Aku punya sahabat baik
Yang hadir dalam hidupku
Cuma sekali dalam setahun
Yang meluangkan masa bersama-samaku
30 hari, seketika cuma
Kehadirannya di sisiku
Menemani dan mengisi segala kekosongan hati
Saudara-saudara seIslam ku yang lainnya
Begitu mencintainya juga
Hebatkan sahabatku ini?
Berjaya menarik hati-hati manusia
Untuk mencintai dirinya
Aku adalah seorang insan yang sangat bertuah
Diberi peluang oleh Tuhan
Untuk menjadi sahabatnya
Dia telah membawaku mengenali Kekasihku yang satu
Dia sentiasa mengajakku melalukan kebaikan
Dan menghindarkanku menjejaki kejahatan
Dia sebagai wadah untukku mengubati hati yang sakit
Dia sebagai jalan untukku kembali kepada-Nya
Selama 30 hari kubersamanya
Tidak pernah wujud rasa jemu dalam diri
Untuk sentiasa bergerak melakukan amal
Alangkah baiknya sahabatku ini!
Sungguh aku sangat mencintai dirinya
Apa lagi kebaikan sahabatku ini?
Oh, ya!
Dia selalu ada bersamaku
Saat aku dalam kesulitan atau kesenangan
Dia memujukku, membelaiku
Dia pimpin tanganku menuju Tuhan yang satu
Dia mengajakku memohon pertolongan dari-Nya
Dia mengingatkanku agar jangan sesekali melupakan-Nya
Dia menidurkanku dengan ayat-ayat cinta
Tika aku sedang diuji
Dia menasihatiku agar membersihkan hati
Dengan kalamullah yang suci
Tika aku sedang lena dibuai mimpi
Dengan lemah lembutnya dia membangunkan ku
Melakukan tahajjud di malam hari
Dia menambahkan lagi keberkatan
Dalam ibadah-ibadahku yang lain
Ya Allah,
Sungguh, aku sangat merindui sahabatku ini
Sahabatku ini namanya, Ramadhan yang mulia.
Adakah lagi masa untuk kita bertemu kembali?
Bagaimana sekiranya umurku dipendekkan?
Betapa sedihnya jika itu yang terjadi.
Aku tidak ingin berpisah denganmu, Ramadhan.
Sahabat sepertimu, tidak mampu kutemukan
Saat ini. Belum ada.
Ya Ramadhan...
Aku berdoa agar Tuhan memanjangkan umurku
Agar suatu hari kitakan jua bertemu
Dengan Rahmat di sisi-Nya.
Tunggu aku, Ramadhan...
No comments:
Post a Comment