About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Sunday 3 January 2010

Cinta + Sayang = LOVE?



Salam.

Semalam, saya berchatting lama dengan best friend saya. Lama jugak kami chatting. Sekitar tiga jam lebih. Sampai pukul 3 pagi kot. Apa yang kami borakkan?? Biasalah... masalah remaja-remaja masa kini yang hangat diperkatakan di mana-mana sahaja. Hahahaha.... takdelah. Kami bukan sembang-sembang kosong yang tiada arah tujuannya. Dia peluah masalah, maka sayalah pendengarnya. Bila sahabat sedang mengalami masalah, pada siapa lagi yang dia nak berkongsi cerita. Bila sahabat sedang dalam esak tangis, di bahu siapa lagi dia nak bersandar, kalau bukan pada sahabat dekatnya sendiri. Itulah baru namanya sahabat ketika susah dan senang. Sahabat ketika ketawa dan menangis. Jadi, semalam, saya on duty. Menemani sahabat saya yang masih lagi dalam kedukaan.

Sambil-sambil saya mendengar luahan hati sahabat saya ni, saya belajar sesuatu daripadanya. Benda ni memang agak common dalam kalangan kita semua. Tapi tiba-tiba semalam saya rasa yang selama ni saya macam "katak di bawah tempurung." Tak pernah saya tahu bahawa "cinta dan "sayang" merupakan dua komponen yang berbeza. Dialah yang mengajar saya. Dialah yang menerangkan pada saya perbezaan keduanya.

Saya: Kalau nak ucapkan rasa sayang kat seseorang (sahabat, family...etc.) nanti sayang tu akan hilang value dia... so, tak bolehlah nak selalu sangat bagitau kawan kita yang kita sayang kat dia. Nanti sayang tu dah takde nilainya.

Sahabat: Kau nak samakan cinta dengan sayang. Cinta dan sayang tu lain. Cinta tu yang kalau kita selalu ungkapkan value dia akan hilang. Sebab tu bile kita selalu ungkapkan rasa cinta kita pada someone lama-lama nilai cinta tu akan pudar. Tapi sayang lain. Contohnya kalau aku cakap kat mak aku yang aku sayang mak aku, takkan nilai sayang aku tu berkurangan. Sayang ni lain dari cinta. Jika kita sering mengungkapkan rasa sayang kita pada orang yang kita sayang, makin bertambah rasa sayang kita pada dia.

*Amboii... pakar betul sahabat aku sorang ni.....


Pagi tadi pulak, masa breakfast dengan mak saya dekat Taman Melati, saya bercakap dengan mak saya tentang ni, cinta vs. sayang.

Saya: Mak, cinta dengan sayang tu lain ek?

*Mak angguk.

Mak: Cinta tu biasanya dia punya lifespan sekejap je. Dalam jangka masa pendek je.Contohnya kan bila pasangan kekasih. Even diorang saling mencintai biasanya mesti akan ada something wrong dalam relationship diorang. Selalu gaduh, salah faham, timbul masalah, lepas tu solutionnya, putus cinta. Tapi kalau sayang, biasanya dalam jangka masa yang panjang. Dia punya lifespan tu last longer compare dengan cinta. Contohnya, best friends. Bila kita sayangkan sahabat kita, biasanya sayang kita pada sahabat tu akan last long sampailah kita mati. Ia berkekalan, tak macam cinta. Hanya dalam sekelip mata saja.

Sekarang ni, baru saya faham konsep cinta dan sayang tu yang sebenarnya. Saya ingatkan dua-dua ni sama, rupanya lain! Sebab tulah mak selalu ingatkan saya, "sometimes friendship can be sweeter than love." Alhamdulillah, memang itulah yang saya rasa dalam persahabatan kami berdua dari dulu sampailah sekarang. Sebab tulah selalu kedengaran ungkapan ini, "cinta akan datang dan pergi tapi setianya seorang sahabat sukar dicari ganti." Yeke? Betul kot!

Sebuah percintaan dibina atas rasa cinta tapi sebuah persahabatan diikat atas rasa sayang. Setelah melalui perjalanan hidup sebagai seorang "kekasih" dan sebagai seorang "sahabat", saya yakin kalian akan merasai perbezaan antara keduanya macam yang saya rasakan sekarang. Dan kalian akan tahu antara cinta dengan sayang itu, yang mana satukah lebih tinggi nilainya!

Mengapa? Insya Allah saya akan beritahu sebabnya dalam entry saya akan datang.

Bila?

Tunggu sajalah!

1 comment:

farieha said...

menarik entry ni dik..x sabar nk tau yg sterusnya..bile nk jumpa kamu ni??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails