About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Friday, 1 October 2010

Anda cinta, anda perlu berkorban


Salam.


Saya ingin tanya. Jika anda mencintai seseorang, bagaimana anda membuktikan cinta anda padanya? Adakah dengan menuruti segala kemahuannya? Adakah dengan menjaganya sebaik mungkin? Adakah anda sering membelanjakan wang yang banyak hanya untuknya? Adakah dengan menolongnya tika dia dilanda kesusahan? Apapun jawapan anda, saya yakin setiap orang masing-masing punya kaedah sendiri bagaimana untuk mempamerkan rasa kasih dan sayang terhadap orang yang dicintai. Tidak kiralah sama ada orang yang anda cinta itu ibu bapa anda ke, adik-beradik anda ke, guru-guru anda ke, sahabat-sahabat anda ke mahupun kekasih hati.

Tapi, anda tahu tak yang namanya cinta sejati itu adalah cinta bertunjangkan keredhaan Allah?

Apa maksud saya?

Begini. Kalau benar-benar anda mencintai seseorang dengan setulus hati, anda harus check balik cinta anda pada si dia. Anda mencintainya kerana anda hanya suka padanya atau niat anda benar-benar ingin menggarap keredhaan Allah? Nah... jika anda katakan anda cinta kat si dia sebab anda memang suka pada dia, bagi saya rasa cinta yang sebegitu adalah cinta yang bukan lahirnya dari hati tapi ia hanya sekadar suatu perasaan yang kosong. Tiada isi atau nilai apa-apa padanya. Faham?

Kalau anda mecintai si dia kerana Allah, yang telah menganugerahkan rasa cinta itu pada anda, maka ada seuatu yang anda harus berikan kepada 'kekasih' hati anda itu? Nak tahu tak apa bendanya tu? Pengorbanan.

Ya. Kita selalu dengar orang-orang sekeliling mahupun watak-watak dalam drama TV mengatakan, "cinta itu memerlukan pengorbanan." Cinta tidak boleh dikatakan cinta kalau kita sendiri tidak rela berkorban kerananya.

Mungkin ada yang bertanya, ada ke orang yang sanggup berkorban kerana cinta zaman sekarang ni? Mungkin anda benar. Sekarang memang sukar nak cari orang yang rela berkorban kerana cinta. Sebab itulah kita disarankan untuk membuka semula lembaran sejarah dan lihat kebesaran cinta para sahabat terdahulu terhadap kekasih yang amat mereka cintai, iaitu junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Antara contoh-contoh sahabat yang boleh kita teladi siat cintanya terhadap Rasulullah s.a.w ialah Abu Bakr, Umar al-Khattab, Uthman Affan dan ramai lagi. Tapi hari ini ingin saya kongsikan rasa cinta yang tinggi seorang sahabat Nabi terhadap baginda, iaitu Bilal bin Rabah.

Rasa cinta Bilal yang saya baca dalam salah satu buku kegemaran saya, "Langit Ilahi: Kembara Hamba Mencari Cahaya" telah berjaya meluluhkan hati saya. Air mata saya hampir menitis melihatkan betapa besarnya rasa cinta Bilal dan sahabat-sahabat lain terhadap Rasulullah s.a.w. sehinggakan setelah baginda wafat, kebanyakan antara mereka yang tidak bisa menerima hakikat itu.

Bilal bin Rabah sendiri setelah perginya baginda Rasul, dia terus meninggalkan Madinah dan tidak kembali lagi. Namun, pada suatu malam, Bilal bermimpi dia bertemu dengan Rasulullah. Dalam mimpinya itu, Rasulullah memberitahu Bilal bahawa Bilal dusah lama tidak menziarahinya. Lalu, Bilal kembali pulang semula ke Madinah. Sampai sahaja Bilal di Madinah, sahabat-sahabat amat rindu ingin mendengar azannya, lalu Bilal diminta untuk mengalunkan azan.

Jadi, Bilal pun azan seperti selalunya dia azan semasa Rasulullah s.a.w masih hidup. Ketika baginda sedang mengalunkan azannya, semua oranmg yanmg pernah hidup pada zaman Rasulullah keluar dari rumah. Mereka terpana dengan azan Bilal dan mereka merasakan bahawa pada ketika itu Rasulullah s.a.w masih hidup. Hingga ada yang bertanya, "Adakah Rasulullah masih hidup?"

Tiba-tiba azan Bilal terhenti dan dia berkata, "Aku naik saksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu iala Rasulullah kemudian dia menangis. Baginya, ketika dia sedang mengalunkan azan, dia dapat merasakan seolah-olah Rasulullah masih hidup dan ada bersama-sama mereka semua. Pada detik itu, bumi Madinah basah bersama air mata Bilal.

Lihat, sejauh mana cinta sahabat Rasulullah terhadap baginda. Mengapa kita semua tidak bisa mencontohi mereka ini? Cuba tanya diri masing-masing. Sudah cukupkah rasanya cinta yang kita berikan terhadap mereka yang kita kasihi setakat ni? Setanding tak cinta kita terhadap mereka sebagaimana cinta para sahabat terhadap Nabi?

Saya ulang balik. Cinta perlukan pengorbanan. Tanpa pengorbanan, jangan berani kata yang anda sudah benar-benar mencintai si dia,

Wallahua'lam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails