu jenis air yang diperam. Apa-apa yang diperam ni tak elok untuk kesihatan manusia, sama ada fizikal ataupun mental. Sama jugalah bagi makanan-makanan yang lain. Lagi satu contoh yang paling mudah mama boleh bagi ialah junk food. You know what junk food is, right?" Suria berbahasa Inggeris seperti selalu yang dilakukannya setiap kali berkomunikasi dengan puterinya itu. Dania mengangguk lagi.

"Junk food juga salah satu kategori makanan yang tidak menyihatkan kita."

"Tapi dekat plastik junk food ada logo halal. Kenapa tak boleh makan pula?" Dania mencelah. Ada nada tak puas hati di situ. Suria tersengih. Semakin hari dia merasakan Dania semakin cerdik kerana sering mengajukan perlbagai jenis persoalan setiap kali ada saja perkara yang tidak memuaskan hatinya. Baginya, itu satu petanda yang baik. Sebab dia tahu bahawa anaknya sedang belajar banyak perkara dalam hidupnya.

"Ya, walaupun ia ada logo halal tapi tak bermaksud ianya haram untuk dimakan. Cumanya ia tidak digalakkan. Kalau Nia nak makan, boleh saja tapi dengan syarat jangan berlebihan. Sekali-sekala tak mengapa. Mamam nak cakap macam ni. Sedangkan junk food yang ad atanda halal pun kita tak digalakkan untuk makan, apatah lagi makanan yang tak ada logo halal pada labelnya. Ditakuti makanan itu diperbuat daripada sumber-sumber yang haram sekalipun meragukan. Nia ingat lagi tak dulu, papa ada cakap satu ayat Qur'an tentang kepentingan makan makanan yang halal?"

Dania cuba mengimbas kembali apa yang pernah diberitahu oleh papanya tentang soal ni. Dania kemudian memetik jari. "Ingat-ingat!"

Suria melebarkan senyumannya. "Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepada-Nya. Surah al-Baqarah, ayat 172. Jadi, lebih baik kita makan makanan yang halal yang pasti sumbernya berbanding makanan yang kita ragui sumbernya. Betul tak sayang?"


Dania mengangguk-angguk. "Terima kasih mama. Nia nak ibadah Nia diterima Allah. Jadi, Nia akan makan makanan yang berkhasiat dan halal mulai dari sekarang supaya Nia akan sentiasa bersemangat beribadah dan supaya Allah terima ibadah Nia. Kan, mama?"

"Tepat sekali! Pandai anak mama ni. Macam Fatimah, puteri Rasulullah. Okey, kalau macam tu, jom kita makan dekat restoran tu. Mahu?" Dania menunjuk ke arah Restoran The Chicken Rice Shop yang tidak jauh dari pintu keluar pasar raya.


"Nak, nak! Tapi restoran tu ada logo halal tak, mama?" 


Suria ketawa perlahan. "Insya-Allah ada sayang. Mari." 


Mereka berpimpin tangan bersama-sema berjalan ke arah restoran tersebut.

Dan janganlah kamu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang tidak disebut nama Allah ketika menyembelihnya, kerana sesungguhnya yang sedemikian itu adalah perbuatan fasik (berdosa) dan sesungguhnya Syaitan-syaitan itu membisikkan kepada pengikut-pengikutnya, supaya mereka membantah (menghasut) kamu dan jika kamu menurut hasutan mereka (untuk menghalalkan yang haram itu), sesungguhnya kamu tetap menjadi orang-orang musyrik. (Surah al-An'nam: 121)


;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails