~Bismillah~
dari dulu hingga kini...
aku tetap begini
seorang gadis yang banyak kelemahan diri
namun punya azam hidup yang tinggi
memang tak semua mudah mendekati
hanya hati-hati yang ikhlas saja
akan cuba untuk memahami
namun...
persoalan demi persoalan
datang menghantui
adakah yang bersamaku kini
akan terus kekal di sisi
jika pernah diriku di tinggalkan sekali
tak mustahil diriku ditinggalkan lagi
tapi bagaimanapun...
aku pasrah dan aku redha
kerana sesungguhnya tak ada apa yang kekal di bumi
selain Penciptanya
jika manusia datang dan pergi
namun Tuhan sentiasa ada menemani
inilah aku...
walaupun cantik luaran
tapi dalaman belum tentu diketahui
jika kau ingin tahu
silalah selami hatiku secara halus
ambillah masa banyak mana yang kau perlukan
demi mengenali peribadi dan akhlakku
andai sudah sampai masanya nanti
kaukan mengerti
kenapa aku benar-benar marah dan benci
pada segolongan manusia hipokrit
dan satu lagi yang perlu kau ketahui
bahawa aku ini manusia air
yang menyejukkan...
yang menenangkan...
yang menenangkan...
api akan mudah kalah dengan air
itulah aku...
inilah aku...
dulu kini dan selamanya
aku tetap aku...
inilah aku yang sedang kau cuba untuk kenali
hati budinya
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment