About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Wednesday, 6 May 2009

Tempe dan Afan

Salam.

Pernah tak korang semua makan tempe goreng? Bagaimana agaknya bentuknya? Rasanya pula? Sedap tak? Saya paling tak suka tempe! Sebab dia kacang. Tapi, saya bukan nak cerita pasal kenapa saya tak suka tempe. Tapi... ikutilah kisah di bawah.





Suatu hari, semasa sedang menonton televisyen bersama Afan (Zaim, adik bongsuku satu-satunya), saya perasan Afan sedang sibuk mengunyah sesuatu di dalam mulutnya. Wah, asyik sungguh dia melahap makanan ditangannya sambil menonton Astro Ceria. Nak kata ayam goreng, bukan pula. Kelihatannya makanan yang dipegangnya itu leper dan kecil saja. Saya jadi penasaran. Nak sangat tahu apa yang Afan makan. Nak tupang sekaki. Hehehehe...

Dengan tidak sabar, saya bertanya Afan, "Fan, awak makan apa tu?"

Mengunyah-ngunyah makanan dalam mulut. Asyik betul gayanya.

Afan jawab, "makan petai..." Ternganga sekaligus saya membuat muka yang paling pelik sekali. Nak tergelak saya dengar jawapan Afan. "Petai???" Saya tak mampu lagi menahan ketawa. Afan pun senyum, "eh, bukan petai. Tapir." Ya Allah, sakit perut saya kat situ dengar jawapan Afan. "Hoii... tapir tu binatanglah!" Terguling-guling saya gelakkan dia.

Afan buat muka lurusnya, "eh, apa nama makanan ni kak chik?" Aiik, tanya kita pulak. Dia boleh tak tahu apa yang dia makan tu. Bahaya betul budak ni. Silap hari bulan kalau tersalah kunyah makanan, memang bahaya!

Oleh sebab saya tidak cukup kuat untuk menahan ketawa, tiba-tiba saja mak muncul. "Kenapa ni?" Mak tanya. Saya apa lagi. Terus cerita pada mak kejadian lucu itu. Mak pun terkekek-kekek ketawa dengan telatah anak bongsunya itu. Afan pun tanya mak, "mak, apa nama makanan ni mak?" Sian Afan. Kak chik dia ni memang jahat. Asyik gelakkan dia je. Sorry ya Afan. Hehehe...

Sambil tersenyum mak pun cakaplah, "tempelah Zaim! Hehehe..." Kami bertiga sama-sama ketawa. Itulah peristiwa lucu yang paling tak dapat saya lupakan. Kadang-kadang bila teringat balik, saya mesti akan ketwa sendirian. Macam orang gila pulak rasanya. Lucu melihat aksi-aksi spontan Afan ni. Mesti orang mesir sana pun tergelak bila baca entry ni. Sambil-sambil tu, boleh melepaskan rindu pada adik bongsu kesayangan dia ni. Hehehe...




"Zaim pun rindu kak uda..."

2 comments:

[MH] said...

zaim rindu i ke?
waaaaaaaaaaaa

betol ke?

nursabirah azhari said...

owhh..hazimah tak suke makan tenpe rupanya..hehe..comel la adek kamu..jauh tuh petai ngn tempe..haha

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails