Bismillahi Rahmani Raheem,
To my loved ones, families, friends, brother and sisters,
Aku kira perjalanan kali ini ke Jordan bukanlah perjalanan sang musafir biasa, Perjalanan ini membawa satu cita-cita dan harapan yang bukan lagi tertumpu kepadaku,jiwaku dan hatiku. Tetapi perjalanan ini membawa cita-citaMU, Cita-cita KITA dan harapanMU dan Harapan KITA. Dan itu, Membuatkan aku melutut mengenangkan bertapa kerdilnya diri ini di hadapan si Khaliq sang pencipta.
Kepada yang ku cintai dan sayangi kerana Allah S.W.T,
Ku kira, pemergianku ini bukanlah permergian 3 orang wira. Dan sekali-kali bukanlah yang lebih hebat dari setiap dari kamu. Tetapi, SETIAP satu daripada KAMU adalah perwira tersendiri, Yang diertikan ‘hidden HEROES’. Perwira yang bersedia memberikan masanya, duitnya, dan Hidupnya. Dan setiap KAMUlah yang selayaknya diberi gelaran PERWIRA.
Perginya kami membawa kamu tersemat dalam hati-hati kami, menghubungkan pertalian antara saudara kita di Palestina dan Malaysia. Sungguh kita bukan 2 nasionaliti, KITA sudah lama satu. kerana aqidah kita.Kerana kecintaan KITA.
Kepada yang ku cintai dan sayangi kerana Allah S.W.T,
Iya, aku punya banyak kesilapan. Dalam tanggung-jawab yang ku bawa sebagai seorang anak, kawan, dan akh. Dan peluang ini ku ingin meminta keampunan akan kesilapan yang pernah dilakuakan, akan hak-hak yang pernah di tercemarkan. Kerana aku tidak ingin tersungkur di pintu syurga kerananya.
Kepada yang ku cintai dan sayangi kerana Allah S.W.T,
Ingatlah bahawa musuh itu tidak perlu kita takuti, yang perlu kita takuti dan tangisi adalah dosa-dosa yang telah terlakukan. Yang membawa duka di akhirat sana.
Kepada yang ku cintai dan sayangi kerana Allah S.W.T,
Doakan Kami disini, supaya hati-hati kita senantiasa diluruskan,diertikan sebuah keikhlasan dan taqwa. Kita ini Pejuang. Aku dan Kau. Teruskan berlari mengejar redha ilahi. Aku dedikasikan Sajak Shaykh Syed Qutb Bersamamu untuk kita hayati, yang aku teliti dari kecil, tapi masih belum dapat menjiwai sepenuhnya kerana aku belum lagi mengenal erti pengorbanan yang sebenar. Mungkin inilah lapangannya.
Saudara!
Seandainya kau tangisi kematianku
Dan kau siram pusaraku dengan airmatamu
Maka di atas tulang-tulangku
Yang hancur luluh
Nyalakanlah obor buat umat ini
Dan ……
Teruskan perjalanan ke gerbang jaya Saudara!
Kematianku adalah satu perjalanan
Mendapatkan kekasih yang sedang merindu
Taman-taman di syurga Tuhanku bangga menerimaku
Burung-burung-Nya berkicau riang menyambutku
Bahagialah hidupku di alam abadi Saudara!
Puaka kegelapan pasti akan hancur
Dan alam ini akan disinari fajar lagi
Biarlah rohku terbang mendapatkan rindunya
Janganlah gentar berkelanan di alam abadi
Nun di sana fajar sedang memancar
Muaz Ruslan IIUM, Gombak 12.53PM 28/03/12
Dipetik daripada: http://www.facebook.com/zizaiwani?ref=tn_tnmn#!/notes/pertubuhan-ikram-malaysia/kamu-itu-pejuang/368359326537722
[Muaz Ruslan adalah salah seorang dari rakyat Malaysia yang menyertai Global March to Jerusalem di Jordan]
"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
"IKRAM WADAH PERJUANGAN"