About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Monday, 11 July 2011

Lagu untuk santapan hari ini



Keyakinan hati (nyanyian Nikita Willy)

Aku hanyalah orang biasa
Punya perasaan yang lemah
Menghadapi pahit hidupku
Seperti puing yang berserakan

Batu berdiri kokoh
Seperti batu karang
Badai datang takkan menggoyahkan
Karena Kau besertaku (besertaku)

Ya Tuhan tolonglah aku
Ampunilah aku
Ya Tuhan tolonglah aku
Kuatkanlah aku

Biar semua menghancurkan aku
Tapi aku tak akan takut
Biar semua membenci diriku
Tapi Engkau ‘kan memihakku

Biar semua menghancurkan aku
Tapi aku tak akan takut
Biar semua membenci diriku
Tapi Engkau ‘kan memihakku

Nota: Percaya pada diri sendiri dan yakin pada Allah. Tabahlah dan bersyukurlah tatkala diri diuji.


 

Maha Melihat (nyanyian Opick dan Amanda)

Seiring waktu berlalu
Tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku
Jalani takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
PadaMu hati bertobat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Penyayang
Kau yang Maha Pelindung
padaMu semua bertekun

Yang dicinta ’kan pergi
Yang didamba ’kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski dengan air mata

Nota: Allah Maha Melihat dan Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati manusia. 
Jadikanlah Allah sebagai tempat sandaran yang utama. 
Nescaya kita tidak akan kecewa

Wallahua'lam.
 

Sunday, 10 July 2011

Tawakkalku hanya kepada-Mu




Salam.


Hidup ini tidak akan lengkap tanpa ujian dan dugaan. Malah, segala nikmat yang Allah beri kepada kita pun juga merupakan salah satu bentuk ujian daripada-Nya, sebenarnya. Lain orang, lainlah pula bentuk ujiannya, tergantung kepada kekuatan dan ketahanan iman dan spiritual masing-masing. Masih ingat lagi tak firman Allah dalam Surah Al-Baqarah mafhumnya, Allah tidak akan menguji hamba-Nya di luar batasan kemampuan hamba itu sendiri.

Tapi sedarkah kita bagaimana keadaan kita saat menghadapi ujian-ujian hidup yang Allah berikan? Macam-macam ragam, bukan? 

Adakalanya kita merungut, menyalahkan orang lain mahupun diri sendiri. Adakalanya kita menyesal tak sudah akan kesilapan yang kita lakukan. Tak kurangnya juga ada yang berani menyalahkan takdir. Kononnya takdir Allah tidak menyebelahi mereka dan mereka beranggapan bahawa Allah berlaku tidak adil kepada mereka. 

Ada juga orang-orang yang apabila menerima ujian Allah, mereka berlapang dada, sabar dan tabah mengharunginya. Namun, jarang sekali kita menemukan orang-orang mengangkat tangan mengatakan kesyukurannya kepada Allah atas setiap ujian yang diberikan. Kerana apa? Kerana kita lupa bahawa ujian merupakan salah satu tanda kecintaan Allah yang tinggi terhadap kita dan ujian merupakan asas peningkatan dan kekuatan iman kita semua.

Bercakap mengenai ujian hidup, di saat kita menghadapi ujian-ujian tersebut, kalau bagi lelaki kebanyakan mereka gemar melepaskan kemarahan dengan memusnahkan harta benda ataupun membuli orang lain yang lemah. Berbeza sekali dengan perempuan. Sebagai perempuan, aku juga tidak lari daripada fitrah mengalirkan air mata. Ya, kerana bagi kami, kaum wanita, menangis merupakan terapi terbaik di kala hati dirundum kesedihan dan kepahitan. Pabila hati terkena panahan yang menyakitkan, air matalah yang akan merawatnya walaupun luka itu begitu parah dan tidak mampu sembuh sepenuhnya.

Tapi, jangan kita lupa satu perkara yang Nabi SAW sering ajar kepada kita dalam mengharungi arus kehidupan. Berdoa. Berdoalah, minta pada Allah kekuatan hati setiap kali melalui liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak duri. Berdoalah seperti baginda setiap kali menghadapi dugaan ketika berdakwah kepada orang ramai, menyebarkan Islam. Berdoa dan mengadulah kepada Allah. Apakah kita lupa bahawa Allah itu sebaik-baik tempat meluah dan tempat mengadu setiap masalah? Jika kita mengadu pada manusia, belum tentu manusia bisa melakukan apa-apa. Tapi jika kita mengadu pada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar lagi Maha Mengasihani. Sejahat-jahat kita pun andai kita menjadikan Allah sebagai tempat pergantungan utama kita dalam hidup, ketahuilah bahawa rahmat Allah itu lebih besar daripada murka-Nya. 

Doa-doa amalan Nabi SAW, penguat hati baginda

“Ya Allah… Kepadamu aku mengadukan kelemahan kekuatanku,
Dan sedikitnya kemampuanku,
Serta kehinaanku dihadapan manusia.
Wahai Sebaik-baik pemberi kasih sayang,
Engkaulah Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku.
Kepada siapakah Engkau serahkan diriku,
Kepada orang yang jauh yang menggangguku,
Atau kepada musuh yang akan menguasai urusanku,
Asalkan Engkau tidak marah padaku maka tiadalah keberatan bagiku,
Akan tetapi kemurahan-Mu jauh lebih luas bagiku.
Aku berlindung dengan Cahaya Wajahmu yang akan menerangi seluruh kegelapan,
Dan yang akan memberikan kebaikan segala urusan dunia dan akhirat,
Untuk melepaskan aku dari Marah-Mu,
Atau menghilangkan Murka-Mu dariku.
Hanya pada-Mu aku merintih berharap mendapatkan Keridloan-Mu,
Dan tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan-Mu."

(Rujuk Raheeq al-Makhtum, Syeikh Safiyurrahman al-Mubarakfuri)
“ Ya Allah, jangan Kau tinggalkan aku untuk diriku walau sekelip mata atau yang lebih sedikit dari itu. Kerana jika Engkau meninggalkanku, maka Kau tinggalkan aku dalam kelemahan, aurat dan kesilapan. Dan aku tidak percaya kecuali pada rahmatMu.” 
( HR al-Baihaqi)
Malah Rasulullah SAW ada mengingatkan kita dalam salah satu hadis baginda, "“Jagalah Allah, maka Dia akan menjagamu”. ( HR al-Tirmizi dan Ahmad) Kalau kita penuhi hak-hak Allah, insya-Allah Allah juga akan penuhi hak-hak kita sepenuhnya.
Dan jangan lupa dalam setiap ujian yang bakal kita lalui, ingat pada kata-kata keramat ini, “ Cukuplah Allah bagiku, (Dialah) sebaik-baik tempat bersandar.”
Kalau kita dalam kesakitan yang amat, yalah, maksudku kita ni hanya manusia biasa. Sangat lemah. Lebih-lebih lagi dalam menghadapi ujian hidup. Jadi, kalau kita rasa down sangat-sangat itu perkara biasa. Tapi walau macam mana susah sekalipun, kita kena kuat untu bangun semula. Jangan biar diri kita lemah dengan bisikan-bisikan iblis yang dengki. Jadi, untuk bangun semula, katakan pada diri sendiri, "Tawakkalku hanya kepada-Mu, ya Allah."


Aku dekat, Kau dekat.


[Sumber doa: Blog Imam Muda Asyraf]

Wallahua'lam.

Kongsi: Teater "Kronologi Cinta"


Barisan pelakon utama dan krew


Salam.

Semua orang tengah berdengkur, si Zaim yang montel begitu nyenyak tidur sebelah mak. Alahai, comelnya adik aku seorang ni. Kini yang tinggal hanyalah aku, mereka dan Dia saja malam ni. Sebab lepas maghrib tadi terlena lama sangat, hingga pukul 12 malam. Sedar-sedar aku lupa pulak yang aku masih belum solat isya'. Astaghfirullah, tu nasib baik terjaga. Kalau tak? Apalah nak jawab kat Allah ni bila ditakdirkan nyawa aku ditarik dalam keadaan sehari solat fardhu lima waktu belum aku cukupkan. Nau'dhubillah. Terima kasih ya Allah, sebab kejutkan hamba-Mu yang sering leka ni.

Bila dah bosan ni, tak tahu nak buat apa, apa lagi tangan ni pun naik bululah. Tiba-tiba gatal nak update blog yang yang dah lama aku jadikan pekasam ni.

Entahlah, tiba-tiba mood hari ni rasa macam nak cerita sikit tentang teater yang aku join.baru-baru ni. Teater itu diberi nama "Kronologi Cinta." Sebagai pengenalannya, teater ini diadakan di bawah QYC Production and QYC Production ni pulak salah satu kelab baru di bawah Quranic Youth Club (QYC). Sejujurnya, aku belum betul-betul tahu lagi apakah misi dan visi QYC Production ni. Aku baru saja menyertainya tanpa mengetahui dengan lebih mendalam tentangnya. Tapi, tak apa. Insya-Allah, jika ada masa aku akan tanya Angah (orang kuat QYC Prodcution) tentang ni dengan lebih lanjut.

Yang nk diceritakan di sini ialah pengalaman ketiga aku menceburkan diri dalam bidang lakonan atas pentas atau teater di UIA ni. Chewah, bunyi macam gempak je kan. Ni baru pentas UIA, belum lagi pentas Istana Budaya tu ha. 

Tapi sebelum tu, aku nak perkenalkan dululah watak-watak penting dalam teater "Kronologi Cinta" ni.

Watak-watak utama 

Farid (dilakonkan oleh Sustra Hardiyanto) 
- Seorang mahasiswa UIA yang berhasrat ingin berkahwin awal.

Aiman (dilakonkan oleh Amir Usin)
- Sahabat baik Farid yang tidak bersetuju dengan Farid yang ingin berkahwin awal dan memberikan pandangan negatif terhadap perkahwinan awal.

Fatimah (dilakonkan oleh Kak Chuma)
- Seorang mahasiswi UIA yang dilamar oleh Farid tapi tidak bersedia untuk memberikan sebarang komitmen dalam perkahwinan awal.

Aishah (dilakonkan oleh Zimah Zaiwani, iaitu aku hehe)
- Sahabat baik Fatimah yang sudah berkahwin ketika belajar. Dia menggalakkan Fatimah supaya menerima lamaran Farid dan sentiasa memberikan gambaran yang baik tentang perkahwinan awal kepada Fatimah.

Watak-watak pembantu

Mak Farid (dilakonkan oleh Kak Syikin)
- Seorang ibu yang garang dan tegas. Mengambil berat soal rumah tangga anaknya. Pada awalnya tidak bersetuju anaknya, Farid, berkahwin awal dan menyangka Fatimah tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik.

Ibu Fatimah (masih dalam perbincangan dan pencarian)
- Seorang ibu yang penyayang dan lemah lembut. Sentiasa memberikan semangat dan motivasi kepada anaknya, Fatimah dalam mengharungi kehidupan berumah tangga.

Watak-watak sampingan

Aliff (dilakonkan oleh Nasser/masih dalam pertimbangan) 

Izzah (dilakonkan oleh Seha)

Program Manager (masih dalam pencarian)

Pelajar-pelajar lain (masih dalam pencarian)

Untuk membantu kalian mendapat gambarn awal tentang teater "Krnologi Cinta" ini, aku akan cerita secara ringkas sinopsisnya.

Sinopsis "Kronologi Cinta"

Farid merancang ingin menikah awal dengan gadis pilihannya , iaitu Fatimah yang dia kenal dalam sebuah kelab/persatuan. Dia menceritakan hasratnya itu kepada sahabat baiknya, Aiman. Tetapi Aiman tidak bersetuju dengan keinginannya itu dengan mengatakan bahawa perkahwinan awal memerlukan komitmen yang sangat tinggi, lebih-lebih bagi seseorang seperti Farid yang ingin menikah sambil belajar.

Dalam masa yang sama, Fatimah menceritakan kepada sahabat baiknya pula, Aishah soal lamaran Farid kepadanya. Bezanya dengan Aiman si Aishah ni, dia memberi galakan yang sepenuhnya kepada Fatimah untuk menikah awal. Mana taknya, sebab dia sediri salah seorang model terbaik Fatimah sebab dia juga kahwin semasa belajar. Sebagai seorang yang dah melalui alam rumah tangga dalam usia yang sangat muda, dia ceritalah sikit tentang kehidupan rumah tangga dia pada Fatimah. Walau bagaimanapun, Fatimah tetap belum bersedia untuk menikah kerana menurutnya bila dia sudah bergelar isteri orang, kehidupannya akan disekat dan banyak perkara juga yang dia tak dapat lakukan. Secara ringkasnya, dia belum bersedia mahupun dari segi mental dan fizikal.

Sebenarnya teater "Kronologi Cinta" ni sangat simple jalan ceritanya. Menurutku, ia dipentaskan bukanlah untuk menggalakkan satu UIA supaya kahwin awal, cuma ia bertujuan untuk memberikan sedikit realiti atau gambaran yang jelas tentang kehidupan berumah tangga dalam usia muda. Nikah sambil belajarlah, maksudku. Bila penonton (dalam kalangan pelajar-pelajar UIA sendiri) melihat, mereka akan menilai sendiri apakah pros and cons nikah awal ni. Dan bagi mereka yang ada pasang hajat nak kahwin awal tu, bolehlah fikir betul-betul sebelum putuskan untuk kahwin awal ke tak lepas menonton teater sulung QYC Production ni. He he he. Insya-Allah, rasanya teater ni akan dapat bantu mereka serba sedikit.

Perasaan pegang watak Aishah

Ok, tiba-tiba rasa macam nk kongsi jugak tentang perasaan aku bila dapat watak Aishah ni.

Sebenarnya kan,masa audition dulu, aku melakonkan dua-dua watak sekali, Fatimah dan Aishah. Dan bila diingat balik, aku rasa watak Fatimah lebih kena dengan diri aku. Seperti Fatimah, aku suka pada seseorang tapi belum bersedia untuk pikul sebarang tanggung jawab masa belajar. Tapi ditakdirkan aku dapat watak Aishah. Aku bersyukur jugak dapat watak Aishah ni sebenarnya sebab aku tak payah berlakon dengan lelaki. Masa aku jadi Fatimah kejap dulu, menggigil dua-dua kepala lutut aku ni ha berlakon dengan watak Farid. Tak biasalah katakan. 

Jadi, aku teruskan dengan menjadi Aishah. Wanita yang berkahwin awal. Alamak, susah giler nak menjiwai watak ni. Yalah, sebab watak dia sangat kontra dengan aku kot. Aku ni bolehkah nak kata kurang bersetuju sikit perkahwinan awal ni (walaupun aku sendiri ada hasrat macam tu) atas sebab-sebab tertentu, maknanya selepas memikirkan beberapa hal tentang perkahwinan awal ni. Lepas tu pulak, dalam teater ni aku bagi galakan pulak dekat kawan baik sendiri untuk kahwin awal. Macam mana tukan? Memang susahlah.

Tapi, susah-susah pun, alhamdulillah, aku dpat teruskan jugak. Menurut penilaian sahabat-sabahat teater aku, aku dapat lakonkan watak Aishah dengan baik. Tak apalah. Itu pun dah cukup bagi aku. Tapi aku harap mesej aku sampailah kepada penonton.

Apa-apapun aku memang sedang berusaha lagi untuk menghayati dan menjiwai watak Aishah ni. Semoga Allah beri aku kekuatan dan semangat untuk terus bertahan. Chewah!


Walaupun sikit, tapi tetap bersemangat training dengan mereka ni

Oklah. Aku rasa cukup sampai sini dulu perkongsian aku mengenai teater ni. Kalau kalian nak tahu apakah konflik dan kesudahan cerita ni, datanglah menonton semester depan, di UIA. Butiran teater akan diberitahu kemudian. Insya-Allah.

Nota 1: Excited sebenarnya dapat naik pentas lagi walaupun gugup!

Nota 2: Seronok dapat kenal dengan kawan-kawan baru dan lebih rapat dengan kawan-kawan lama dalam QYC Production ni.

Nota 3: Barisan pelakon "Kronologi Cinta" melakonkan watak masing-masing dengan begitu baik sekali. Tahniah ya!

Nota 4: Kepada rakan-rakan teater, mari kita ingat balik apakah niat sebenar kita join teater ni. Untuk berdakwah kepada orang ramai. Insya-Allah.

Nota 5: Semoga Allah memberkati dan merahmati usaha kita semua. Amin.


Wallahua'lam.

Monday, 4 July 2011

"Imam Muda" memang unggul!


Keratan akhbar mengenai Kemuncak Imam Muda musim kedua 

Salam.

Baru-baru ni teka-teki tentang siapakah yang bakal bergelar Imam Muda Unggul yang kedua telah pun terjawab dengan kemenangan Imam Muda Hassan selaku Imam Muda Unggul 2011. Kejayaan Imam Muda Hassan dalam Imam Muda musim kedua ini benar-benar mengejutkan banyak pihak. Siapa sangka seorang pemuda semuda beliau boleh meraih kejayaan dalam rancangan ini, sedangkan ramai yang tahu bahawa beliau pernah tersingkir dalam salah satu rancangan realiti TV sebelum ini, iaitu Akedemi Al-Quran. Aku pernah terbaca satu artikel di satu laman sesawang, Imam Muda Hassan ada mengatakan yang beliau berasa fobia sedikit pada saat nama pemenang Imam Muda ingin diumumkan kerana sebelum ini beliau pernah disingkirkan. Namun, siapa dapat menyangka dia kini ialah juara Imam Muda kita. Ternyata perancangan Allah itu lebih baik daripada perancangan manusia dan rupa-rupanya rezeki Imam Muda Hassan bukan di Akademi Al-Quran, tetapi di Imam Muda. Subhanallah.

Sebagai salah seorang penggemar rancangan Imam Muda dan penyokong Imam Muda Hassan sendiri, sejujurnya aku berasa sangat terharu dan gembira atas kejayaan beliau menjadi Imam Muda Unggul pada musim kali ini. Tapi terus-terang aku katakan bahawa tidak hairanlah gelaran juara diberikan kepada beliau kerana menurut Mudir Imam Muda, Imam Muda Hassan terpilih kerana beliau berterusan menunjukkan pencapaiannya yang cemerlang dalam setiap ujian yang diberikan (bertulis dan praktikal) serta sahsiah dirinya yang baik. Menurutku, selayaknya beliau diberi anugerah istimewa ini. Tahniah diucapkan kepada Imam Muda Hssan.

Namun, pada pandanganku, Imam Muda Nazrul tidak kurang hebatnya juga. Mudir Imam Muda juga ada mengatakan bahawa Imam Muda Hassan dan Imam Muda Nazrul ialah sama-sama hebat dan markah ujian kedua-dua mereka tidak jauh sangat bezanya, cuma Imam Muda Hassan saja yang melebihi Imam Muda Nazrul sebanyak lima markah sahaja. Dari sudut kepetahan berhujah dan kemerduan suara mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran, juga merupakan antara kelebihan yang dimiliki oleh pemuda yang berasal dari negeri Johor ini. Namun, adat pertandingan mesti ada kalah dan menang. Jadi, takdir sudah menentukan siapakah juara dan siapakah pula naib juara bagi pertandingan Imam Muda ini. Walau bagaimanapun, padaku, kedua-dua mereka tetap juara di hati kebanyakan orang di luar sana. Insya-Allah. Tahniah juga kepada Imam Muda Nazrul atas kejayaannya sampai ke kemuncak Imam Muda.

