Masih ingatkah dikau
Akan sejarah kita dahulu kala?
Pertama kali aku ingin lahir ke dunia
Disangkanya kau kan berduka
Namun, sebaliknya pula yang terjadi.
Kau antara insan pertama
Yang bahagia akan kehadiranku
Menjadi suri baru dalam keluarga.
Kau tidak gelisah, tidak khuatir
Jikalau kasih bonda dan ayahanda berkurangan
Dengan kehadiranku di sisi mereka
Saat kau masih perlukan belaian kasih
Dari orang tua.
Bonda mengkembarkan kita
Sejak kita masih menyusu dengan susu yang sama
Kita membesar bersama-sama
Bak sepasang kembar yang bahagia,
Susah senang kita sama-sama tanggung
Di kala aku berduka, kau sentiasa di sisi,
menghiburkan
Di kala kau gundah, kuselalu di sampingmu,
mendakapmu erat
Betapa aku merindui
Setiap bibit manis yang kita lalui bersama
Sampailah suatu ketika kau harus pergi
Dengan harapan dan cita keluarga
Kita terpisah dek cita itu
Kau menjadi kebanggaan keluarga yang berjaya
Dan aku menjadi peneman keluarga yang setia
Sering kutertanya sendiri
Mengapa Tuhan menjauhkan kita?
Adakah Dia ingin mengurangkan kasih
Yang sudah sekian lama tertanam dalam diri?
Atau ini sebagai kaffarah dosa-dosa kita yang lampau?
Sama sekali tidak!
Kita terpisah kerana Tuhan ingin
Menambahkan lagi kecintaan dalam diri kita
Terhadap diri masing-masing
Kakanda yang kucintai,
Semalam air mata ku merembes
Tiada mampu kubendung lagi
Melihat kau kembali ke tempat perjuanganmu
Aku menjadi hiba dan berat hati,
ingin melepas pergi
Maafkan aku andai aku berdegil
Ini kerana cintaku padamu begitu besar
Maaf juga kerana tiada sempat mengungkapkan
Ayat-ayat cinta buatmu
Sungguh aku kesal, kakanda.
Kitakan bersua lagi di masa akan datang,
Itu suatu janji, yang pasti tertunai.
Salam cinta dan rindu dari adindamu,
kepada kakanda (kembar) yang aku cintai kerana Allah.
-ADIK-
1 comment:
Kalau boleh nak like entry ni imah..:) teruskan perjuangan thia!!
Post a Comment