About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Sunday, 10 July 2011

Kongsi: Teater "Kronologi Cinta"


Barisan pelakon utama dan krew


Salam.

Semua orang tengah berdengkur, si Zaim yang montel begitu nyenyak tidur sebelah mak. Alahai, comelnya adik aku seorang ni. Kini yang tinggal hanyalah aku, mereka dan Dia saja malam ni. Sebab lepas maghrib tadi terlena lama sangat, hingga pukul 12 malam. Sedar-sedar aku lupa pulak yang aku masih belum solat isya'. Astaghfirullah, tu nasib baik terjaga. Kalau tak? Apalah nak jawab kat Allah ni bila ditakdirkan nyawa aku ditarik dalam keadaan sehari solat fardhu lima waktu belum aku cukupkan. Nau'dhubillah. Terima kasih ya Allah, sebab kejutkan hamba-Mu yang sering leka ni.

Bila dah bosan ni, tak tahu nak buat apa, apa lagi tangan ni pun naik bululah. Tiba-tiba gatal nak update blog yang yang dah lama aku jadikan pekasam ni.

Entahlah, tiba-tiba mood hari ni rasa macam nak cerita sikit tentang teater yang aku join.baru-baru ni. Teater itu diberi nama "Kronologi Cinta." Sebagai pengenalannya, teater ini diadakan di bawah QYC Production and QYC Production ni pulak salah satu kelab baru di bawah Quranic Youth Club (QYC). Sejujurnya, aku belum betul-betul tahu lagi apakah misi dan visi QYC Production ni. Aku baru saja menyertainya tanpa mengetahui dengan lebih mendalam tentangnya. Tapi, tak apa. Insya-Allah, jika ada masa aku akan tanya Angah (orang kuat QYC Prodcution) tentang ni dengan lebih lanjut.

Yang nk diceritakan di sini ialah pengalaman ketiga aku menceburkan diri dalam bidang lakonan atas pentas atau teater di UIA ni. Chewah, bunyi macam gempak je kan. Ni baru pentas UIA, belum lagi pentas Istana Budaya tu ha. 

Tapi sebelum tu, aku nak perkenalkan dululah watak-watak penting dalam teater "Kronologi Cinta" ni.

Watak-watak utama 

Farid (dilakonkan oleh Sustra Hardiyanto) 
- Seorang mahasiswa UIA yang berhasrat ingin berkahwin awal.

Aiman (dilakonkan oleh Amir Usin)
- Sahabat baik Farid yang tidak bersetuju dengan Farid yang ingin berkahwin awal dan memberikan pandangan negatif terhadap perkahwinan awal.

Fatimah (dilakonkan oleh Kak Chuma)
- Seorang mahasiswi UIA yang dilamar oleh Farid tapi tidak bersedia untuk memberikan sebarang komitmen dalam perkahwinan awal.

Aishah (dilakonkan oleh Zimah Zaiwani, iaitu aku hehe)
- Sahabat baik Fatimah yang sudah berkahwin ketika belajar. Dia menggalakkan Fatimah supaya menerima lamaran Farid dan sentiasa memberikan gambaran yang baik tentang perkahwinan awal kepada Fatimah.

Watak-watak pembantu

Mak Farid (dilakonkan oleh Kak Syikin)
- Seorang ibu yang garang dan tegas. Mengambil berat soal rumah tangga anaknya. Pada awalnya tidak bersetuju anaknya, Farid, berkahwin awal dan menyangka Fatimah tidak menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri dengan baik.

Ibu Fatimah (masih dalam perbincangan dan pencarian)
- Seorang ibu yang penyayang dan lemah lembut. Sentiasa memberikan semangat dan motivasi kepada anaknya, Fatimah dalam mengharungi kehidupan berumah tangga.

Watak-watak sampingan

Aliff (dilakonkan oleh Nasser/masih dalam pertimbangan) 

Izzah (dilakonkan oleh Seha)

Program Manager (masih dalam pencarian)

Pelajar-pelajar lain (masih dalam pencarian)

Untuk membantu kalian mendapat gambarn awal tentang teater "Krnologi Cinta" ini, aku akan cerita secara ringkas sinopsisnya.

Sinopsis "Kronologi Cinta"

Farid merancang ingin menikah awal dengan gadis pilihannya , iaitu Fatimah yang dia kenal dalam sebuah kelab/persatuan. Dia menceritakan hasratnya itu kepada sahabat baiknya, Aiman. Tetapi Aiman tidak bersetuju dengan keinginannya itu dengan mengatakan bahawa perkahwinan awal memerlukan komitmen yang sangat tinggi, lebih-lebih bagi seseorang seperti Farid yang ingin menikah sambil belajar.

Dalam masa yang sama, Fatimah menceritakan kepada sahabat baiknya pula, Aishah soal lamaran Farid kepadanya. Bezanya dengan Aiman si Aishah ni, dia memberi galakan yang sepenuhnya kepada Fatimah untuk menikah awal. Mana taknya, sebab dia sediri salah seorang model terbaik Fatimah sebab dia juga kahwin semasa belajar. Sebagai seorang yang dah melalui alam rumah tangga dalam usia yang sangat muda, dia ceritalah sikit tentang kehidupan rumah tangga dia pada Fatimah. Walau bagaimanapun, Fatimah tetap belum bersedia untuk menikah kerana menurutnya bila dia sudah bergelar isteri orang, kehidupannya akan disekat dan banyak perkara juga yang dia tak dapat lakukan. Secara ringkasnya, dia belum bersedia mahupun dari segi mental dan fizikal.

Sebenarnya teater "Kronologi Cinta" ni sangat simple jalan ceritanya. Menurutku, ia dipentaskan bukanlah untuk menggalakkan satu UIA supaya kahwin awal, cuma ia bertujuan untuk memberikan sedikit realiti atau gambaran yang jelas tentang kehidupan berumah tangga dalam usia muda. Nikah sambil belajarlah, maksudku. Bila penonton (dalam kalangan pelajar-pelajar UIA sendiri) melihat, mereka akan menilai sendiri apakah pros and cons nikah awal ni. Dan bagi mereka yang ada pasang hajat nak kahwin awal tu, bolehlah fikir betul-betul sebelum putuskan untuk kahwin awal ke tak lepas menonton teater sulung QYC Production ni. He he he. Insya-Allah, rasanya teater ni akan dapat bantu mereka serba sedikit.

Perasaan pegang watak Aishah

Ok, tiba-tiba rasa macam nk kongsi jugak tentang perasaan aku bila dapat watak Aishah ni.

Sebenarnya kan,masa audition dulu, aku melakonkan dua-dua watak sekali, Fatimah dan Aishah. Dan bila diingat balik, aku rasa watak Fatimah lebih kena dengan diri aku. Seperti Fatimah, aku suka pada seseorang tapi belum bersedia untuk pikul sebarang tanggung jawab masa belajar. Tapi ditakdirkan aku dapat watak Aishah. Aku bersyukur jugak dapat watak Aishah ni sebenarnya sebab aku tak payah berlakon dengan lelaki. Masa aku jadi Fatimah kejap dulu, menggigil dua-dua kepala lutut aku ni ha berlakon dengan watak Farid. Tak biasalah katakan. 

Jadi, aku teruskan dengan menjadi Aishah. Wanita yang berkahwin awal. Alamak, susah giler nak menjiwai watak ni. Yalah, sebab watak dia sangat kontra dengan aku kot. Aku ni bolehkah nak kata kurang bersetuju sikit perkahwinan awal ni (walaupun aku sendiri ada hasrat macam tu) atas sebab-sebab tertentu, maknanya selepas memikirkan beberapa hal tentang perkahwinan awal ni. Lepas tu pulak, dalam teater ni aku bagi galakan pulak dekat kawan baik sendiri untuk kahwin awal. Macam mana tukan? Memang susahlah.

Tapi, susah-susah pun, alhamdulillah, aku dpat teruskan jugak. Menurut penilaian sahabat-sabahat teater aku, aku dapat lakonkan watak Aishah dengan baik. Tak apalah. Itu pun dah cukup bagi aku. Tapi aku harap mesej aku sampailah kepada penonton.

Apa-apapun aku memang sedang berusaha lagi untuk menghayati dan menjiwai watak Aishah ni. Semoga Allah beri aku kekuatan dan semangat untuk terus bertahan. Chewah!


Walaupun sikit, tapi tetap bersemangat training dengan mereka ni

Oklah. Aku rasa cukup sampai sini dulu perkongsian aku mengenai teater ni. Kalau kalian nak tahu apakah konflik dan kesudahan cerita ni, datanglah menonton semester depan, di UIA. Butiran teater akan diberitahu kemudian. Insya-Allah.

Nota 1: Excited sebenarnya dapat naik pentas lagi walaupun gugup!

Nota 2: Seronok dapat kenal dengan kawan-kawan baru dan lebih rapat dengan kawan-kawan lama dalam QYC Production ni.

Nota 3: Barisan pelakon "Kronologi Cinta" melakonkan watak masing-masing dengan begitu baik sekali. Tahniah ya!

Nota 4: Kepada rakan-rakan teater, mari kita ingat balik apakah niat sebenar kita join teater ni. Untuk berdakwah kepada orang ramai. Insya-Allah.

Nota 5: Semoga Allah memberkati dan merahmati usaha kita semua. Amin.


Wallahua'lam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails