Beberapa hari yang lalu, saya ada baca sebuah buku agama. Dalam kandungan buku itu, ada dinyatakan bahawa, "cintailah olehmu seseorang itu jika falsafah pandangan hidupnya sesuai dengan kamu." Setelah meneliti setiap butiran kata dalam lembaran ini dan diselaraskan dengan persahabatan saya dengan dia, sudah terang lagi bersuluh mengapa selama ini kami sukar memupukkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain sebagai sahabat. Ini adalah kerana kata-kata yang telah disampaikan oleh penulis buku ini dirasakan sangat benar. Kami memegang perinsip hidup yang sangat berlainan seperti langit dan bumi. Tidak hairanlah mengapa sehingga kini persahabatan kami tidak pernah sampai ke tahap yang mana masing-masing boleh memahami diri masing-masing.
Bercerita tentang dia, hampir setiap malam, semenjak kami lost contact, air mata tidak henti-henti menitis. Selama ini dirasakan mata ini setiap hari membengkak juga kerana terlalu mengenangkan sahabat ini. Hati ini terasa rindu pada diri insan ini. Tapi saya harus terima. Dia mempunyai sahabat lain yang lebih disayanginya dan jauh lebih istimewa baginya selain saya. Dan dia telah memberikan separuh daripada hatinya kepada sahabat baiknya itu. Mulanya saya kecewa tapi sekarang saya dah boleh menerima. Cuma, rasa sakit masih ada kerana daripada semua panggilan daripada saya kepadanya satu pun tidak berjawab. Sedih amat... hanya Tuhan yang tahu...
Namun, siapalah saya untuk merasakan semua ini. Setiap kali perasaan itu datang mengganggu saya, saya berusaha untuk menepisnya tetapi ternyata saya adalah insan yang sangat lemah...
Tologlah doakan saya supaya sentiasa kuat menghadapi setiap ujian perasaan yang dilalui...
No comments:
Post a Comment