About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Saturday, 18 April 2009

Sahabat, teman sejati...

Salam.


Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak berhubung melalui panggilan telefon, akhirnya saya berjaya juga melepaskan kerinduan terhadap salah seorang sahabat baik saya ini. Selalunya, kami hanya berhubung melalui khidmat pesanan ringkas atau sms saja, namun, kali ini disebabkan ingin mendengar lagi kepoyoan suaranya, setelah mendapat izin dariNya, insya Allah, kami berborak panjang mengenai perkembangan diri masing-masing. Dua orang sahabat yang sudah sekian lama (dah masuk dua bulan) tidak ketemu akhirnya dipertemukan melalui perbicaraan melalui telinga saja. Tidak dapat melihat muka, mendengar suara sudah cukup bagi saya untuk mengetahui sejauh mana perkembangan hidupnya kini setelah lama terpisah akibat jurang 'holiday' kami yang sememangnya terlalu lama ini.

Terlalu banyak yang kami bualkan di telefon. Mana tidaknya. Pabila dua orang sahabat bercakap di telefon hampir-hampir satu jam, maka lesaplah 'top-up' RM 10 dalam sekelip mata. Tapi, demi sahabat, untuk apa kita berkira? Bukan selalu boleh begini. Kesempatan tidak datang dua kali. Kini sudah tersedia, mengapa tidak terus kita gapainya dengan cara yang betul. Ini pendapat saya.

Namun, dalam 'per-omongan' kami kali ini, dialah yang banyak bersuara. Tak apalah. Kali ini, saya beri peluang untuk dia berbahas. Maklumlah, selama ini saya yang banyak membuka mulut manakala dia sudah puas membuka 'kupingnya' luas-luas. Jadi, rasanya tidak ada salahnya kalau kali ini dia pula yang berhujah. Betul kan?

Bila sudah jarang 'ketemu' dan jarang bercerita, setiap minit yang berlalu dirasakan sudah tidak nilainya bagi kami. Masa inilah baru kami dapat menikmati hidangan kisah-kisah menarik tentang hidup masing-masing antara satu sama lain. Saya amat senang sekali dapat berkongsi cerita bersama teman seperjuangan saya lebih-lebih lagi hal-hal yang berkisarkan tentang suka duka kehidupan. Terasa seolah-olah aliran persahabatan antara kami berdua menembusi setiap saluran darah dalam tubuh saya. Walaupun kami berdua agak 'berbeda' namun, perkara ini langsung tidak pernah menjadi penghalang bagi saya untuk terus menganggapnya sebagai sahabat, teman sejati saya yang saya percaya ia adalah merupakan antara anugerah Kekasih saya yang tiada terhitung nilainya istimewa kepada saya. Alhamdulillah, syukur...

Kalau dahulu, kami sering 'berentam' dan berselisih faham, namun kini, semua itu tidak sesekali menjadi faktor terputusnya ukhuwwah antara kami. Sebaliknya, kerana pergaduhan itulah 'untaian tasbih' ini semakin hari semakin erat dan bertambah kukuh (insya Allah). Dengan hadirnya kesefahaman tentang diri masing-masing dan terpupuknya sikap saling 'memberi dan menerima' setiap kelemahan dan kelebihan yang telah tersedia tercipta oleh Rabbul Alamin dalam diri setiap kami, untaian ini berkat keizinanNya masih berdiri dengan teguhnya. Tiada apa yang dapat meleraikan tali persaudaraan saya dengan sahabat-sahabat yang sangat saya cintai melainkan hanya dengan izin kuasanYA.



Apa yang saya ingin ungkapkan di sini, mengenai teman saya ini ialah, saya amat bersyukur kerana memulakan langkah untuk mengenalinya. Saya sangat berterima kasih sekali kepadaNya kerana telah memberkati hubungan persaudaraan ini. Saya juga amat berterima kasih pada sahabat saya ini kerana telah menjadikan saya antara orang-orang yang penting dalam hidupnya. "You always there for me" ungkapan inilah yang akan saya ingati sampai nyawa terlerai dari badan menemui Kekasih abadi. Ucapan yang agak 'simple' tetapi bermakna ini saya anggap ia sebagai satu hadiah yang paling bernilai yang pernah saya terima daripadanya. Insya Allah.


Setiap orang diberikan Allah keistimewaan dan kecacatan masing-masing. Bagi saya, keistimewaan yang terletak dalam dirinya tidak mungkin saya 'bisa' dapati dalam diri sahabat-sahabat saya yang lain. Setiap butiran kata-katanya akan tetap menjadi azimat bagi saya bagi meneruskan kehidupan sebagai seorang mujahidah di bumi sementara ini. Seperti teman-teman yang lain, dia tetap utuh di hati ini sehinggalah kami dipertemukan semula di hari kemudian. Tiada yang mustahil bagiNya.





"... kau sahabatku, kau teman sejati..."


Sekian.

11 comments:

Anonymous said...

bole tanya.. mcm mana akak terlalu hargai kawan akak mcm tu skali ek.. hehe.. sowi kalau soklan ni pelik skit :)

wan hazimah said...

hmmm, mcm mn ek? ok. kwn akak kata akak ni orgnya lain drpd yg lain. what can i say about me ialah mmg akak ni jenis yg sayang kwn. n akak mmg sgt2 menghargai mereka yang sudi berkawan dgn akak. tp, seriously akak ckp sikap begini kdg2 x baik jgk sbb ia blh memakan diri kita sndri sebenanrnya kalau kite keterlaluan sgt. ntahlah. ssh nk ckp. it's a nature of me. something about me yg org lain mmg ssh nk fhm n ssh nk terima. that's all i can say=)

Anonymous said...

owh ic...

wan hazimah said...

btw, who r u? x nk knal kan diri ke?

Anonymous said...

afif laa kak..

syuhada said...

slm...
its a nature of me too..hihi
hrp kte blh bkwn dgn lbh dkt =)

wan hazimah said...

afif:

oh, still following my blog ha? thanx anyway. next time, please write your name ok. sbb bkn kamu sorg je yg pakai anonymous. akak jd pening pala mikir splah anonymous2 tu. hehehe...

syuhada:

really? that's nice. insya Allah. blh je. thanx for viewing my blog.

syuhada said...

really la...
xcye eh?
hihi...
bljr kt mne ye?

AFIF said...

ok ok.. sorry.. lainkali sy sign in dulu sblm komen.. hehe..

wan hazimah said...

syuhada:

saya study kat cfs iium, nilai. amik kos english.

afif:

ok. thanx.

syuhada said...

tulus ikhlasmu,luhur budimu bgai tiada pnggnti...
sdih rsanya hti ini bla mngngkan,kau shbtku,kau tmn sjti...shbtku,kn ku truskn pjuangn ini,wlau ku thu kau tiada di sisi...
pnh dgr x??
=)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails