About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Thursday, 29 March 2012

Update MyGMJ: "Warkah Buat Abah dan Ummi."





Assalamualaikum..

Buat abah dan ummi, pejuang dakwah siang dan malam.

“Jangan kau sangka mereka yg mati di jalan Allah itu mati. Sesungguhnya mereka itu tidak mati, tetapi mendapat rezeki dari Allah..” (Ali Imran: 169)
Aiman titipkan warkah ini untuk menyatakan kesyukuran dan terima kasih yang tidak berbelah bagi kpd ummi dan abah di atas keizinan untuk menyertai GMJ (Global March to Jerusalem). Masih teringat kisah yang di ceritakan oleh Syeikh Abdul Rahim Shihab semasa di Pejabat IKRAM berkenaan kisah anak usrahnya yang ingin menyertai Briged Izzudin Al-Qassam tetapi kerana masih muda dalam tarbiyyah beliau tidak di benarkan pergi oleh Syeikh. Tetapi setelah anak usrahnya menulis surat dan menyatakan, “jangan tika aku bertemu Allah kelak aku memberitahu bahawasanya aku tidak dapat mati syahid kerana kamu penyebabnya”. Akhirnya Syeikh Rahim Shihab membenarkan anak usrahnya menyertai jihad setelah mendapat kebenaran ibunya. Alhamdulillah beliau mendapat syahid yang di cita-citakan. Allahu akhbar.! Terima kasih di atas restu dan dokongan..!

Tidak mampu mengungkapkan betapa inginnya daku menjejakkan kaki ke bumi anbiyaa tempat bersemadinya syuhada2. Saban hari dan tahun di tarbiyyah di UIA dan di johor. Sesungguhnya setiap perkara punya risiko dan kesan. Sudah pasti Abah memahami setiap pejuang islam itu mengidamkan syahid di jalan-NYA. Begitu juga Aiman jika di takdirkan syahid aiman bersedia menghadapinya jika di takdirkan masih hidup sudah semestinya kerja-kerja dakwah akan di teruskan bahkan lagi hebat Insya-Allah.

Semalam dapat berbincang bersama ikhwah2 yg lain dan alhamdulillah mereka menyokong pemergian aiman dan sanggup untuk mengutip infaq bagi perjalanan Aiman. Inilah ukhuwwah yang utuh antara kami. Di sini aiman sangat tersentuh denga sifat2 ikhwah2 yg aiman kenal. Ini adalah salah satu turning-point dan wasilah tarbiyyah terbaik untuk aiman. Mohon doa dan restu dari abah dan ummi. Maafkan segala kesalahan dan kesilapan aiman selama ini dan halalkan segala makan minum.

Jazakallah Abah, Ummi, Shafeeqah, Adik-adikku Sabiq, Shifaa, Fadhli, Atiqah, Imthital, Fateh, Fathy dan Aqwam. Semoga dapat berkumpul bersama di syurga kelak..!

Tanah itu jauh nun di sana,Layakkah untuk aku jejaki Ya allah,Berilah peluang untuk daku mengadap-Mu,Syahid kan daku bersama-sama para syuhada,Terlalu sedikit yg kami lakukan utk agama-Mu,Kami terpana dengan dunia dan tipu helah mereka,Kuatkanlah hati ini melawan mereka dengan cara kami,Moga usaha yang kecil ini membuahkan syahid,Ambillah daku untuk mengadapmu,Aku amat mencintai-Mu mengatasi segalanya,Peliharalah saudara2ku, kaum keluargaku dan semua ummat islam..Moga Islam kembali Izzah..Allahu akhbar..!! Allah maha besar!!

WassalamAiman28.3.2012 - 230 pagi

MUHAMMAD AIMAN BIN MOHD ZIN4TH YEARBIOTECHNOLOGY-CHEMICAL ENGINEERING, IIUM

"Berilah sebanyak2nya dari menerima sebanyak2nya"

www.aimankhairulazzam.blogspot.comFB: Aiman Khairul Azzam

Link asal: http://www.facebook.com/photo.php?fbid=422617131089077&set=a.121330537884406.21884.100000223811259&type=1&theater

[Muhammad Aiman adalah salah seorang rakyat Malaysia yang menyertai Global March To Jerusalem di Jordan]

"UKHUWAH TERAS KEGEMILANGAN"
"IKRAM WADAH PERJUNGAN"

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails