About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Wednesday, 29 August 2012

Boring


Bismillah.

Saat diri dikuasai oleh hantu kebosanan, kahirnya tangan tergerak juga untuk berkongsi cerita di sini... 
Hmm... lamanya nak masuk sem balik. Cuti-cuti ni tak tahu nak buat apa. Bila cakap dengan kawan, kawan kata "Tulislah novel. Zmah kan suka menulis..." Memang betul Zmah suka menulis tapi Zmah bukan macam penulis-penulis yang lain yang boleh dapatkan ilham hanya dengan mengurungkan diri dalam rumah. Zmah kena keluar, tengok persekitaran dan orang lalu-lalang, baru boleh dapat idea nak tulis pasal apa dan kembangkan cerita. Tapi, sejak menghantar 30 puisi ke Pertandingan Sayembara Penulisan anjuran ITBM dan Berita Harian dan novel Semanis Kurma Cinta ke SR Publication, rasa nak rehat sekejap daripada menulis. Sebab sekarang Zmah memang betul-betul tak ada idea nak tulis tentang apa. Agaknya, bila sem mula balik nanti baru idea datang mencurah-curah macam air hujan yang turun dari langit. Amat menanti saat itu sebenarnya.

Bercakap tentang Pertandingan Sayembara Penulisan ITBM dan BH tadi, alhamdulillah setelah sebulan lebih Zmah mengepos manuskrip akhirnya dapat juga surat penerimaan daripada pihak ITBM. Risau sangat. Ingatkan manuskrip Zmah hilang ke, tersalah tampal setem ke apa. Bila call mereka, mereka suruh Zmah tunggu lagi beberapa hari sebab mereka cakap mereka belum lagi menerima sebarang manuskrip daripada para peserta.

Dalam pertandingan ni, Zmah masuk kategori puisi dan Zmah menulis puisi hanya sebanyak 30 puisi. Biarlah sikit janji berkuali kandungannya. Tak tahu kenapa rasa macam nak mencuba nasib masuk pertandingan ni. Sebab sejujurnya Zmah cakap sebelum ni Zmah tak pernah masuk sebarang pertandingan pun walaupun dikerah banyak kali oleh kakak-kakak dan emak. Zmah rasa menulis untuk kepuasan dan tujuan da'wah saja. Tapi mereka cakap apa salahnya. Tak salah kalau mencuba. Kalau ada rezeki adalah, kalau tak ada Zmah masih boleh teruskan menulis sebab menulis merupakan salah satu minat Zmah. Tapi yang peliknya tentang minat menulis Zmah ni, Zmah suka sangat tulis novel dan puisi tapi Zmah tak gemar menulis cerpen. Tak tahu kenapa. Pelik, kan? Itulah uniknya Wan Hazimah agaknya. Hehe, tapi Zmah yakin bukan Zmah seorang saja yang macam ni. Ramai lagi sebenarnya.

Pada mulanya, niat Zmah nak menyertai pertandingan ni sebenarnya macam ni, kalau Zmah menang (insha-Allah), Zmah nak jadikan kemenangan Zmah ni sebagai hadiah istimewa buat insan-insan istimewa, termasuklah emak, kakak-kakak dan para sahabat yang sentiasa mengakui bakat terpendam Zmah ni serta memberi sokongan yang tak berbelah bagi pada Zmah. Mereka jugalah yang menjadi sumber inspirasi Zmah untuk terus menulis. Tapi sungguhpun kemenangan tak berpihak pada Zmah, Zmah masih akan rasa bahagia sebab Zmah berani untuk mencuba. Bak kata orang, hidup ni kena berani ambil risiko. Kalau tidak, jangan bermimpi untuk berjaya sebab jalan menuju kejayaan tu bukannya mudah. Terlalu banyak rintangan yang terpaksa ditempuhi dan kepahitan yang perlu dirasai.

Mari kita berpindah cerita. Mula-mula macam terfikir nak cuba juga hantar novel Semanis Kurma Cinta juga, sebab peserta dibolehkan untuk menghantar lebih dari satu karya tapi hanya layak memenangi satu hadiah saja. Tapi bila fikir-fikir balik, rasa tak konfiden pula sebab novel Zmah tu bukan best pun. Isinya dan jalan ceritanya pun biasa-biasa saja tapi diakui ada mesej-mesej tertentu yang nak disampaikan kepada pembaca. Jadi, Zmah cuba lagi untuk mencari saluran lain yang Zmah boleh ambil peluang untuk terbitkan novel Zmah ni. Sasaran Zmah adalah syarikat penerbitan buku yang baru dan yang Zmah pilih sekarang ni ialah SR Publication.

Alhamdulillah, Zmah dah pun emelkan manuskrip Zmah pada mereka dan mereka beritahu yang manuskrip Zmah akan dinilai terlebih dahulu oleh panel-panel mereka. Tugas Zmah sekarang hanya menunggu perkembangan seterusnya daripada mereka. Dalam masa yang sama, sedang cuba mengerah otak untuk menulis novel kedua atau buku genre lain pula, semacam buku motivasi tapi dalam English. Tak tahulah mampu ke tak.

Kalau nak diikutkan, selama Zmah hidup 22 tahun ni, terlalu banyak benda yang Zmah dah belajar tentang kehidupan sebagai seorang remaja. Dan Zmah merancang untuk mencritakan pengalaman-pengalaman hidup Zmah dalam bentuk penulisan agar dengan itu ia mampu menjadi pengajaran dan teladan buat para pembaca, khususnya dalam kalangan para remaja sendiri. Tapi, tulah. Selagi bergelar mahasiswa ni, hidup pun bertambah sibuk. Dengan assignmentnya, dengan kerja-kerja kelabnya, kerja-kerja rumahnya, sampaikan Zmah tak tahu nak curi masa macam mana untuk menulis buku. Zmah cuba tapi tak dapat juga. Sebab badan Zmah ni cepat letih bila dah bergiat aktif. Kalau dah letih tu, faham-faham jelah kan lepas tu Zmah buat apa. Terbongkang terus atas katil dah tak ingat dunia.

Tapi tak apa. insha-Allah, rezeki Allah ada di mana-mana. Kalau kita bersungguh dan ikhlas, Allah pasti bukakan jalan. Walaupun Zmah tak dapat menulis buku buat masa sekarang ni, tapi Zmah masih boleh menulis, iaitu menerusi blogging. Banyak je wadah yang Allah sediakan, cuma macam mana kita menggunakannya.

Oklah. Berhenti di sini dulu. Sekadar mengisi kebosanan. Ada masa lagi, Zmah akan update lagi di sini.

Wassalam. ^_^

4 comments:

Dear Bella said...

Semoga berjaya... :)

Lok Weng Hang said...

Semoga berjaya dalam usaha ini. Saya juga berminat untuk menyertai sayembara ini. Jika tidak keberatan, saya ingin bertanya, bagaimana cara untuk mengisi ruangan 'judul karya' dalam borang penyertaansekiranya ingin menulis puisi (sebanyak 30 judul)? Perlukah menulis kesemua judul tersebut? Jawapan amat dihargai. Terima kasih.

Zimah Zaiwani said...

lok weng hang: ooo... x perlu tulis kesemua judul. judul utk koleksi 30 puisi saudara. mcm "antologi sehijau warna daun" "seuntai kata untuk dirasa..." biasanya orng akan pilih je mn2 juduh salah satu puisi mereka yg mereka rskan menonjol. tak pun, utk kesemua 30 judul puisi tu, ditulis dgn satu tema yg sm. katakanlah puisi saudara banyak berkisarkan cinta. jd, mungkin saudara blh berikan judul koleksi 30 puisi saudara dgn judul "cinta."

Lok Weng Hang said...

Oh, barulah saya faham. Terima kasih sekali lagi atas pencerahan ini :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails