Bismillah.
Alhamdulillah... dah selesai Ziarah Raya G-13 2012 Episod Pertama. Insha-Allah, Ziarah Raya G-13 2012 Episod Kedua bakal berlangsung pada hari Ahad ni (2 September) pula. Tapi, wallahua'lam dapat pergi ke tak sebab hujung minggu ni memang sangat sibuk. Antara aktiviti-aktiviti hujung minggu ni:-
- Konvoi Raya QYC (baru saja dicancelkan oleh pihak penganjur)
- Ziarah Raya G-13 2012 Episod Kedua
- Majlis pertunangan anak Abang Ajim (sepupu emak)
- Majlis Resepsi Ihsan dan Sakinah (kawan Kak Uda)
[Hmm... rasanya macam ada lagi, tapi ni saja yang ingat.]
Haa... lihatlah jadualku. Sibuk tak sibuk. Dan yang lebih menyedihkan, Zmah terpaksa buat pilihan nak korbankan yang mana sebab emak ada juga mengajak Zmah teman dia pergi majlis pertunangan anak Abang Ajim dengan kenduri Ihsan. Adoi, dalam hidup Zmah, Zmah paling tak suka buat pilihan tapi pengorbanan tu ada di mana-mana dan nak tak nak kita terpaksa juga mengorbankan yang ini untuk memilih yang itu.
Okey, tak apa. Zmah tak nak bercerita tentang sesuatu yang belum terjadi. Apa yang penting ialah kerjsama kita rancang sebaik-baiknya, yang selebihnya biar Allah yang tentukan. Itu yang terbaik.
Zmah minta maaf, rasanya Zmah tak dapat nak update tentang ziarah raya kami minggu lepas. Tapi nak komen sikit saja. Macam biasalah. Ziarah raya tahun ni sangat OSEM! Sebab dapat jumpa kawan-kawan lama semula di samping menziarahi guru kami yang baru sahaja menamatkan perjuangannya di sekolah tercinta, SMIAAG. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Rusyidah. Alhamdulillah, dapat juga melepaskan kerinduan pada cikgu. Kesian cikgu. Zmah ingat kaki cikgu dah okey, rupanya belum sembuh sepenuhnya lagi. Cikgu cakap cikgu masih lagi sakit-sakit kaki. Zmah doakan semoga kaki cikgu cepat sembuh, supaya bolehlah cikgu join outing-outing kami lagi nanti.
Okey, moh nak sambung cerita.
Nampak tak gambar dekat atas tu? Eh, gambar siapa tu? Macam kenal je kan? Kenapa tiba-tiba ada gambar pasangan mempelai ni? Alahai, sweetnya. Hehe.
Salah satu destinasi ziarah kami ni ialah kenduri Najmee. Najmee ni merupakan sahabat kami. Lima tahun berjuang bersama kami di SMIAAG. Subhanallah... dah tua rupanya pak cik ni. Dah beristeri dah! Allah Maha Besar. Baiknya mereka berdua ni sebab tu Allah percepatkan jodoh mereka. Alhamdulillah.
Walaupun ziarah raya tahun ni tak seramai tahun-tahun yang lepas, tapi tetap meriah. Dan rasa lebih meriah lagi bila kami pergi walimah Najmee. Sebab kami pun berpeluang berjumpa dengan senior-senior kami di sana. Sebab Kak Nazeera dan Kak Muneeera pun ada juga, sehaluan dengan Najmee. Kiranya walimah ni walimah mereka bertiga! Gempak tak! Seronok!
Bercakap tentang Najmee, sejujurnya Zmah tak berapa kenal dengan dia. Tapi apa yang Zmah tahu tentang Najmee ni, dia memang seorang pelajar yang baik di sekolah. Kalau tak, takkanlah dilantik jadi pengawas kan? Hehehe. Najmee pun agak cemerlang dalam pelajaran. Semasa Majlis Takrim 2007 dulu, Najmee juga merupakan salah seorang pelajar yang mendapat anugerah pelajar SPM terbaik tapi Zmah tak ingat berapa A Najmee dapat, tapi yang penting dia cemerlanglah. Dia baik. Di sekolah, hubungan dengan guru-guru pun dia jaga, hubungan dengan sahabat-sahabat dan pelajar-pelajar dari tingkatan lain pun dia jaga juga. Yang paling mengharukan hubungan dengan Allah dia lagi pelihara. Buktinya? Seingat Zmahlah, Najmee pun merupakan salah seorang daripada mereka yang tidak pernah miss Solat Sunat Dhuha di musolla dan dia sering tadarus al-Quran. Terbaik, kan? Alhamdulillah.
Bukan itu saja. Najmee pun seorang yang sangat menjaga tingkah laku dan pergaulannya dengan perempuan. Dia tak sosial, kalau sosial pun sosial yang tahu batas-batas yang telah diajarkan oleh agama. Sebab tu dia dihormati dalam kalangan kami semua. Zmah pun hormat dan tabik spring dekat dia. Dia memang seorang kawan dan muslim yang baik. Kalau bercakap tentang program-program g-13 pula, Najmee selalu ikut serta. Dia sangat menyokong sebarang program yang g-13 anjurkan. Macam kami semua juga, Najmee pun sangat sayangkan batch g-13 ni. Nilah baru namanya ukhuwah fillah, kan?
Pejam celik, pejam celik, Zmah dapat tahu Najmee nak bernikah. Terkejut masa tengok event tentang pernikahan dia dan isteri, Ain. Macam tak percaya. Sebab masa tu, kami baru saja lepas bergembira dengan pernikahan sahabat-sahabat kami, Umar dan Farrah, tiba-tiba seorang lagi nak kahwin. Tak sangka masa berlalu dengan begitu pantas! Cepat betul masa ni mengejar kita kan? Sebab tu Zmah tak suka nak main kejar-kejar dengan masa ni. Asyik-asyik dia je yang menang.
Tapi walaupun terkejut, hati tetap rasa gumbira tak terkata sebab seorang lagi sahabat kami bakal mendirikan rumah tangga. Alhamdulillah. Bak kata seorang sahabat kami, syaitan menangis bila lafaz ijab dan kabul diungkapkan (lebih kurang macam nilah kata-kata dia). Sebab pernikahan kan merupakan sebuah ikatan suci dan dengan pernikahanlah segala maksiat dapat dielakkan. Sebab tu syaitan benci bila ada anak-anak Adam yang ingin bernikah. Syaitan memang cukup benci tapi Allah dan Nabi sangat sangat mencintai orang-orang yang bernikah hanya kerana-Nya. Mana taknya, dalam ikatan pernikahan itu terletaknya rahmat Allah dan seribu satu kenikmatan yang tak mungkin kita dapatkan di mana-mana. Senang cerita, pernikahan ni ada keistimewaannya yang tersendiri.
Zmah sambung cerita.
Hari tu masa datang walimah Najmee, terharu sangat dapat berjumpa mereka berdua dan bersalaman dengan isterinya, Ain. Cantik manis orangnya. Sopan je dan lemah lembut tutur katanya. Subhanallah... cantik aturan Allah tu. Sesuailah dengan Najmee. Kami pun bersalam-salamanlah dengan Ain dan masa tulah kami berkenal-kenalan sesama sendiri. Setakat ni ada dua ahli g-13 yang baru, Azizah (isteri Baiem) dan Ain. Welcome to the club to both of them! Seronok rasa bila keluarga g-13 berkembang. Alhamdulillah.
Terakhir sekali Zmah nak cakap yang Zmah sentiasa berdoa agar Allah memberkati pernikahan sahabat-sahabat kami ni, bermula dari Fatin Alia dan suami, Baiem dan Azizah, Umar dan Farrah serta Najmee dan Ain. Semoga bunga-bunga cinta hanya kerana-Nya menghiasi mahligai cinta mereka semua dan semoga mereka dapat melayari bahtera rumah tangga mereka dengan penuh kesyukuran dan ikhlas lillahi ta'ala.
Tahniah sekali lagi buat pasangan pengantin baru, Najmee dan Ain. Semoga bahagia dan kekal hingga ke syurga. Amin.
Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kawin, karena ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi.
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu ‘anhu bahwa Nabi Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bila mendoakan seseorang yang nikah, beliau bersabda: “Semoga Allah memberkahimu dan menetapkan berkah atasmu, serta mengumpulkan engkau berdua dalam kebaikan.” Riwayat Ahmad dan Imam Empat. Hadits shahih menurut Tirmidzi, Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban.
Nota 1: Doakan kami pula agar bertemu jodoh yang terbaik, yang boleh memimpin tangan kami menuju redha Allah ya. ^_^
Nota 2: Selamat menimang cahaya mata buat Baiem dan Azizah. Semoga kalian berada di dalam rahmat Allah sentiasa.
Nota 3: Agak-agak, lepas ni giliran siapa pula? Kita tunggu dan lihat :P
No comments:
Post a Comment