Tidak dilupakan juga kepada barisan imam-imam muda yang lainnya, tanpa mereka pasti program realiti Imam Muda musim kedua ini tidak akan berlangsung dengan jayanya. Tanpa mereka juga, mestilah juara dan naib juara tidak akan bisa ditemukan. Tahniah kepada mereka juga atas kejayaan perjuangan mereka sepanjang penyertaan mereka dalam program ini. Selamat berjuang kepada bakal-bakal imam muda kita.


Kenangan: Juara dan naib juara Imam Muda musim pertama

Juara Imam Muda 1: Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan
Bersama naib juara IM 1: Hizbur Rahman Omar Zuhdi
Calon-calon Imam Muda Unggul musim pertama


Kenangan 2: Juara dan naib juara Imam Muda musim kedua

Juara Imam Muda 2: Mohd Hassan Adli Yahaya @ Yahuza
Bersama naib juara IM 2: Nazrul Izwan Zolkiflee
Calon-calon Imam Muda Unggul musim kedua

Nota 1: Tahniah kepada semua imam muda musim pertama dan kedua. Semoga pencapaian anda semua bisa menyerlahkan sinaran cahaya Islam ke seluruh mata dunia. Semoga Islam akan terus bersinar dengan adanya pendakwah-pendakwah seperti kalian dan semoga kalian akan menjadi contoh yang baik kepada ummah, terutamanya mereka dalam kalangan remaja. Takbir! Allahuakbar!

Nota 2: Semoga usaha memperkenal dan memperluas ajaran Islam ini berterusan dan berjaya membuka mata dunia. Insya-Allah.

Nota 3: Sedang menyanyikan lagu "Kau dan Aku." Lagu kegemarannya ;)

Wallahua'lam.

Sunday, 3 July 2011

Puisi: Dia...




Dia...
Sejak pertama kali memandangnya
Aku jadi jatuh cinta
Kerana ketenangan di wajahnya
Dengan titisan-titisan rahmat 
Yang melekat pada tubuhnya

Dia...
Alunan merdu suaranya
Menyanyikan bait-bait indah kalamullah
Mendamaikan hati yang sedang lara
Menyucikan diri dari dosa

Dia...
Aliran air matanya 
Tatkala kata-kata hikmah dilantunkan
Melembutkan hati-hati yang keras
Menangisi akan setiap noda

Dia...
Hanyalah seorang insan biasa
Tapi mampu mengubah mata dunia
Akan keesaan-Nya
Mengubah hati manusia 
Menuju cinta-Nya
Dakwah yang dibawa
Menyentuh hati-hati mereka

Dia...
Lain dari yang lainya
Senyumannya bagai memanah
Hati sesiapa saja yang melihatnya
Subhanallah... 
Dialah insan yang ditakdirkan
Bagi mereka yang punya hati murni
Seperti dirinya jua

Dia...
Dialah insan itu
Insan dambaan hati
Sang putera berkuda putih dari kayangan
Insan yang menjadi idaman setiap puteri
Insan yang namanya disebut dalam setiap doa
Insan yang diberi nama
Hamba pilihan Tuhan


Nota: Dipetik daripada puisi seorang sahabatku. Atas keizinannya, kunukilkannya semula di sini. Sekadar mengisi ruangan yang sudah agak lama bersawang. Semoga hari-hari anda dilimpahi rahmat dan redha Allah. Insya-Allah.


D untuk --> Dia dan Demam

:) / :(


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails