About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Friday, 10 June 2011

Tiada alasan lagi


Salam.


Muqaddimah


Laman iluvislam.com dan halaqah.net menyediakan banyak capaian tentang Islam

Malam sudah semakin tua. Kini yang tinggal hanyalah Dia, aku dan para makhluk-Nya yang tidak henti-henti bertasbih memuji-Nya. Subhanallah. Alangkah bahagianya kalau aku bisa menjadi seperti mereka semua. Haiwan yang sedang beradu asmara, tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan embun pagi, gunung yang gah meninggi memasakkan langit, sungai yang tidak bekerja keras melawan kerasan batu yang menghalang malah para ribuan malaikat mendampingi Tuhan di kakaki langit sekalipun begitu asyik beribadah kepada Allah tatkala kita semua sedang nyenyak dibuai mimpi. 

Cemburunya aku terhadap mereka semua. Bukan tidak pernah berusaha, tetapi setiap kali memikirkan hal ini aku kembali mengingati sejarah hidupku. Sejarah penciptaanku, membuatkan aku semakin menyedari siapakah diriku yang sebenarnya jika ingin dibandingkan dengan makhluk-makhluk Allah yang lain. Tidak seperti ciptaan-ciptaan Allah yang lain, aku hanyalah seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan setitis air mani yang sangat hina. Namun, ia tidak pernah melemahkan semangatku untuk terus mengintrospeksi diri dan memperbaiki setiap kelemahan. Sungguh mujahadah itu tidak segampang yang difikirkan. Jika tiada usaha dan pergantungan kepada Allah, masakan kita bisa meraih gelaran hamba Allah yang baik. Betulkan? Insya-Allah, sama-sama kita renungkan. 

Isu utama

Lama rasanya aku tidak menekan-nekan kotak-kotak huruf di papan kekunci Asouku ini. Kesibukan tidak sepatutnya menjadi alasan bagi kita untuk menyampaikan apa yang kita sudah belajar daripada Islam selama ni, kan? Maafkan aku. Aku juga manusia biasa, yang kadang-kadang lupa dan alpa. Kalau anda ingin berkata aku pentingkan diri sekalipun, aku terima. Kelas American Literature semalam, pensyarahku melemparkan soalan cepumas kepada kami semua. "Ladies and gentlemen, is it important to be selfish?" Ramai antara kami yang jawab, "Yes!" "Of course!" dan jawapanku ialah "Definitely!" Kemudian beliau menyambung, "Yeah, sometimes we need to be selfish..." Jangan marah ya kalau aku katakan bahawa aku bersetuju dengannya. 


Majalah i bulan ini. Topik "cinta" yang sangat menarik. (promote)

Cuba kita fikirkan kembali. Pentingkan diri sendiri sememangnya salah satu sifat mazmumah. Tapi adakalanya sifat seperti ini perlu pada sesetengah keadaan sahaja. Hanya untuk beberapa situasi saja ia kita dibenarkan untuk mempraktikkannya. Macam sifat cemburu juga. Cemburu dikatakan sifat yang boleh melemahkan iman seseorang. Tapi cemburu kadang-kadang perlu untuk kita memotivasikan diri, meningkatkan prestasi diri setiap masa dan mendahului orang lain dalam meraih redha Allah. Begitu juga dengan pentingkan diri sendiri. Bagiku, pentingkan diri perlu bila manusia semakin malas berusaha untuk menjadi hamba yang terbaik. Kalau nak harapkan orang lain saja yang berdakwah kepada kita, tapi kita sendiri langsung tak nak buat sebarang perubahan dan tak berusaha sendiri, apa gunanya. Jadi, bagiku kita patut ada sifat pentingkan diri sendiri terhadap orang-orang sebegini, tapi setelah kita berusaha untuk berdakwah kepada mereka dan mereka tak mahu menerimanya. Cuba fikirkan ya.

Sikap pentingkan diri sendiri dalam konteks perbincangan yang ingin aku bawakan di sini ada sangkut pautnya. Sedarkah kita bahawa masyarakat hari ini sudah semakin jauh dengan Tuhan? Kita tak perlu bahaskan tentang pengikut-pengikut agama lain. Lihat saja saudara-saudara seagama dengan kita. Kalau kita tengok pada berita-berita yang terpampang jelas di dada akhbar, kebanyakannya berupa pembunuhan atau kes-kes tagis seperti rogol, langgar lari, pembuangan bayi, bunuh ibu, bunuh anak, tikam anak, bunuh diri, simbah asid dan sebagainya. Aku sarankan anda bertanya kepada diri sendiri setiap kali melihat berita-berita seperti ini setiap kali anda membuka helaian-helaian akhbar itu, soalan ini "Apa sudah jadi dengan masyarakatku? Dimanakah Islam dalam diri mereka? Di mana Allah yang mereka saksikan sebagai 'tiada Tuhan yang layak disembah melainkan-Nya' dalam lafaz shahadah merek?" Inilah yang sering kami bincangkan dalam usrah kami. Sedihkan? Sedih saja tiada gunanya jika kita dan mereka sendiri tidak sama-sama bersatu untuk menamatkan fenomena ini.


Solusi satu-satunya majalah yang menghimpunkan banyak ilmu Islam.

Kenapa agaknya Rasulullah s.a.w. pernah berkata bahawa "Islam itu dagang dan ia akan kembali dagang?" Pernah tak kita fikirkan hal ini? Sedangkan kita tahu bahawa Islam itu ialah satu-satunya agama yang diterima oleh Allah dan ajarannya tidak berubah dan kekal terpelihara hingga hari kiamat? Semamangnya ini salah satu isu yang perlu kita bicangkan bersama. Kalau kita lihat ramai saudara kita yang terkandas ke lembah maksiat adalah disebabkan lumpuhnya kesedaran dalam diri mereka terhadap kecantikan ajaran Islam itu sendiri. Tapi, bila melihat fenomena seperti ini yang sudah semakin menular dalam diri masyarakat Malaysia sendiri, adakah kita masih ingin menyalahkan orang lain yang tidak berdakwah secara langsung kepada kita? Kenapa perlu tunggu ada seseorang datang ke rumah kita lalu mengetuk pintu rumah kita kemdian duduk di dalam untuk menyampaikan dakwah bebasnya? Percayalah. Kalau kita ingin menunggu orang-orang seperti ini hadir dalam hidup kita tanpa kita berusaha mencari mutiara iman itu sendiri, usahlah bermimpi kita akan mendapat mutiara-mutiara itu dengan mudah. Lagi-lagi zaman sekarang ni. Ramai orang baik yang dicabut oleh Allah nyawanya dalam usia yang masih muda. 

Isunya sekarang, ramai orang sedar akan kemajuan teknologi di dunia. Kita sedar medium komunikasi sudah berkembang pesat terutamanya di Malaysia. Tapi kebanyakan daripada kita hanya menumpukan kepada lama sosial yang berprinsipkan hiburan semata-mata, seperti Facebook, Twitter, Yahoo Messenger, Skype, dan lain-lain. Memang, tak salah kalau kita gunakan medium ni sebagai saluran kita untuk amar makruf dan nahi munkar, tapi cuba kita analisa balik. Berapa peratus saja rakyat Islam Malaysia yang gunakan medium-medium ini, terutamanya FB untuk kepentingan agama berbanding kepentingan duniawi? (nasihat untuk diriku juga) Taka ramai bukan? Ya, sangat sedikit. Mereka tidak ambil kisah pada laman sosial yang lain yang lebih bermanfaat yang boleh mereka sertai. Contohnya, Blogger, Iluvislam, Halaqah, dan majalah (majalah i, Solusi, Anis, Aniqah, Nur, dll). Kenapa tidak kita gunakan laman-laman ini untuk berdakwah kepada diri kita sendiri? Kenapa jadikan alasan "tak ada siapa tegur aku" untuk menhalang diri daripada mujahadah sedangkan pelbagai kemudahan Allah dah sediakan di depan mata? Maaf kalau teguran ini agak keras tapi aku tidak bole terima kalau ada orang berpendapat seperti di atas.

Majalah dan laman sesawang yang menyediakan artikel-artikel tentang Islam terlalu banyak di media. Sungguhpun ada yang tidak memegang gelaran ulat buku sekalipun, masih ada masa lagi untuk melatih diri supaya cintakan membaca. Sematkan dalam diri rasa suka dan obses ingin menuntut ilmu. Kalau dalam bab berdakwah, janganlah tunggu Allah turunkan malaikat berupa manusia untuk berdakwah kepada kita. Tapi gerakkanlah hati sendiri untuk mencarinya. Ilmu Allah itu luas, ada di mana-mana saja. Sungguhpun media tidak tercipta, kita masih bisa mentarbiah diri sendiri. Bak kata naqibahku, "Adakah tarbiah  hanya boleh kita dapatkan dalam usrah saja? Jangan menyalah anggap konsep tarbiah. Kita kena ingat setiap saat kita sedang ditarbiah oleh Allah. Bila kita diuji, Allah mentarbiah kita. Bila kiat diberi nikmat, Allah mentarbiah kita. Bila kita memandang pokok-pokok, pun Allah sedang mentarbiah kita." Begitu juga dengan perihal hidayah. Allah takkan turunkan hidayah-Nya ke dalam hati kita jika kita sendiri tiada keinginan untuk mencarinya.

Penutup

Poin aku ialah jangan cuba mencari alasan untuk menjauhkan diri daripada Allah. Buka mata buka hati seluas-luasnya. Lihat. Terlalu banyak kemudahan yang Allah sediakan untuk kita di dunia ini. Hanya kita saja yang tentukan sama ada bijak menggunakannya atau tidak. Tiada alasan lagi untuk kita katakan bahawa tak ada yang mentarbiah diri ini, tak ada yang menasihati diri ini... Yang penting, Allah dah sediakan jalannya dan terletak pada kita jalan yang mana harus kita pilih.

Wallahua'lam.


Nota: Maaf jika terdapat unsur kekerasan dalam kata-kataku di atas. Anggap saja ia ialah kata-kata yang keluar dari mulutku dengan tidak sengaja. Yang baik datang dari Allah, yang buruk adalah melalui kelemahan diriku sendiri. Sekian.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails