About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Thursday, 23 June 2011

Cetusan Hati: Sentuhan Hati


Ingat lagi cebisan kenangan kita di Tanjung Aru? smile :)

Salam.

(Menulis dalam keadaan perut kelaparan. Emak cucuk duit dan beri sikit kepadaku. Tapi aku belum pun lagi breakfast. Entah kenapa. Rasa macam tak lalu sangat nak makan pagi ni. Kalau mak tahu, mesti mak marah. He he he.)


Isnin, 20 Jun 2011

Usrah kami malam Isnin yang lepas bergabung dengan usrah Mak Cik Tun. Ada Iman, Mardy, Maryam, Kak Asma' dan Kak Tim. Rasa seronok bila adik-beradik bertambah ramai walaupun untuk satu malam tu saja. Rasa happening malam tu.

"Ok, apa kita nak buat hari ni?" Naqibah kami, Kak Maya memulakan bicara.

Semua diam. Masing-masing berfikir apakah aktiviti yang sesuai dilakukan pada hari terakhir usrah untuk semester tiga.

"Usrah Mak Cik Tun kena buat apa sepatutnya hari ni?" Kak Maya bertanya lagi.

"Kami kena bincang tentang kisah Nabi Ibrahim," Mardy jawab bagi pihak usrahnya.

Kak Maya seolah-olah tengah memikirkan sesuatu yang lebih menarik untuk dilakukan pada hari itu.

Sementara menunggu keputusan Kak Maya, kami semua sembang-sembang kejap. Nak melepaskan rindulah katakan.

Kemudian Kak Maya menyambung, "Ok. Antunna nak yang berat-berat ke nak yang ringan-ringan?"

"Ringan!" Aku mendahului. Lebih-lebih pulak rasanya. Tapi majoriti memang nak yang ringan-tingan je. Maklumlah, keletihan yang amat. Apatah lagi exam dah dekat. Minggu depan! Semua macam tengah bertungkus-lumus kerah otak untuk ulangkaji subjek-subjek tertentu.

Kak Maya hanya tersenyum. "Ok, nak yang ringan ya."

Kami menanti dengan penuh debaran. Apalah agaknya yang Kak Maya nak buat untuk dijadikan santapan rohani kami pada malam tu.

"Sekarang ana nak antunan fikirkan seorang je figure yang antunna sangat kagumi. Dalam masa lima minit cuba fikirkan siapa dan kenapa antunna kagumi orang itu."

Kami pun apa lagi, cepat-cepat fikir sapa figure kami kagumi tu. Susah benar. Sebab kalau ikutkan dalam dunia ni terlalu banyak tokoh Islam yang mengagumkan kami semua. Pertama sekali, dah tentunya Nabi Muhammad. Tapi sahabat-sahabat dan sahabiah-sahabiah yang lain pun apa kurangnya. Akhirnya bila Kak Maya kata, "Ok. Masa dah habis!" kami pun dah putuskan siapakah orang yang kami masing-masing kagumi tu.

Ada yang cakap Siti Hajar, Kak Maryam Jailani, Nabi Ibrahim, ayah dan ibu masing-masing, Nabi Muhammad, Siti Khadijah...

Tiba-tiba, sahabat-sahabatku semuanya bersuara, "Kak Maya pulak! Sapa orang yang akak kagumi?" Kak Maya pun apa lagi. Tersengeh-sengeh. Haii, macam tak sabar-sabar je nak bagitahu kami siapa orang yang Kak Maya kagumi tu. He he he.

"Ok. Kalau nak tahu siapa orang yang ana kagumi, ana nak antunna semua pusing belakang masing-masing. Tutup mata dan tadah tangan. Jangan buka selagi ana tak suruh!" Wah, kerasnya amaran Kak Maya. Takut kejap. Kejap je.

Kami pun pusinglah belakang, tutup mata dan tadah tangan. Tiba-tiba rasa gementar. Apalah yang Kak Maya nak buat sebenarnya. Kak Maya ni kadang-kadang unpredictable sikit. Tu yang risau tu.

"Dah tutup mata semua?"

"Dah!"

Kak Maya pun letak sehelai kertas kecil atas tapak tangan setiap daripada kami. Tapi, kami tak tahulah kertas apa yang Kak Maya letak tu. Kata tutup mata. Takkan nak curi-curi tengok. Jujur, jujur. He he he.

"Ok, sekarang boleh bukak mata. Cuba tengok kat kertas tu. Itulah orang yang ana sangat kagumi."

Tiba-tiba hati aku tersentak. Ternyata ada tertulis nama kami sendiri atas kertas tu. Aku terdiam. Macam ada panahan cinta yang baru saja terkena kat hati ini. Mataku pun tiba-tiba terasa lembap. Ada sentuhan kasih di situ.

Kak Maya menyambung lagi, "Ana nak antunna semua doakan untuk orang yang namanya ada kat kertas tu. Doa sungguh-sungguh untuk dia sebab ana sangat mengagumi dia."

Senyap. Masing-masing khusyu' mengalunkan doa masing-masing dalam hati.

Semasa berdoa, dengan tak semena-mena air mataku tumpah. Hatiku jadi amat sebak. Naqibahku sangat pandai menyentuh hati kami. Aku tertanya-tanya sendiri. Layakkah diriku untuk dikagumi? Apa yang ada pada diriku sehingga naqibahku kagum padaku? Aku menagis sepanjang doaku. Nasiblah tak ada siapa yang perasan.


***


Aku cerita tentang ni pada mak. Mak kata, "Naqibah adik ikut cara Rasulullah." Aku tercengang. "Cara Rasulullah?" Aku tanya mak.

"Ha'ah. Pernah sekali tu Rasulullah nak beritahu isteri-isteri baginda siapa dalam kalangan mereka yang Rasulullah paling sayang (ke sayang. lebih kurang macam tulah). Mereka duduk dalam bulatan dan lepas tu Rasulullah suruh para isteri pusing menghadap ke belakang, tutup mata dan tadah tangan. Rasulullah kata siapa yang dapat hadiah daripada baginda, dialah orang yang Rasulullah paling sayang. Bila isteri-isteri Rasulullah buka je mata, rupa-supanya masing-masing dapat hadiah daripada Rasulullah. Maknanya mereka tahu yang mereka semua disayangi Rasulullah," bersungguh mak bercerita sambil tersenyum.

"Wah, romantiknya Rasulullah! Sweetnya Rasulullah!" Perasaan cintaku pada baginda makin bertambah lepas mak cerita dan aku juga semakin mengagumi naqibahku. Ternyata Kak Maya ikut sunnah Nabi. Bagiku, Kak Maya ialah naqibah yang luar biasa. Bijak Kak Maya menyentuh hati kami semua.

Dan aku sehingga kini, masih tersentuh dengan setiap kata-kata Kak Maya untuk setiap seorang dari ahli-ahli usrah.


***

Kembali cerita...
Lepas tu, aktiviti kami diteruskan dengan Kak Maya beritahu sebab-sebab kenapa Kak Maya mengagumi kami semua. Subhanallah, selama ni aku belum pernah bertemu sahabat-sahabat dan naqibah sebaik mereka semua dan Kak Maya. Kata-kata mereka tentang diriku sangat membina dan membuatkan aku bersyukur aku dilahirkan sebagai 'aku.'

Sebelum ni, aku hanya rasa kesepian dalam usrahku. Tapi, sejak pulang dari percutian kami di Sabah, aku dah semakin rasa yang ukhuwwah antara kami bertambah erat. Alhamdulillah.

Aku rasa seronok sangat jadi anak usrah Kak Maya. Terlalu banyak benda-benda baru yang aku belajar daripada Kak Maya dan sahabat-sahabatku yang lain. Suatu kemanisan ukhuwwah yang belum pernah aku rasakan selama ni sehinggalah Allah mentakdirkan aku dimasukkan ke dalam usrah yang dipimpin oleh seorang murabbi yang hebat. Subhanallah.

Sampai sini dulu nukilanku untuk hari ini. Kalau ada terkasar bahasa, tersilap tutur kata, minta dimaafkan. Kadang-kadang bila kita excited sangat menulis ni, kita boleh tak sedar kesilapan-kesilapan yang kita buat dalam penulisan kita. He he he.

*Bahagia*


Nota 1: Kak Maya, Zimah bangga jadi anak usrah akak. Akak selalu ada untuk Zimah bila Zimah perlukan someone untuk mendengar luahan hati Zimah. Akak tak pernah ketepikan Zimah. Akak dah tambat hati Zimah untuk mencintai tarbiah dan Islam. Akak dah bawa Zimah lebih dekat dengan Allah. Kata-kata akak semuanya menyenangkan hati Zimah dan tak pernah sekalipun Zimah tak menemukan penyelesaian bagi masalah-masalah Zimah daripada kata-kata nasihat akak. Zimah nak akak tahu yang kalau boleh, Zimah nak terus jadi anak usrah akak sampai bila-bila, jika Allah izinkan. Akak naqibah dan murabbi terbaik yang Allah anugerahkan untuk Zimah. Semoga Allah berkati akak.

Nota 2: Busyra, Aishah, Alang, Mun, Kak Nisa' dan Kak Fiqah, Zimah bahagia sangat Allah bagi peluang kat Zimah kenal dengan antunna semua. Antunna sahabat terbaik Zimah. Antunna ialah anugerah yang Allah bagi kat Zimah dari arah yang tidak disangka-sangka. Sahabat yang baik ialah sahabat yang selalu mengingatkan kita kepada Allah. Itulah yang Zimah rasakan sekarang ni sejak bersahabat dengan antunna. Terima kasih kerana sudi bersahabat dengan manusia kerdil seperti Zimah.

Nota 3: Iman, Mardy, Maryam, Kak Asma' dan Kak Tim, seronok bila ada antunna dalam usrah kami hari tu. Ukhuwwah tu terasa lebih manis dengan kehadiran antunna semua malam tu. Gelak tawa dan senyum riang antunna menenangkan hati dan jiwa Zimah. Sebab masa tu Zimah sangat letih. Tapi bila datang usrah, tengok antunna senyum dan bergelak tawa, hati Zimah jadi sejuk dan sedikit sebanyak keletihan Zimah terubat. Ketahuilah, antunna ialah hadiah yang sangat istimewa yang Allah beri pada Zimah. Terima kasih kerana menerima Zimah dalam hidup antunna.

Nota 4: Kak Sayyidah dan Kak Mashita, walaupun akak berdua tak datang usrah hari tu, tapi Zimah nak akak tahu yang Zimah sangat-sangat rindukan akak, terutamanya Kak Mashita. Sebab Kak Mashita paling jarang datang usrah sem ni. Zimah faham. Adakalanya kesibukan menghalang kita untuk bertemu. Tapi Zimah doakan agar Kak Mashita buat yang terbaik untuk sem ni. Doa Zimah dengan akak selalu. Kak Sayyidah dan Kak Mashita, jangan lupa akak berdua sentiasa ada tempat di hati Zimah.

Nota 5: Kepada semua yang Zimah cintai kerana Allah, Zimah sayang antunna sebab antunna ialah bidadari-bidadari hati Zimah. Semoga Allah memberkati ukhuwwah antara kita.


Wallahua'lam.

2 comments:

maryam said...

dah beberapa kali baca post ni, tapi taktau nak komen apa. terharu~ semua ni anugerah Allah & aturanNya, kalau bukan ana pun, akan ada org lain yg mgkn lebih hebat utk bersama & memberi pengalaman terbaik utk zimah.

Alhamdulillah Allah kenalkan kita & memberikan peluang utk bersama mencari redhaNya. apa pun yg terjadi, ingatlah zimah masih ada Dia :)

zimah zaiwani said...

kak maya~ thanx sbb singgah kak. apa yg termaktub dalam blog ni sume ikhlas dr hati zimah. bkn rekayasa. hehe. insya-Allah smg Allah beri yg terbaik utk kita semua. amin.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails