About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Sunday, 24 May 2009

Purdah

Salam.


Saya pernah meminta pendapat mak untuk berpurdah. Tapi saya kurang pasti apakah sebenarnya sebab utama saya untuk berpurdah. Adakah kerana terpengaruh dengan filem Indonesia, 'Ayat-ayat Cinta,' atau saya tidak mahu lelaki menyukai saya kerana rupa ataupun oleh sebab faktor-faktor tertentu. Tapi pada masa tu hajat dan impian saya ingin berpurdah memang teramatlah menggunung dan harapan saya semasa bertanyakan mak ialah supaya mendapat keizinan daripada mak untuk memakai purdah.

"Mak, kalau Imah kata Imah nak pakai purdah, mak kasi tak?"

"Jangan nak mengada-ngada adik! Kat UIA tu bukannya boleh pakai purdah pun. Nanti konvo kena bukak juga. Orang-orang yang pakai purdah bila diorang pergi Mekah nanti kena bukak jugak. Baik tak payah pakai.," mak memang membantah sekeras-kerasnya.

"Tapi manalah tahu suami Imah suruh Imah pakai, mak suka tak?"

Mak senyap je, kehilangan kata-kata tapi dalam masa yang sama menunjukkan reaksi wajah yang sangat 'tidak bersetuju' dengan permintaan saya. Tak mengapalah. Setelah mendengar jawapan itu daripada mak, saya ikhlas menerimanya. Bukankah keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu bapa? Jika selamanya mak tidak mengizinkan saya untuk berpurdah jadi selamanya saya tidak akan mahu berpurdah. Sedangkan ada sebuah kisah dalam hadis Nabi s.a.w yang mafhumnya terdapat seorang pemuda yang ingin menyertai Rasulullah dan sahabat-sahabat lain untuk berjihad di medan perang. Kemudian Baginda bertanya kepada pemuda itu sama ada dia sudah meminta keizinan dari orang tuanya untuk berjihad dan ternyata pemuda itu tidak melakukan hal yang sedemikian. Maka Rasulullah menyuruh pemuda itu pulang ke rumah untuk mendapat restu daripada orang tuanya untuk berperang dan baginda melarang pemuda itu balik lagi selagi tidak mendapat izin dari orang tuanya terlebih dahulu.

Jadi, mengenai cerita saya pula, kalau mak sudah tidak izinkan saya untuk berpurdah, apa lagi yang saya boleh buat selain mengikhlaskannya dengan rela hati demi mendapat redha Allah. Lagi pula berpurdah itu bukanlah suatu perkara yang wajib dan bagi saya, hanya mereka yang benar-benar tulus dan kuat sahaja yang mampu beristiqomah dengan memakai jilbab muka ini. Tambahan pula, Allah menilai setiap hambanya bukan dari paras rupa mahupun dari pakaian yang membaluti tubuhnya tetapi melalui keikhlasan serta kenuranian hati dalaman dalam diri setiap daripada kita. Walaubagaimanapun, kita semua faham bahawa menutup aurat itu adalah wajib. Jadi, tak mengapalah saya tidak berpurdah tetapi masih mampu menjaga aurat saya sepenuhnya seperti yang diperintahkan oleh Allah. Insya Allah.



Namun begitu, tidak salahkan sekiranya kita nak memakai purdah? Insya Allah berganda pahala kita akan dapat sekali dengan keredhaan Allah jika kita benar-benar memakainya keranaNya. Setakat ini, dua orang sahabat rapat saya telah berjaya memakai purdah. Yang seorang memang direstui oleh ayah dan ibunya manakal yang lagi seorang pada mulanya tak diizinkan tapi alhamdulillah, Allah telah membuka hati ibunya untuk membenarkan sahabat saya ini memakai purdah. Mereka berdua merupakan gadis yang baik dan sangat berpegang teguh pada ajaran agama. Semoga mereka sentiasa beristiqomah dalam setiap amalan yang mereka lakukan. Insya Allah.



Kesimpulannya, memakai purdah atau tidak yang penting semuanya terletak pada hati kita. Dan hanya Allah sahaja yang berhak untuk menilai sejauh mana ketulusan dan keikhlasan hati kita semasa beribadah kepadanya. Manusia langusung tidak punya hak untuk menilai manusia yang lain daripada sudut luaran saja (itulah yang berlaku sekarang) kerana mereka tidak tahu apa yang terselit di sebalik lubuk kecil hati kita ini, bak kata pepatah Inggeris, 'Don't judge book by its cover.' Selagi kita di landasan yang benar, insya Allah kita pasti tidak akan sesat.

Sama-samalah kita muhasabah diri...

7 comments:

Anonymous said...

Dua gambar bawah tu macam tak bertepatan dengan code of dressing of Islam.

Foto nombor 3, belah kanan, saya kenal. FNM? Harap2 dia sihat.Harap2 dia istiqamah.

Anonymous said...

Dan "dua gambar bawah" yang saya maksudkan, gambar sensasi selebriti (yang double tu). Wallahua'lam.

wan hazimah said...

anonymous:

terima kasih ya kerana memberi pandangan. gambar itu cm gambar perhiasan semata-mata. masing2 mempunyai pendapat masing2 mengenai setiap hal. saya berpegang pada prinsip hdp saya sendiri yang memang berbeza dengan orang lain. yang peting ikhlas dalam hati.

terima kasih kerana memberi pendapat.

wan hazimah said...

anonymous:

semoga diberkati Allah...

ummu_hanis said...

adik....murni nye impian adik. semoga suatu hari nanti ia akan jadi kenyataan.

abuyon said...

Salam. untuk second thought tentang pemakaian purdah boleh baca n3 saya ini, Tutup muka ala zorro atau agama di http://abuyon.blogspot.com

Moga-moga beroleh rasa, faham juga INsya-Allah

Anonymous said...

bagi lelaki lebih utama mendengar/kata2 nasihat ibu bapa mereka, bagi perempuan lebih utama mendengar nasihat/kata2 suaminya daripada mendengar nasihat/kata2 ibu bapa mereka...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails