About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Saturday, 2 January 2010

10 Wasiat Imam Hasan Al-Banna



Salam.


Sedikit perkongsian ingin dibuat di sini. Almaklumlah bukur baru, jadi bukak-bukak je, nampak pengisian yang menarik di sini. Tiba-tiba saja terdetik hati ini untuk berkongsi mengenai kandungannya dengan sahabat-sahabat pembaca blog sekalia
n. Walaupun saya tahu kebanyakannya sudah pun mengetahuinya tapi tak mengapakan kalau saya letakkannya di sini. Bagi sesiapa yang dah tahu tu, jadikan ini sebagai peringatan dan bagi sesiapa yang belum mengetauinya, ini adalah ilmu baru yang Allah titipkan untuk kalian melalui saya. Insya Allah. Marilah kita sama-sama membacanya, selitkannya di dada dan simpannya di memori!

10 Wasiat Imam hasan Al-Banna



1. Dirikan solat apabila mendengar azan, walau apapun jua keadaan pada waktu itu.

2. Bacalah al-Quran, atau pelajari tafsirnya atau dengarlah bacaan orang lain, atau zikirkan kepada Allah. Jangan engkau gunakan sebahagian ruang waktumu untuk hal-hal yang tidak berfaedah.

3. Bercakaplah dengan bahasa Arab yang fasih, kerana ia termasuk dalam syi'ar Islam.

4. Jangan banyak berdebat dalam apa jua hal. Pertengkaran tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.

5. Jangan banyak ketawa, kerana hati yang berhubung dengan Allah sentiasa tenang dan mantap.

6. Jangan suka berjenaka atau berolok-olok, kerana umat yang berjuang tidak mengenal yang lain selain kesungguhan.

7. Jangan engkau tinggikan suaramu melebihi pendengar. Ia menunjukkan kebodohan dan menyakitkan.

8. Jauhi menghina orang, mencela organisasi dan jangan berbicara kecuali perbicaraan yang baik.

9. Perkenalkan dirimu kepada orang yang engkau jumpai, walaupun ia tidak meminta daripadamu, sebab dasar dakwah kita adalah cinta dan saling kenal mengenal.

10. Kewajipan selalu lebih banyak daripada waktu yang tersedia. Oleh itu bantulah orang lain untuk memanfaatkan waktunya. Jika engkau mempunyai suatu urusan, maka selesaikanlah dalam waktu sesingkat-singkatnya.

(Sumber: Ma'thurat: Himpunan Zikir Pagi dan Petang Rasulullah S.A.W, PTS.)

Subhanallah.... jom bukak balik setiap muka surat "Kisah Hidup Kita" yang lepas-lepas. Mari kita sama-sama teliti balik muka surat2 tersebut ada tak kita buat apa yang diwasiatkan oleh Imam Hasan ini? Kalau sayalah kan, usaha tu mungkin ada tapi ada sebahagiannya yang terlaksana namun sebahagian yang lain masih di permukaan lagi. Betul tak? Hehehehe.... maaf. Saya tidak tahu bagaimana sejarah hidup kalian tapi sejarah hidup saya beginilah. Sebagai manusia biasa memang kita tak dapat lari daripada semua ni kan? Sebabnya, senang je! Sebab itu semua adalah fitrah manusia! Tapi Imam Hasan berpesan supaya kita hadkan semua itu. Jangan terlebih-lebih dan janganlah pulak terkurang. Tapi yang sepatutnya dibuat tu, buatlah (cth: baca Quran) dan yang dilarang tu janganlah memandai-mandai nak buat (cth: menghina dan mencela orang lain.) Fahamkan?

Insya Allah.... itu saja perkongsian yang ingin dibuat!

Selamat beramal semuanya!!!

Wassalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails