About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Tuesday, 21 April 2009

Cerpen: Cerita Nurul


Setelah penat pulang dari kuliyyah Ustaz Hamid, Nurul terus ke kamar mandi, menyucikan diri dan terus mengambil wudhu' untuk bersiap sedia menunaikan solat Asar secara berjemaah bersama teman-teman bilik yang lain. Dengan berimamkan Kak Syazz yang merupakan senior dalam bilik itu, alhamdulillah Nurul berjaya memperoleh ketenangan setelah satu hari masanya dihabiskan dengan hanya mentelaah ilmu. Usai mengadap Illahi, diiringi pula oleh tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Aisyah, salah seorang pelajar yang juga mengambil jurusan yang sama seperti Nurul, iaitu jurusan Syari'ah.

"Assalamualaikum. Insya Allah, hari ini Aisyah cuma nak sampaikan satu tazkirah pendek saja iaitu tentang persahabatan," Aisyah memulakan. "Aisyah ingin berkongsi sedikit dengan antunna semua mengenai satu mutiara kata tentang sahabat, kemudian Aisyah akan ulas sedikit tentang tajuk tazkirah Aisyah ini. Mutiara kata itu berbunyi seperti ini, 'kita tidak perlu mencari seorang manusia yang sempurna untuk menjadi seorang teman sejati, cukuplah hanya mempunyai seorang teman yang menjadikan kita sempurna apabila berkawan dengannya.'

Aisyah meneruskan lagi, "apabila kita ingin bersahabat dengan sesiapa, janganlah kita hanya memandang pada kesempurnaan. Ini adalah kerana setiap daripada kita sememangnya telah dijadikan Allah dalam keadaan yang tidak sempurna. Kita semua mempunyai kelemahan. Jika kita memilih teman yang sempurna dikhuwatiri dengan satu kelemahannya saja kita akan membencinya dan seterusnya menjauhinya. Cukup hanya kita bersahabat dengan seseorang yang mampu menjadikan kita sebagai seorang yang sempurna. Wallahua'lam."

Tazkirah yang disampaikan oleh Aisyah benar-benar menyentuh perasaan Nurul. Tanpa disedari air mata terus bercucuran membasahi pipi gebu gadis ini.

Selesai tazkirah, Nurul duduk bersendirian di dalam biliknya dengan ditemani oleh titisan-titisan air mata. Tiba-tiba saja tazkirah tadi telah mengingatkannya kepada salah seorang sahabat akrabnya yang sudah menerima seruan Illahi. Seorang sahabat yang telah banyak mengubahnya. Seorang sahabat yang sentiasa memberi sokongan padanya. Seorang sahabat yang diberi nama, Muhammad Hidayat.

Pintu bilik diketuk. "Assalamualaikum, Nurul," Kak Syazz memanggil. "Mari kita turun makan. Akak dah lapar ni! Kami semua nak pergi makan di cafe bawah." Nurul tidak ada selera langsung hendak makan. Rasa sedih yang menguasai dirinya telah membuatkan seleranya hilang. "Tak apalah kak. Akak pergilah makan dengan dia orang. Nurul tak nak makan lagi. Tak lapar."

Kak Syazz membuka pintu. Melihat Nurul sedang dalam esak tangisnya, Kak Syazz mengusap-usap kepalanya dan berkata dengan lembutnya seperti seorang kakak yang membelai adik kandungnya sendiri. "Kenapa Nurul? Nurul sakit ya? Kalau sakit, mari akak bawakan Nurul ke klinik. Lagipun esokkan cuti. Malam ni, kalau Nurul tak larat nak buat qiammullail dengan kami pun tak apa." Kak Syazz memang sangat prihatin kepada Nurul. Sudah dianggapnya Nurul itu seperti adik kandungnya sendiri, memandangkan dia juga merupakan anak tunggal dalam keluarganya.

"Nurul sihat kak, alhamdulillah." Kak Syazz tidak puas hati, "kalau Nurul sihat, kenapa Nurul menangis macam ni? Sejak kebelakangan ini akak tengok Nurul jarang makan. Kalau makan pun sedikit saja. Nurul ada masalah ke? Cuba cerita kat akak. Insya Allah akak boleh bantu."

"Kak Syazz, Nurul, kau orang hendak makan atau tak?" tanya Soleha yang sudah lama menunggu mereka bersama teman-teman bilik yang lain di luar. "Tak apalah Leha. Kau orang makan dulu ya. Tiba-tiba pula malam ni akak tak rasa lapar. Lagipun akak nak temankan Nurul ni ha. Dia tak berapa sihat. Tapi akak nak kirim boleh?" Soleha senyum, "boleh saja. Akak nak apa?" Sambil memandang Nurul, Kak Syazz menyambung, "akak nak kirim roti satu bungkus 'besar' dengan 'choki-choki' tiga paket. Akak bayar kemudian ya. Syukran kathiran, Leha." Soleha melangkah keluar bilik Nurul, "'Afwan."

Setelah kesemua mereka beransur pergi, kini tinggallah Nurul dan Kak Syazz sendirian dalam bilik itu.

Suara Nurul memecah kesunyian. "Akak, apa perasaan akak bila salah seorang sahabat akrab akak meninggalkan akak? Akak sedih tak?" "Mestilah akak sedih. Tapi walau bagaimanapun, kalau itu sudah ketentuanNya, kita tak boleh buat apa-apa selain meredhainya dengan ikhlas. Kenapa Nurul tiba-tiba tanya?" Kak Syazz hairan. "Nurul sedih kak. Tazkirah Aisyah tadi mengingatkan Nurul pada bestfriend Nurul yang sudah meninggal dunia lebih kurang dua bulan yang lepas."

Kak Syazz terkejut. "Masya Allah, ya ke Nurul? Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun... takziah ya. Patutlah sejak dua menjak ni akak tengok Nurul muram je. Nurul asyik termenung je. Nurul dah tak macam dulu lagi. Maafkan akak ya." Dengan serta merta kedua mereka sama-sama menangis. Rasa sebak di dada Nurul bertambah kuat apabila mengenangkan peristiwa malang yang menimpa sahabatnya, Hidayat.

"Kalau tak keberatan, boleh tak Nurul kongsi dengan akak kisah persahabatan Nurul dengan dia? Apakah dia itu muslim atau muslimat?" Kak Syazz ingin tahu. "Namanya Hidayat, kak. Satu-satunya sahabat muslim Nurul di sini. Dia sangat baik kak. Dia telah membuatkan Nurul jadi seperti Nurul yang sekarang ini. Tapi kami hanya berhubung melalui handphone. Kami tak pernah bercakap secara berdepan melainkan atas dasar kerja." Kak Syazz sangat memahami situasi Nurul. Padanya tidak ada salahnya kalau kita ingin bersahabat dengan sesiapapun tidak kira lelaki atau perempuan, yang penting hati mesti dijaga dan ukhuwah itu haruslah mengikut landasan syari'at yang telah ditetapkan oleh agama.

Perbualan mereka terhenti seketika apabila mereka semua diajak oleh teman-teman bilik yang lain untuk pergi mendengar ceramah di musolla akhawat yang akan disampaikan oleh Ustazah Jamilah, salah seorang pensyarah mereka di situ. Ceramah yang bertajuk, 'Pemimpin bertaqwa, pemangkin masa hadapan' itu akan bermula selepas maghrib dan akan diakhiri selepas 'Isyak.

Malam itu, pulang sahaja dari ceramah, seperti biasa Nurul sama teman-temannya menunaikan solat 'Isyak berjemaah kemudian diiringi pula oleh bacaan Surah al-Mulk sebelum mereka beradu. Setelah selesai tadarus al-Quran, Nurul menyambung semula ceritanya tentang kenangannya bersahabat dengan Hidayat kepada Kak Syazz seorang saja di biliknya. Kak Syazz mendengar dengan penuh teliti setiap apa yang disampaikan oleh Nurul sambil diusap-usapnya belakang Nurul.

Setelah semua ahli bilik sudah lena dibuai mimpi, kini tinggallah Nurul dengan Kak Syazz berdua di dalam kamar Nurul. Dengan dihiasi kesunyian malam yang dingin, diselang-seli dengan keindahan sang purnama dan kerdipan-kerdipan bintang serta suara cengkerik yang sedang khusyuk bertasbih kepada Tuhan yang satu, Nurul akhirnya memulakan cerita.

"Sebenarnya, Nurul baru saja bersahabat dengan Hidayat, kak. Tak sampai dua bulan pun. Hidayat yang memulakan dulu. Nurul ingat lagi, Hidayat yang mula-mula tegur Nurul dulu. Mungkin Nurul ni tak cakap sangat dengan lelaki, jadi itu kot yang membuatnya ingin mengenali Nurul. "

"Tapi, dari mana pula Hidayat dapatkan nombor telefon Nurul?" Kak Syazz memotong.

"Hidayat minta daripada kawan-kawan dia. Kalau akak nak tahu, sebelum kita kenal, Nurul bukanlah seperti yang Nurul di depan akak sekarang. Nurul sangat berlainan, kak. Dulu, Nurul suka bergaya sakan. Suka pakai tudung pendek, dan suka juga memperagakan baju. Tapi, setelah Nurul kenal dengan Hidayat, alhamdulillah semuanya berubah sedikit demi sedikit. Kami jarang berhubung. Kalau berhubung, hanya melalui sms. Dan kalau akak nak tahu, semua sms Hidayat memang penuh dengan kata-kata yang berupa nasihat dan tazkirah. Hari demi hari, tazkirah-tazkirah itu perlahan-lahan menyedarkan Nurul tentang agama, lebih-lebih lagi tentang cara-cara berpakaian dalam Islam." Nurul menarik nafas sedalam-dalamnya. Air mata yang semakin menghampiri ke penjuru mata cuba ditahannya daripada terus menitis.

Kak Syazz melegakannya. "Alhamdulillah, baguslah kalau begitu. Sekurang-kurangnya ukhuwah yang terjalin antara kalian, tidaklah menjadi sia-sia. Setidak-tidaknya, ada motif. Saling nasihat-menasihati dan ingat-mengingati. Boleh akak tahu sesuatu? Maaf ya kalau soalan ini agak keterlaluan. Selama Nurul berkawan dengan Hidayat, pernah Nurul anggap dia lebih dari seorang teman?" Nurul diam seketika kemudian menyambung, "tidak, kak. Demi Allah, memang Nurul tak pernah sesekali punya apa-apa perasaan pada dia melebihi seorang sahabat. Jauh sekali perasaan cinta. Nurul sayangkan arwah sama seperti Nurul sayangkan sahabat-sahabat yang lain. Tapi, kadang-kadang Nurul rasa bersalah pada arwah." Dengan tidak semena-mena air mata yang cuba ditahan tadi akhirnya jatuh juga ke pipi.

"Kenapa pula Nurul hendak rasa bersalah? Kan Nurul sudah jadi temannya yang terbaik?" Kak Syazz hairan. "Pernah dia menghantar sms pada Nurul dan dalam sms itu Hidayat cakap dia sudah jatuh hati pada Nurul. Hidayat juga cakap yang suatu hari nanti, apabila masanya telah sampai, insya Allah dia akan mengkhitbah Nurul. Tapi Nurul cuba yakinkan dia kalau Nurul hanya menganggap dia sebagai sahabat. Tidak lebih dan tidak kurang. Nurul cuma tidak mahu memberi dia apa-apa harapan, kak. Nurul tak tahu apa yang bakal terjadi pada kita berdua di masa akan datang.

"Tapi, alhamdulillah, dia hormat keputusan Nurul. Dia faham perasaan Nurul. Dia tidak memaksa Nurul. Sampai satu masa, dia menghantar sms mengatakan bahawa dia sangat bersyukur punya teman seperti Nurul."

Setelah hampir Nurul ceritakan tentang semua perkara antara dia dan Hidayat, Nurul beralih pula tentang bagaimana Hidayat menemukan ajalnya.

"Tiba-tiba suatu hari, sedang Nurul menyiapkan assignment, Nurul dapat satu sms dari Hidayat. 'Nurul, kalau ada sesuatu yang menimpa saya, awak sedih tak?' Kemudian, Nurul pun balaslah sms arwah, 'Mestilah sedih. Kita kan kawan. Kalau apa-apa terjadi pada kawan-kawan saya, saya mesti sedih. Kenapa tiba-tiba tanya soalan macam ni?' Hidayat balas, 'Tak ada apa-apa. Terima kasih ya. Saya bersyukur sangat sebab ada kawan yang baik macam awak. Terima kasih sebab selalu ada dengan saya.'" Nurul berhenti seketika sambil mengelap air matanya yang semakin menderas. Esakan tangisnya menjadi semakin kuat sehingga hampir-hampir mengejutkan Aisyah yang sedang nyenyak tidurnya.

"Sabar, Nurul. Istighfar ye, dik," Kak Syazz cuba menenangkan suasana. "Lepas tu, apa terjadi?"

Nurul menyambung, "Beberapa hari kami tidak berhubung kerana masing-masing sibuk. Tiba-tiba, classmate Nurul bagitahu Nurul Hidayat accident. Dia yang menunggang motor bersama kawannya berlanggar dengan sebuah lori semasa dalam perjalanan pulang ke kampus. Masa tu, keadaannya parah, kak. Tapi kawannya hanya cedera ringan saja. Kata classmate Nurul lagi, Hidayat sedang koma tapi cuma beberapa jam saja. Masa ni, Nurul banyak-banyak berdoa semoga Allah masih menyelamatkan dia. Tidak beberapa lama selepas itu, classmate Nurul memberitahu Nurul bahawa Hidayat sudah pergi beberapa jam selepas dia koma, kak! Dia sudah pergi kak! Dia sudah tidak ada lagi di dunia ini! Dia sudah tiada bersama Nurul!"

Kak Syazz tersentuh mendengar berita kematian Hidayat. Mereka berdua sama-sama menangis.

"Nurul hampir pengsan kak menerima berita itu. Nurul tak percaya. Hampir seminggu Nurul tidak ke kuliyyah. Nurul tahu Allah lebih menyanginya, tapi Nurul belum sempat memberikan kata-kata akhir untuknya sebelum dia mengadap Illahi. Dan Nurul juga kesal kerana tidak mampu membalas cintanya, kak." mengadu Nurul.

Kak Syazz memeluk erat bahu Nurul. "Nurul, cinta tidak semestinya dibalas. Kan Nurul sendiri cakap yang Nurul tiada apa-apa perasaan pada dia? Nurul jujur dengannya, jadi mengapa harus Nurul rasa bersalah pada Hidayat? Akak yakin, kalau Hidayat benar-benar sayang pada Nurul, dia tidak akan mengharapkan apa-apa dari Nurul melainkan melihat Nurul bahagia. Tidak baikkan kalau Nurul terus sedih macam ni. Arwah tentu tidak akan merasa aman kalau Nurul terus-terusan meratapi pemergiannya. Tidak apa kalau Nurul rindu pada dia, tapi Nurul tidak boleh tangisi pemergiannya. Nurul harus redha dan jangan sesekali menyalahkan dii sendiri. Hidayat pun tidak pernah salahkan Nurul. Sekurang-kurangnya, arwah sempat mengucapkan terima kasih pada Nurul kerana sudi menjadi sahabatnya. Akak rasa itu pun sudah mencukupikan sebagai satu hadiah bermakna dari dia buat Nurul?" Pelukan Kak Syazz semakin erat melegakan perasaan sedih di hati Nurul.

"Nurul janji kak, lepas ni, Nurul tak akan sedih lagi. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah ya, kak?" Nurul senyum. "Insya Allah, dik. Pasti. Akak yakin Hidayat adalah seorang yang soleh. Allah pasti memeliharanya."

Nurul duduk semula. "Akak, petang esok, Nurul ingat nak ziarah kubur arwah. Boleh tak akak temankan Nurul?" Kak Syazz tersenyum, dengan rela hati dik. Insya Allah, boleh saja. Akak teringin nak melawat arwah. Jangan nangis-nangis lagi ya?" Kedua mereka saling berpelukan.

Esoknya, di kubur arwah Hidayat, Nurul mengirimkan Surah al-Fatihah kepada sahabatnya itu sambil berdoa di dalam hati, "Ya Allah, berkatilah sahabatku ini. Jauhkanlah dia dari azab api nerakamu. Tempatkanlah dia dalam kalangan hamba-hambamu yang soleh, ya Allah. Sungguh aku sangat merinduinya, ya Tuhanku. Kau cucurilah rahmat ke atasnya, terimalah segala amalannya dan ampunkanlah segala dosanya. Ameen ya Rabbal 'Alamiin." 'Hidayat, saya akan datang lagi ke sini. Insya Allah, semoga kita bertemu di taman syurga yang indah. Tunggu saya ya...'


TAMAT



Nota: Sambungannya akan ditulis dalam novel sulung saya yang masih dalam proses penghasilan, "Semanis Kurma Cinta."

5 comments:

AFIF said...

Ini ke karya pertama tu?... nmpak mcm sedih je cerita ni.. :((

wan hazimah said...

a'ah...
eh...sbr2... jgn nangis dulu. ikuti sambungannya ya...

afif said...

wokey...

nannychomel said...

Mane sambungannye??? Jgn2 la lama2 nanti anti klimaks lak...

wan hazimah said...

xde moodlah.. xramai org bc mcm mls plak nk sambung..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails