About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Wednesday, 15 April 2009

Update-update!!!

Salam.

Setelah lama menghilangkan diri dalam dunia penulisan ini, akhirnya WAN HAZIMAH telah kembali menemui anda semua dengan cerita-cerita yang hangat dan masih panas lagi! Hahahaha ... Jutaan kemaafan saya pohonkan daripada semua pembaca kerana sudah agak terlalu lama tidak meng'update' blog SATU PERJUANGAN ini. Al-maklumlah, sejak jadi 'bibik' kat rumah sendiri ni, kesibukan menguruskan hal-hal rumah tangga sentiasa menjadi keutamaan. Tapi, bukan itu sebab utamanya... Hehehe... Mesti ada orang nak termuntah bila saya cakap macam ni. Hehehe...

Hari tu, saya online dengan Kak Uda,

"Dik, nape lama sangat tak update blog?" Kak Uda penasaran nampaknya menantikan cerita-cerita terbaru daripada saya dan karya pertama saya yang entah bila akan muncul.
"Biasalah Kak Uda, malas gila nak bukak laptop."
Kadang-kadang Asou saya pun hanya disentuh oleh mamaku. Aku langsung tak kesah tentangnya. Berbeza sekali dengan layanan Kak Uda terhadap Gong Channya.
"Alah, bukannya buat apa-apa kat rumah."Betul cakap Kak Uda.
Kerja rumah tak banyak sebenarnya. Banyak je benda nak tulis kat sini, tapi, memanglah... tatkala kemalasan sudah menguasai diri, masa akan disia-siakan begitu saja.

Saya hanya banyak menghabiskan masa dengan termenung sendirian memikirkan hari-hari esok yang bakal aku hadapi. Memikirkan sesuatu yang tidak langsung aku ketahui apakah yang bakal terjadi pada diriku pada masa hadapan. Memikirkan sesuatu yang tidak pasti. Tapi, tak mengapa. Malam ni, saya adalah sedikit cerita yang nak dikongsikan, terutamanya untuk tatapan orang jauh...


Cerita 1

Kak Uda, ni gambar Imtiyaz yang I ambil hari tu kat dalam bilik. Comel kan? Imtiyaz yang solehah. Insya Allah. Hehehe... Sweet sangat kan?




Masa Imtiyaz datang rumah, angah bawa Imtiyaz naik bilik I. Masa tulah kita orang ambil kesemptan untuk 'snap' photo Imtiyaz ketika bertudung. Hehehe... comel sangat!! Imtiyaz berwajah baru! Ayu... macam Mak Andak dia, kan? Imtiyaz memang sangat murah dengan senyuman. Berbeza sekali dengan Mak Andak dia. Hehehe...


Cerita 2

Seterusnya adalah cerita mengenai I dengan mak. Untuk makluman Kak Uda, setiap hujung minggu, I dengan mak selalu jugaklah makan nasi lemak Kg. Baru. Nasi Lemak Mak Wanjor. Best! Berdua pula tu dengan mak! Jangan cemburu tau!

Baru-baru ni, kami pergi makan nasi lemak tu, lepas tu pergi pasar beli ikan dan sayur, lepas tu barulah kami lepak dan jalan-jalan kat tempat lain. Kat mana lagi kalau bukan lepak kat port kami, Taman Tasik Titiwangsa!

Bukan jogging pun, cuma jalan-jalan biasa je. Renggang-renggangkan otot niha. Kebetulan masa kami pergi tu, ada orang buat jualan pulak. Jangan jeles. I beli tudung Indon. Hehehe... Selain tu, masa tu jugaklah ada pertandingan memancing. Tapi, jangan salah paham. Kami tak masuk pun. Kalau kami masuk, alamat tahun depan agaknya ikan tak timbul-timbul.

Syok! Dapat tengok ramai orang memancing. Ada pulak tu yang dapat ikan besar-besar. Hehehe, untunglah dia orang kan? Bukan setakat hadiah, boleh timba pengalaman lagi. Kak Uda, nanti kita try memancing pula nak tak? Hehehe...




Ada I tangkap gambar-gambar orang memancing tu, tapi lupa nak transfer dalam blog. Nantilah I tunjuk ye...


Cerita 3

Kak Uda ingat lagi tak kawan I? Kawan baik I? Alah... yang pemalu-pemalu tu....? Sekarang dia dah berubah...

Cam tak siapa kat bawah dengan I ni?



Kenal tak, kenal tak? Syahidah!!! Dengan imej terbarunya!!!! Hehehe... bertambah ayu nampkanya... Walaupun luarannya saja yang tampak lain, namun, hatinya tetap sama. Dia masih lagi Syahidah yang dulu. Sentiasa di samping saya tika bila-bila saya membutuhkannya. Yang sentiasa menerima diri ini seadanya. Rindu sesangat kat dia. Tu yang ajak dia gi Jaya Jusco. Hehehe... nak lepaskan kerinduanlah katakan...

Nanti lepas ni, tak tau dapat keluar lagi ke tak dengan dia...
Insya Allah, pasti...


Nak tido dulu ye....

Oyasumi...

5 comments:

nannychomel said...

Hi Adik!. Nice stories. Pasti Kak Uda tension skrg..mane nak pikir psl exam, mana nak pikir psl nak blk m'sia ..kesian kat dia. Penatlah mak nanti nak melayan dia ke sana sini hihihi..

Bnyk2 bertenang dan bersabar ye thia :-)

Adik, thank u tolong uruskan rumah. Good training for you. Bila kawin nanti xla kekok nak mengurus rumahtangga hehehe

Thia said...

adik je ke mak?
aiseh..
\mmg tensen pon..adik suka buat thia mcm ni..

mak,adik pun pakai tudung ekin ke?

wan hazimah said...

nannychomel:

it's my job pun sbg anak buat sume kerja2 rumah tu. hehehe.. mak, mst suami imah syg imah kan sbb imah rajin... hehehehe...

kak uda:

bukan tudung ekin lah... tudung soleha yang pelakon indon tu. hehehe... sj... bk mencuba sesuatu yg br...

nannychomel said...

To thia:

Don't worry. Your turn will come. Bnyk tugas2 rumah yg nak diserahkan....:-)

Adik saje nak cuba2..dia dah vogue skrg hihi

syuhada said...

tringt plak kt aishah,kwn mse jd hafizah dlu..
rndu btul la kt die...
hrp dpt jmpe die...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails