Pedihkan rasanya,
Tatkala hati dirundum rasa sedih
Tiada sesiapa di sisi yang menghiburkan...
Pedihkan rasanya,
Bila air mata jatuh ke pipi
Sehingga membengkakkan mata
Namun tiada sesiapa di sisi yang menyekanya
Dan memberi belaian manja...
Pedihkan rasanya,
Pabila insan-insan yang dahulunya
Yang sering hadir menemui
Menangih kasih dan perhatian
Namun kini berpaling arah dari kita
Memalingkan muka, tiada berikan rasa simpati...
Pedihkan rasanya,
Bila diri ini diabaikan dan tidak dipedulikan...
Pedihkan rasanya,
Bila insan-insan yang sangat-sangat diperlukan
Detik ini tiada menemani...
Siapa mampu menafikan
Manusia memerlukan Tuhan setiap masa?
Aku tiada mahu menjadi hamba derhaka
Tiada mahu menolak-Nya tepi
Tapi aku hanya insan biasa
Aku manusia lemah
Aku sedar roh dan jasad ini
Hanya sebuah pinjaman dari-Nya
Dan tiada alasan mampu tercipta untukku berpaling dari-Nya
Tapi Tuhan,
Aku manusia kerdil
Yang juga memerlukan belaian kasih
Dari makhluk sejenis denganku
Salahkah aku, keterlaluankah aku meminta ini?
Meminta untuk dihadiri seorang insan bernama sahabat sejati
Yang akan mengesat setiap butiran air mata yang jatuh?
Melampaukah aku meminta semua ini ya Allah??
Hatiku kini tersangatlah pedih....
No comments:
Post a Comment