About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Saturday, 9 May 2009

Istiwewa Hari Ibu (Pertama)


Cerpen : Hadiah Hari Ibu

Semua murid Sekolah Kebangsaan Gombak Setia hari ini dibenarkan pulang awal ke rumah gara-gara semua guru perlu menghadiri mesyuarat berkenaan dengan satu peperiksaan besar yang bakal diduduki oleh semua murid tahun enam, iaitu Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Anis Sophellya atau lebih dikenali sebagai Anis sahaja dalam kalangan teman-teman sekolahnya juga tidak terlepas daripada menduduki ujian besar ini.

Setelah tamatnya sesi persekolahan, Anis tidak terus pulang ke rumah, sebaliknya dia meluangkan sedikit masa berjalan-jalan di beberapa buah kedai hadiah yang terletak berdekatan dengan rumahnya di Sri Gombak. Memandangkan Hari Ibu sudah begitu menghampiri, jadi dia ingin sekali membelikan satu hadiah istimewa khas untuk ibunya yang selama ini telah menjaganya sejak ayahnya meninggal dunia akibat kemalangan di tempat kerja.

Walaupun Anis merupakan satu-satunya puteri yang dimiliki ibunya, namun setiap kali pulang dari sekolah dia seringkali dimarahi ibunya. Berbeza perwatakannya dengan arwah ayahnya, ibu Anis seorang yang sangat garang dan tegas orangnya. Jika ada sesuatu yang tidak menyenangkannya, Anislah tempat dia melepaskan amarahnya itu. Adakalanya tubuh Anis itu akan menerima beberapa sebatan dan pukulan dari ibunya walaupun dia tidak melakukan sebarang kesalahan pada ibunya. Kasihan Anis. Namun begitu, Anis tidak pernah sedikitpun terasa hati dengan sikap ibunya yang dikatakan bengis itu. Sebaliknya setiap hari kasih sayangnya terhadap ibunya yang sudah lanjut usia itu semakin memekar di hati.

Sedang Anis leka meneliti setiap hadiah yang tersusun cantik di atas rak dalam kedai Gift Shop itu, ada satu hadiah yang benar-benar menarik perhatiannya.

“Comelnya kotak muzik ini. Alunan muziknya juga sungguh merdu dan syahdu sekali. Pasti ibu akan menyukainya. Insya Allah siapa tahu setelah mendengar muziknya hati ibu akan menjadi lembut sedikit. Bolehlah ia menjadi tempat ibu melepaskan perasaan,” Sambil membelek-belek kotak muzik itu, Anis melihat harga yang tertera. RM 36.90! Anis tersentak seketika. Dia langsung mengeluarkan dompetnya dan ternyata di situ hanya terselit dua keping wang kertas bernilai RM 1. Hatinya yang gembira tadi serta merta bertukar menjadi sedih dan kecewa.

“Bagaimana aku ingin menghadiahkan ibu kotak muzik tu sedangkan semua wang simpananku telah habis buat biaya perubatan ibu dan kini aku hanya punya RM 2 sebagai wang saku persekolahanku,” rintih Anis dalam hati. Dengan tidak semena-menanya, air mata terus bercucuran membasahi pipi gebu gadis kecil molek ini.

Anis pulang ke rumah dengan langkah yang longlai. Sebelum menanggalkan sepatu, Anis mendapati selipar ibunya tidak kelihatan di situ. ‘Pasti ibu masih di gerai,’ kata Anis dalam hati. ‘Kasihan ibu, sakit-sakit pun masih mampu menjual nasi lemaknya walaupun selalunya hasil jualan tidak pernah menguntungkan,’ Anis bermonolog lagi.

Hari yang dinanti-nantikan akhirnya telah tiba. Dengan hati yang penuh kegembiraan, malam itu Anis menghabiskan masanya dengan membaluti hadiah Hari Ibu dengan kertas pembalut yang sangat cantik istimewa buat ibunya yang tercinta. Tepat jam 12 tengah malam nanti, Anis akan terus menghulurkan hadiah istimewa itu kepada ibunya dan akan dikucupnya wajah ibunya itu sepuas-puasnya.

Jam tepat menunjukkan pukul 11.30 malam dan kelibat ibunya masih belum kelihatan. Selain menjual nasi lemak, ibu Anis juga mengambil upah tambahan menjadi pengasuh kepada anak orang-orang berada yang terletak di tengah-tengah kesibukan kota. Dan kebiasaannya sebelum jam 10 malam lagi ibunya sudah pulang ke rumah.

“Mungkin orang tua kanak-kanak itu masih belum pulang dari pekerjaan mereka. Sebab itu ibu terpaksa menjaga dia dengan lebih lama,” Anis bersangka baik.

Jam menunjukkan jarumnya ke nombor 12 malam dan pada ketika itu jugalah Anis mendengar ketukan pintu dari luar. Ternyata ibunya sudah pulang ke rumah. Hati Anis semakin berkobar-kobar. Tidak sabar rasanya dia ingin menghadiahkan hadiah Hari Ibu itu kepada bondanya. Dengan segala kepenatan, ibu Anis terus merebahkan diri di atas sofa lalu Anis mengambil tempat di sebelahnya.

“Selamat Hari Ibu, ibu!!!” dikucupnya kedua-dua belah pipi wajah yang sudah menampakkan urat jalur-jalur tua itu. “Anis ada hadiah untuk ibu. Anis harap sangat ibu suka.” Tanpa mengeluarkan sebarang kata-kata apatah lagi ucapan terima kasih juga tidak terpacul keluar dari mulut si ibu, hadiah dari tangan Anis terus dirampasnya. Setelah membuka kotak yang telah dibalut cantik dengan pembalut hadiah itu, alangkah terkejutnya si ibu apabila mendapati kotak itu kosong. Tidak berisikan apa-apa. Wajah si ibu dengan sekelip mata berubah menjadi merah padam. Lalu ditamparnya muka anaknya sendiri.

“Apa ni Anis?! Engkau nak main-main pulak dengan aku! Aku dah penat-penat cari makan untuk engkau, biaya sekolah engkau, lepas tu penat balik kerja sampai tengah malam tapi ini yang engkau bagi kat aku?! Engkau saja nak sakitkan hati aku kan?” Ditamparnya pipi Anis yang sebelah lagi kerana terlalu marah akan perbuatannya. “Ampunkan Anis, bu. Anis tak bermaksud nak menyakiti hati ibu. Anis ikhlas nak bagi hadiah ni kat ibu. Anis sayang ibu!” Anis menangis teresak-esak sambil tangannya memeluk erat sebelah kaki ibunya.

“Anis memang nak sangat belikan ibu hadiah. Tapi duit Anis tak cukup. Anis cuba kumpul duit tapi tak pernah berhasil untuk belikan ibu hadiah yang mahal-mahal. Tapi ibu…” Anis tersedu-sedan menahan tangisan. Kemudian dia menyambung, “kat sekolah cikgu Anis ada cakap kalau benda tidak semestinya membawa erti apa-apa bu melainkan kasih sayang seorang anak. Kasih sayang lagi pentingkan bu? Sebelum Anis balut kotak tu, Anis baca doa mohon pada Allah agar ibu diberkatiNya dan semoga dosa-dosa ibu diampunkan Allah. Anis juga telah mencurahkan segala kasih sayang Anis dalam kotak ini. Anis ikhlas bu! Anis sayangkan ibu. Maafkan Anis bu sebab buat ibu marah!” Anis terus merintih di kaki ibunya.

Akhirnya air mata berlinangan juga di celah mata si ibu tua. Dalam hati, ibu Anis terasa kesal yang amat sangat kerana telah menampar muka anaknya sendiri. Dia memeluk erat anaknya itu sambil memujuknya. “Maafkan ibu, Anis! Maafkan ibu, sayang! Ibu berdosa! Percayalah sayang, tiada ibu dalam dunia ini yang tidak menyayangi anaknya. Maafkan ibu kerana dosa-dosa yang ibu telah lakukan terhadap Anis selama ini.” Ibu Anis merayu-rayu meminta ampun dari anaknya. “Ibu, tiada istilah ibu yang berdosa terhadap anaknya, bu. Anis sayangkan ibu. Anis tak pernah marah jauh sekali benci pada ibu. Ampunkan dosa-dosa Anis bu…”

Malam itu kedua-dua insan ini hanyut dibuai rasa kesedihan yang melanda diri. Anis akhirnya lena di dalam dakapan ibunya yang sangat dicintainya. Ibunya pula tidak henti-henti mengusap kepala puterinya itu dengan ditemani titisan-titisan air mata kasih sayang. Betapa gembiranya dia kerana telah menerima hadiah yang tidak terhitung nilainya daripada anaknya sempena Hari Ibu. Inilah antara Hari Ibu yang paling tidak dapat dilupakannya. ‘Anis Sophellya, permata hati ibu. Terima kasih sayang …’ lalu dikucupnya ubun-ubun puteri tunggalnya itu.



5 comments:

[MH] said...

best! tulis sendiri ke?


kem salam peluk cium dekat emak ok

AFIF said...

:)

Anonymous said...

Hi guys
how do i change the bit at the bottom so i can put a line like you lot have

Anonymous said...

hello everyone, how how is everybody?

Anonymous said...

http://bestarticlespinner.weebly.com/
http://nicearticlespinning.onsugar.com/
http://www.gather.com/viewArticle.action?articleId=281474978829734
http://myarticlespinning.wordpress.com/
http://articlesfromaz.weebly.com/

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails