Salam.
Setelah selesai saja perjumpaan study circle kami di HSC LR 16 1.50, saya dan sahabat baik saya, Siti, terus mengatur langkah ke kantin HS untuk membeli sarapan. Hmmm... bukan sarapan lah, tapi lebih kepada "branch." Pernah dengar tak perkataan ni? Breakfast + Lunch. Hehehehe... Tapi, tak ada rezeki pulak nak makan dengan Sit
i sebab keluarga Siti dah pun sampai dari Ipoh. Mereka nak jumpa dengan Siti sebelum berangkat ke Johor. Jadi, terpaksalah saya membeli branch saya dan makan sendirian.
Alhamdulillah, walau apapun perut terisi jugak dengan rezeki yang diberikan. Syukur rasanya dapat mencicip makanan lagi ke mulut. Ada insan-insan di luar sana yang Allah sudah tarik nikmat lapar dari mereka (seperti pesakit anorexia nervosa. Pernah dengar kan?) dan ada juga dalam kalangan mereka yang Allah tarik nikmat meras
ai makanan daripada lidah mereka sehinggakan mereka tidak dapat membezakan rasa setiap makanan yang dijamah dan macam-macam lagilah. Namun, alhamdulillah, segala pujian hanya untuk-Nya saya tidak tergolong dalam insan-insan ini. Walaupun telah banyak dosa dan kesalahan yang telah saya lakukan, tapi Allah masih menunjukkan rasa kasih dan sayang-Nya pada saya dengan memberikan saya nikmat yang tidak terhingga ini. Semoga rahmat dan kasih sayang-Nya juga bersama kalian, saudara-saudara pembac
a blog saya yang dikasihi.
Sebenarnya, saya bukanlah nak cerita tentang diri saya. Jangan salah faham pulak. Kata-kata di atas ni muqaddimah je (sengaja nak panjangkan cerita. heheh
e...). Sebenarnya macam ni. Tadi, selepas makan, saya singgah di sebuah booth jual buku-buku agama dan novel. Almaklum sajalah, saya ni kalau mata tu dah terlekat kat buku, memang susahlah. Tanya saja mak dan kakak-kakak saya. Sebab saya sangat cintakan buku dan saya sangat cintakan membaca.
Sudah berapa pusingan saya buat untuk melihat pelbagai jenis buku yang dijual di situ (rasa macam nak beli semua je! alahaii, bestnya kalau saya ni seorang jutawan!), adalah sebuah buku ni yang menarik perhatian saya. Dia punya aroma tu semakin menggoda-goda saya, seolah-olah dia menyeru-nyeru saya untuk membelinya. Dahla masa tu
duit poket saya hanya tinggal RM 20 lebih je lagi buat belanja. Masa tu saya dalam dilema, nak beli ke tak. Sebab saya takut kalau saya beli, mak marah. Sebab dulu mak pernah cakap, "adik, janganlah suka sangat beli buku sampai tak makan." Tapi nak buat macam mana, saya memang sanggup berlapar asalkan saya dapat baca buku yang saya nak tu. Itulah saya!
Akhirnya, saya istikharah kat situ jugak. Saya nak beli buku tu! Sebabnya, bila difikir-fikirkan balik, sampai sekarang saya dah lama sangat tak beli buku agama. Jadi, nilah masanya nak balas dendam! Alaahh... bukan selalu pun saya beli buku agama ni. Lagipun, inikan buku. Buku agama pulak tu dan penulis buku tu adalah salah seorang penulis
favorite saya! Saya tak nak ketinggalan daripada membaca satu pun daripada hasil penulisannya! Lainlah kalau saya beli komik atau majalah. Lagi tak bermanfaat, kan??? Jadi, setelah istikharah, saya tawakkal je. Tapi bukan saya terus beli pun. Adat berjual-beli ni, mestilah kena ada tawar menawarnya. Ye tak?
Saya: Pak cik, buku ni tak boleh kurang lagi ke? (buat muka kesian)
Penjual: Buku mana? (saya hulurkan buku tu) Hmm.... (amboi... tu pun lama ke nak fikir) RM 20 jelah.
Saya: RM 20 jeke? (buku tu RM 21, ingatkanlah boleh tawar lagi dapat RM 18 ke, RM 17 ke... nak buat macam mana? Rezeki pak cik tu lah nampaknya...) Hmm... oklah!
Penjual: Terima kasih dik, pak cik jual ek?
Saya: Terima kasih, saya beli!
Walaupun agak kesedihan masa tu sebab tak dapat harga kurang lagi tapi, hati tetap berbunga-bunga gembira sebab akhirnya saya dapat jugak beli buku tu setelah menangguhkan niat saya tu selama berbulan-bulan!
Alhamdulillah... terima kasih ya Allah!!!
Al-Ma'thurat baru! Dibeli sebagai bekalan doa setiap hari.
Insya Allah!
Inilah buku yang saya nak sangat beli tapi tak dapat2 tuh!
Hari ni Allah izinkan saya untuk mendapatkannya!
Terima kasih Allah!
Wassalam.
No comments:
Post a Comment