About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Saturday, 26 February 2011

Puisi: Meniti Senja




 Saat aku merenung langit

Kusebut namanya selalu

Mencambahkan rasa rindu di hati

Masih kuat lagi perasaanku terhadapnya

Tidakkan pernah berubah

Hinggalah aku meniti senja

Namanya masih terpahat di hati.

Meniti senja aku bersamanya

Hanyalah sebuah angan-angan yang tercipta

Cuma di ruang fikiranku

Berlari mencapai langit tinggi

Dan terik mentari

Ingin kulakukan bersamanya

Jika Tuhan mengkehendaki.

Meniti senja mencari tenggelam matahari

Ingin kukejar matahari itu bersamanya

Ditemani sang bayu sepoi-sepoi bahasa

Menyapa lembut kulit wajah kami.


Aku ingin meniti senja bersamanya

Susah senang ingin dilalui bersamanya

Hingga saat ruh meninggalkan jasad, buat selamanya.

Puisi: Di Balik Sepasang Mata Redup




Di balik sepasang mata redup

Kutatap wajah itu

Wajah bersih

Memberi ketenangan

Dan kekuatan

Mengharungi arus dunia

Yang penuh dengan cobaan.

Di balik sepasang mata redup
Namanya kusebut
Mengikut susunan
abjadnya
Satu persatu
Agar aku bisa mengingatinya
Hingga saat aku telah tiada.

Di balik sepasang mata redup

Ada sebaris senyuman

Dihadiahkan kepadaku

Namun tiada kuketahui

Bahawa ia sementara cuma

Dan kini aku begitu merinduinya.

Kerana sepasang mata redup itulah
Aku bisa jatuh cinta lagi
Namun siapa bisa menyangka
Cinta ini hanya sebuah persinggahan
Untukku menemukan cinta yang sebenarnya.

Kini cinta itu bukan milikku lagi.

Ia telah terbang pergi

Bersama-sama tiupan bayu lembut.

Ia tidak dapat dilihat
Tapi bisa dirasai.

Dan kini aku masih merasakan kehadirannya

jauh di sudut hatiku.

Friday, 25 February 2011

Perkongsian: Khasiat Budu Terbongkar (Wikipedia)




Salam.

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Hidangan budu bersama nasi kerabuIa juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.
Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.

Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.

Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.
Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.

Kelebihan




Salam.

Tadi bukak-bukak saja menyinggah ke laman langitilahi.com, sebab sudah agak lama jugak tidak menjengah ke situ. Wahh, sekarang Langit Ilahi sudah berwajah baru! Eh, bukan berwajah baru, tapi dah semakin maju! Ada dua jenis. Satu yang persendirian, milik Akhi Hilal sendiri dan lagi satu nampak macam terbuka kepada umum. Subhanallah, dah semakin maju Akhi Hilal sekarang! Alhamdulillah.

Kadang-kadang selalu jugak bertandang di profile Facebook Akhi Hilal. Baca status akhi di dindingnya. Sebab dah lama tak mengikuti perkembangan akhi sejak akhi pulang ke Jordan. Bila bukak blog akhi, tengoklah pula video dan blog baru akhi. Sungguh, saya sangat cemburukan Akhi Hilal. Akhi, saya perhatikan, sudah agak kehadapan sekarang dan saya perasan dia sentiasa memandang ke hadapan. Maksudnya, ada saja perkara-perkara terbaru yang akhi cuba lakukan. Dan semua ini terhasil daripada idea kreatif akhi dan para sahabat terdekat dan subhanallah, Langit Ilahi sekarang sudah terbit dan terkenal dalam kalangan masyarakat bukan saja melalui blog, tetapi melalui majalah, buku, novel dan website terbarunya!

Sungguh saya amat mengagumi kebolehannya!

Kagum, kagum jugak. Tapi dari sudut lain, saya sangat mencemburui Akhi Hilal. Bukan cemburu dengki, tetapi cemburu yang dibenarkan. Cemburu yang membuatkan saya rasa ingin menjadi lebih hebat daripadanya. Bukanlah juga bermaksud saya ingin merendah-rendahkannya suatu hari nanti. Tidak sama sekali! Cuma, sejak pertama kali mengenal akhi melalui blog, buku, dan novel akhi, saya sudah memasang cita-cita malah berzam ingin menjadi sepertinya. Boleh jugak dikatakan yang minat saya untuk menulis juga datang selepas saya membaca karya-karya akhi yang kebanyakannya saya beli dengan wang saya sendiri.

Cita-cita saya memang besar. Saya ingin juga mencipta  atau mewujudkan perkara-perkara yang menarik seperti yang telah dilaksanakan oleh Akhi Hilal, terutamanya ingin menubuhkan syarikat penerbitan buku sendiri, seperti yang berjaya dilakukan oleh Norhayati Berahim dan Siti Rosmizah (antara penulis kegemaran saya). Namun, saya berdepan dengan tiga masalah. Pertama, mampukah saya? Kedua, mungkinkah ia terjadi? Ketiga, adakah saya punya kelebihan seperti akhi?

Nilah persoalan-persoalan yang sering berlegar-legar di ruang fikiran. Bila saya amati kembali, saya sedar siapa saya yang sebenarnya. Saya hanyalah seperti Mat Jenin yang hanya mampu berangan-angan di atas pokok. mengharapkan sesuatu yang mustahil untuk terjadi. Kenapa saya cakap macam ni? Sebab utamanya ada satu saja, iaitu saya tidak punya apa-apa kelebihan.

Ya, saya tiada kelebihan seperti yang Allah anugerahkan kepada Akhi Hilal. Saya tidak pandai menulis mahupun mencipta apa-apa karya yang puitis. Saya juga tak pandai menulis artikel berbentuk ilmiah mahupun intelektual. Kadang-kadang rasa malu sangat dengan rakan-rakan yang pandai menulis dan bermain dengan kata-kata dan lebih merasa rendah diri bila dibandingkan diri ini dengan beberapa orang penulis buku yang saya kenal. 

Siapakah saya untuk memasang cita-cita setinggi ini? Sedangkan saya tiada kelebihan langsung dalam bidang ini.

Tapi, apakah kelebihan saya yang sebenarnya? 

Saya perhatikan lagi kawan-kawan sekampus dengan saya. Masing-masing punya kelebihan yang unik. Ada yang sangat pandai melukis kartun dan kini dia sedang merancang untuk menerbitkan karyanya di website tertentu. Ada yang pandai berlakon dan kini sedang mengasah-ngasah bakatnya lakonannya dengan menyertai beberapa buah teater atau drama. Tidak kurang juga ada yang pandai dalam berpidato dan kini sedang semakin mantap dengan kepetahannya dalam berdebat. Dan ramai lagi. Kesemua mereka sudah menemukan bakat dan kelabihan masing-masing. Tapi saya? Masih tercari-cari di manakah letaknya kelebihan saya yang sebenarnya?

Tapi yang penting, salah satu sebab mengapa saya ingin menjadi seperti Akhi Hilal ialah kerana setakat ni dia adalah pemuda pertama yang saya temui yang punya wawasan yang tinggi. Dia sentiasa memperbaharui kelebihannya. Daripada blog biasa, berkembang kepada novel, buku motivasi, rancangan tv (belum diuwar-uwarkan lagi) dan sekarang laman sesawang terbarunya beserta para penulis yang lain. Saya doakan agar cita-cita akhi untuk menubuhkan syarikat penerbitan sendiri juga tercapai pada masa akan datang. Insya-Allah.

Tak apalah. Apa-apapun saya tahu perkara yang perlu saya lakukan sekarang ialah mencari di manakah letaknya kelebihan saya. Jika kelebihan saya di bidang penulisan, maka saya akan teruskan dengan penulisan novel saya (Semanis Kurma Cinta), jika tidak, terpaksalah saya mengorek-ngorek lagi diri ni untuk mencari kelebihan saya.

Semoga saya cepat menemukan kelebihan original saya tu.

Wassalam. 

Thursday, 24 February 2011

Busy




Salam.

Alhamdulillah, just finished my BMK class. We learned how to write a good resume. Insya-Allah, it might be beneficial to us when seeking for occupation after we have graduated soon.

What am I going to write in today's post?

I realize that day by day my post is getting boring and boring. Who knows, there are lesser people who prefer to read my blog compared to others. But, never mind. Why do I have to concern about how many people read my blog during their leisure time? While I can write as many things I like in here without really care about what they are going to critize about my posts. Don't you think so? I don't know. I'm just giving my own opinion. It's up to you whether you want to accept it or not. 

Actually, the main topic of my post today is about the four-letters word-BUSY.

Like always, I always lack of ideas writing about the things that I really want to talk about. But, insya-Allah, I'll try my best.

This is my second year first semester of studying. Unlike the previous semesters, this semester is so-called a totally busy semester for me. Why? Again, unlike the previous semesters, this semester I only got two assignments that I need to work on. One is group work and the other one is individual work. However, I got another three presentations left to worry about. Although the numbers of assignments and presentations that I've been doing this semseters are fewer than those in the previous semesters, but I still feel I'm lack of time. Yes, I'm lack of time doing so many things, especially things that I like-my hobbies.

Lately, I notice myself getting busier and busier. Each day I go to class and sometimes I got meetings at night and when I return to my mahallah, I will clean myself up and lay down on my bed and I will sleep. Because of the dreaful tiredness, I'm now rarely read my novels (as usual), seldom go swimming at the pool, hardly ever consistent with my usrah and qiamullail and also infrequently spend my free time with my close kins. I hate it when I think about it. Allah has given me 24 hours just like he gave to His other servants, but still I think 24 hours (now) are not the same as 24 hours long before I was accepted into this university.

Please don't get me wrong. I'm not trying to be an ungrateful servant of Allah here, but what am I trying to say is that time is going faster and faster. Do you ever feel that way all this while? As what had been said by my GA lecturer, "How times flies?" Don't you think? And we are getting closer with the Day of Resurrection. That's why.

Excuse me, seriously I don't know what am I babbling about now. But I'm trying to share something with you.  Don't make the statement "I'm lack of time" is the main cause of us to miss our qiammulail or tahajjud. You get what I mean right? I'm sure everybody already knows about the fadhilah of tahajjud itself. Yes, I know this semester is almost end and therefore, we need to struggle more and more, preparing ourselves for our final examinations. On the other hand, we don't have a good reason to give Allah for not waking up early in the morning  to perform tahajjud. 

Actually, I've been critisizing myself. Because of busy struggling for my studies and society, now I rarely qiam and perform my tahajjud. I'm not trying to be noble here. Anyone has his/her own weaknesses and so do I. And please don't think that I'm being riya'. No! I'm just saying that no matter how much busy we are, we still need (or should) to remember our job and responsibility as a servant of Allah. If we forget Him while preoccupy doing our works; procrastinate our prayers, skip our usrah, seldom going to talks or forums organized by any clubs or soceities etc., Allah will tend to forget us either. Surely we don't want that to happen right? Of course we always want Allah to remember us every hour, minute and second so that when we are in difficulties we can always ask for His help. Why? Unlike superman, spiderman, batman (what so ever), Allah is the BEST superhero that we have.

I think that's all for today. Sorry for babbling so much on the not-so-important issue (but it is important to me to share with you).

I have to get ready to meet my friend to discuss about our club program.

Ok, see you later!

Wassalam.

p/s: Use your time wisely! Don't waste your time with things that are not so 'urgent' (you know what I mean) and fill it up with something beneficial (studies are still our priority!). Ganbatte!

Monday, 21 February 2011

What is the thing that I fear the most?



Salam.

The thing that I like the most is presentation and the thing that I fear the most is also presentation. As a university student, you can't run away from this skill, which is presentation. As long as you are being called a university student, you will stick to this word until you have graduated, perhaps three to four years later (coming soon!). The term presentation has been a part of me, as s student, since I have studied in matriculation center. I love presentation so much because to be frank, I like to speak in front of public. I love to talk and let other people listen to my opinions and ideas.

However, there are three major factors that make me feel scared of presentation.

1) My poor English speaking

2) Low self-esteem

3) Serious inferiority complex

Actually these three types of sickness that I still experience until today, are connected to one another (in case you don't notice). But yes, there are interrelated. I don't have much self-esteem (or in other word, self-confidence) is due to my poor English language. One of the most obvious things I realize about myself, since I have become a university student is that my second language speaking (this is referring to English language) is not as fluent as my friends'. I have acquired and learned English since I was in standard one until now (21 years old). Sadly to say, I still feel that my English is still below the elementary level.

When I observe my classmates, I notice there are too many differences between us and the only thing (I think) that causes me for not being closed to them is my poor English speaking Of course, according to my mother, I need to speak English  a lot to those whose language is quite excellent, so that when I commit errors in my speech, they may correct me. But, I can't do that. Why? Because I have been powered by another so-called serious illness, which is inferiority complex.

I believe that anyone who experiences that same feeling might suffer from the same illness too. When you look at people around you, who speaks English far much better than you do, you will get inferior. You may think just the way I think. You want to know what I'm thinking? 

To be honest, I love to listen to others' conversation (in English language of course). Indirectly, I will learn about the grammar, vocabularies or even certain rules of the language based on their conversations. Easy to say, it benefits me a lot without without I acknowledge it. On the other hand, I tend to feel that I'm lower than them. Even sometimes I may think that I'm the worst BENL student in IIUM! Argghh, it frustrates me! It gives me pressure, for keeping this kind of feeling inside me. I asked several people (who speaks their second language very well) about how can they speak English very fluently. 

Alhamdulillah, I received positive feedbacks from all of them, and I might say that all of their answers have helped me to overcome my fearsome regarding English language utterance. Reading a lot of English novels, watching English movies, being expose to environment which people speak English as their communicating language, using English as a means of communication with friends, blogging in English and several other ways.

Well, I admit that I follow their advices. I do as what had been told to me. But, still it is not the best ways to help me overcome my fearsome of presentation. Do you know what are the ways that I can consider to gain confidence in doing presentation?

1) Take a deep breath before we speak. This is to remove the feeling of nervousness which is conquering ourselves before we start our presentation.

2) Recite basmalah, surah al-Syarh silently selawat to Prophet Muhammad s.a.w. This if to seek Allah's help for making our presentation runs smoothly. Without His will, we will not be able to give the best presentation.

3) Making an eye-contact with your audience. Usually, when I started to shake during my presentation, I 'll look into my audiences' eyes. Alhamdulillah, it immediately removed my nervousness.

4) Don't move too much or lessen your body language. People will start to feel bored if you tend to move around when you are presenting.

5) Speak loudly, so that the audience could hear you. Don't make them feel sleepy, if you don't want to lose listeners to your presentation.

6) Lat but not least, tawakkal!

Ok, why am I telling you all these? It's because I'm the one who is nervous here and I believe that by writing this entry could give me some energy or confidence to start my second presentation, which is just around the corner. Hopefully, everything is going to be just fine.

Pray for me!

Note 1: I'll be having my short story presentation so soon! Now, I'm totally afraid of it! Please summon me up! Anyone? :(

Note 2: I miss my four kinds presentation which had already lasted in CFS IIUM, Nilai, during the Oral Communication class (informative, persuasive, demonstrative, special occasion).

Note 3: All the best to my friend, Dilla! Fyi, she'll be presenting her short story tomorrow! (She volunteered herself to be the first presenter in our class. See how awesome she is!)

Note 4: Pray for me too!

Wassalam.

Sunday, 20 February 2011

Perkhidmatan Sewa Buku: Ayohlah!



Anda suka membaca tetapi tidak gemar membeli bahan bacaan?
Tak perlu risau!
Kami, sekumpulan sahabat Srikandi menyediakan perkhidmatan menyewa bahan bacaan ilmiah dengan kadar dan tempoh yang berbaloi-baloi (khusus bagi mahasiswa UIAM Gombak sahaja).

TERMA DAN SYARAT PENYEWAAN


Harga sewa bagi sebuah/senaskhah:
~ novel, buku ilmiah dan buku motivasi Melayu --> RM 3 (sebuah)
~ novel, buku ilmiah dan buku motivasi Inggeris --> RM 5 (sebuah)
~ majalah --> RM 2 (senaskhah)

*Deposit yang di kenakan adalah mengikut harga asal novel tersebut termasuk harga sewa yang dikenakan.
Contohnya:
                      Harga asal novel A ialah RM 20. Anda perlu membayar deposit sebanyak RM 20 semasa membuat sewaan dan RM 17 akan dikembalikan setelah novel tersebut dipulangkan dalam masa tempoh yang telah ditetapkan.

Butiran-butiran lain:
~ Tempoh Sewa : 7 Hari = Rm3.oo
~ Denda Lewat : RM0.50 Sehari
~ Denda Hilang : Deposit penuh
~ Pembayaran :
                       1 ) Semasa meminjam, anda perlu membayar deposit mengikut HARGA YANG DITETAPKAN
                       2 ) Pastikan RESIT diberikan
                       3 ) Anda WAJIB membawa resit untuk menuntut baki deposit semasa memulangkan novel.

*Senarai bahan bacaan akan dipaparkan TIDAK LAMA LAGI.Sementara itu,anda berhak bertanya buku/bahan/majalah yang ingin diperolehi.

Rindu


Salam.



Muqaddimah

Alhamdulillah. Baru saja pulang dari berprogram di Masjid Amaniah Batu Caves. Banyak input yang saya dapat daripada setiap pengisian yang disampaikan oleh barisan penceramah yang berwibawa serta ajk yang bertugas. Antara perkara yang dibincangkan ialah 15 dasar-dasar asas dakwah di jalan dakwah, sejarah usrah dan sedikit aktiviti riadhah. Program ni bukanlah semata-mata nak memberi makanan rohani kepada segumpal darah yang bernama hati, malah dapat menyihatkan dan menguatkan minda dan jasmani dengan beriadhah. Tidak seperti program-program yang pernah saya sertai sebelum ini, aktiviti riadhah untuk program Daurah Muayyid semalam adalah sangat istimewa. Salah satu aktiviti nya ialah mengangkat kawan kita dengan hanya menggunakan dua jari. Seronoklah! Ia memberi banyak kesan positif pada kami semua. Antara yang paling utama; mengeratkan ukhuwwah sesama kami yang memang tak pernah rapat ni. Hehehe.

Kalau nak cerita tentang perjalanan program, memang takkan habis. Walaupun program hanya berjalan selama 2 hari 1 malam, tapi terlalu banyak ilmu yang dicurahkan oleh manusia-manusia hebat kepada kami. Semuanya berkisarkan tentang dakwah. Memang kalau diikutkan semua perkara yang telah diterangkan oleh mereka semua semalam ialah perkara-perkara biasa yang memang saya dah selalu dengar sebelum-sebelum ni, tapi ia mengukuhkan lagi pengetahuan kita mengenai konsep dakwah itu sendiri. Insya-Allah, dengan ilmu yang berjaya digarap ni akan kekal sehingga perjuangan di dunia ini selesai.
 



Tajuk utama: Rindu

Apa itu rindu? Dekat siapa kita perlu rindu? Kenapa perlunya perasaan rindu? Macam mana nak tahu kalau kita rindukan seseorang? Benarkah kita betul-betul rindu?

Saya suka mulakan entri saya dengan mengutarakan beberapa soalan. Kalau rasa nak jawab, silalah. Kalau tak nak jawab, diam sudah. Hehe.

Pertama sekali, apa itu rindu? Adakah definisi yang tepat bagi istilah rindu? Kalau anda tanya saya, ini jawapan yang saya akan beri. "Rindu sama seperti cinta. Ia adalah perkara abstrak, iaitu perkara yang tidak bisa dilihat dengan mata kasar atau dialami dengan anggota badan yang zahir, akan tetapi ia wujud. Ia benar-benar wujud! Macam mana nak tahu rindu tu wujud sedangkan kita tak nampak dia? Jawapannya, walau tak nampak, tapi rindu boleh dirasai oleh mata kita yang satu lagi. Mata apa? Mata hati :)

Persoalan kedua, siapakah mereka yang layak untuk kita rindui? Alah, saya rasa kalau saya tujukan soalan ni kepada budak kecil berusia 7 tahun, pastinya mereka juga bisa menjawabnya, masakan anda yang hampir semuanya berusia sebaya dengan saya. Hehe. Saya sangat yakin anda semua tahu jawapannya. Tapi, tak salah kalau kita kongsi sama-sama kan? Macam saya cakap tadi. Rindu sama seperti cinta. Atau dengan erti kata lain, rindu ni ialah sub-cinta. Ia suatu perasaan, anugerah Tuhan kepada manusia. Seperti cinta, perasaan rindu hanya layak ditujukan kepada Kekasih Agung dan insan-inan terpilih sahaja. Sekarang kita dah tahuu, yang pertama sekali mendapat tempat di hati kita untuk dirindui ialah Allah 'azzawajalla. Kenapa? Sebab Dia yang menciptakan, meuwujudkan dan melahirkan kita semua dari rahim ibu ke dunia ini. Dan pernah suatu ketika dahulu, kita hanya hidup berdua-duaan dengan-Nya tanpa ada sesiapa yang menganggu 'percintaan' kita dengan Allah, iaitu ketika berada di alam ruh. Ingat lagi tak? Masa tu kita dekat sangat dengan Allah (dalam al-Quran ada dijelaskan perbualan antara ruh dengan Allah taa'la. Tapi tak ingat surah apa. Asif). Tapi bila dilahirkan ke dunia, kita jauh sikit dengan Allah. Tapi, boleh je nak luahkan perasaan rindu kat Dia. Dengan cara selalu-selalulah bangun malam untuk bertahajjud. Sesungguhnya Allah sangat dekat dengan hati kita, terutamanya pada 2/3 malam yang terakhir.

Tapi, siapa pula insan-insan yang layak dan perlu kita rindui? Mestilah Kekasih kedua kita, Rasulullah s.a.w. Kenapa kita perlu mencintai dan merindui Rasulullah s.a.w.? Pertama, sebab Rasulullah s.a.w. ialah kekasih Allah. Allah sangat menyayangi baginda dan kita juga mestilah nak mencintai insan-insan istimewa yang mendapat cinta Allah, kan? Tapi, tidak bermakna kita tak perlu mengasihi nabi2 kita yang lain (faham-faham jelah). Kedua, sebab baginda ialah nabi dan rasul yang diutuskan untuk umat ini. Kita iala umat Nabi Muhammad s.a.w. Baginda ialah pemimpin seterusnya ayahanda (secara tak langsung) kepada kita semua. Dan baginda juga ialah contoh teladan untuk setiap masyarakat bagi setiap zaman. Baginda ialah rahmat yang Allah utuskan untuk sekalian alam. Apa yang kebih penting macam lagu wonder pets pulak, Rasulullah s.a.w. berjuang bermati-matian untuk memelihara Islam demi kebaikan generasi selepas baginda, iaitu kita semua yang masih hidup sekarang ni.

Sebab itu kita mesti mencintai baginda! Macam mana pulak rindu? Kenapa kita perlu merindui Rasulullah s.a.w. sedangkan kita tak pernah bertemu dengan baginda? Sebenarnya, perasaan rindu tidak semestinya terhad kepada orang-orang yang pernah kita berjumpa sahaja. Rasulullah s.a.w. sendiri begitu. Baginda memberitahu para sahabat yang baginda rindu kepada umatnya yang tidak pernah bertemu dengannya tapi masih tetap menjalankan sunnahnya. Kalau Rasulullah yang tidak pernah bertemu dengan kita boleh merindui kita lebih daripada baginda merindui para sahabatnya (yang sentiasa betjuang bersamanya), kenapa tidak kita? Fikirkanlah.

Ibu bapa, merupakan insan-insan yang paling layak untuk mendapatkan perasaan rindu kita selain Allah dan Rasulullah s.a.w. Mereka yang melahirkan dan membesarkan kita, menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Seharusnya mereka yang perlu kita rindukan saat kita berjauhan dengan mereka. Ini tidak. Fenomena sekarang meletakkan kekasih (lelaki atau perempuan ajnabi/bukan mahram) di tempat yang paling atas untuk dicintai dan dirindui. Cuba kita fikir kembali. Layakkah mereka untuk kita rindukan? Sedangkan, masa kita sakit, mak ayah yang jaga kita; masa kita lapar, mak ayah yang beri makan; masa kita sedih, mak ayah yang menghiburkan; masa kita bosan duduk rumah, mak ayahlah yang bawak kita jalan-jalan; masa kita susah, mak ayah jugaklah yang tolong bagi jalan penyelesaian. Kekasih? Apa saja yang mereka boleh buat untuk kita? Cuba hitung kembali semua jasa dan pengorbanan mak ayah dan kekasih, lepas tu bandingkan. Tak dapat lawan dengan jasa mak ayah kita. Percayalah! Ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah dan menjadikan kita seorang insan yang cintakan ilmu dan jalan dakwah, juga insan-insan yang layak untuk kita rindukan.

Ketiga, perlunya perasaan rindu kerana rindu itu bukti rasa cinta. Sama jugak macam kita suka pada seseorang. Kalau nak tahu sama ada kita benar-benar suka atau tak pada seseorang. cuba kita berjauhan dengan orang tu? Apa yang kita akan rasa? Kalau kita rasa rindu kat dia, maknanya tanpa sedar kita ada perasaan sayang atau cinta pada orang tu. Kalau tak rindu, maknanya kita belum betul-betul sayang. Setuju tak? (Setiap orang ada pendapat sendiri. Bergantung pada pendapat anda).

Macam mana ya nak tahu kalau perasaan dalam hati kita ni ialah perasaan rindukan seseorang? Satu-satunya cara, kita kena tanya hati balik. Rahsia hati, hanya Allah dan pemilik hati itu saja yang tahu. Manusia  lain mahupun syaitan takkan apa yang terpendam dalam hati kita. Tapi kadang-kadang ada jenis2 perbuatan yang terzahir pada diri kita di luar kesedaran kita, yang menunjukkan kita sedang merindukan seseorang atau sesuatu. Ada yang termenung, ketawa, tak boleh duduk diam, hati tak tenang, jiwa gelisah, malah ada juga yang menangis. Yang lebih memelikkan, ada jugak orang yang bila rindukan seseorang, dia cuba menyibukkan diri. Kononnya, tak nak terbawa-bawa dengan perasaan rindu tu. Nanti sebarang kerja pun tak jalan.

Tapi, kalau kita rindukan Allah, apa jalan terbaik untuk kita luahkan rasa rindu tu? Bangun tahajjud di pada tengah malam (berdating dengan Allah), membaca Quran dan tadabbur serta berzikir, menyebut nama-Nya. Banyak pahala kita dapat. Amalam pun bertambah berkat. Kalau kita rindukan mak ayah? Kenalah selalu hubungi mereka. Luahkan pada mereka perasaan rindu kita yang sebenarnya. Berganda-ganda pahala dan rahmat Allah kita dapat. Mana ada mak ayah yang tak gembira dengar ucapan cinta dan rindu dari anak-anak? Dengan cara tulah kita dapat gembirakan hati mak ayah. Hah, bila dah balik kampung, jumpa mak ayah, tatap wajah mereka puas2. Sebab kita pun akan dapat pahala dan berkat Allah dengan memandang wajah kedua orang tua kita. Kalau rindukan orang lain, samalah jugak. Luahkan perasaan rindu tu. Jangan pendam, nanti kita makan hati sorang2. Hehe.

Terakhir sekali, kalau kita rindukan seseorang, adakah kita benar-benar rindu? Ke rindu plastik je? Cuba tanya balik hati. Perhatikan tingkah-laku kita. Betul ke kita benar-benar rindu? Kadang-kadang orang ni cakap je rindu, tapi hakikatnya... Kalau benar-benar rindu, biasanya bila kita jumpa dengan orang yang kita rindu, kita akan menangis kegembiraan (setelah sekian lama berpisah) dan peluk dia sekuat hati (untuk yang mahram saja ya. hik2). Kita takkan teragak-agak. Kalau kita malu nak buat macam tu, tu tandanya ego kita terlalu tinggi. Bila kita sayang orang, cubalah buang sikit sifat ego tu. Sebab nanti bila Allah tarik balik orang tu, kita akan terkilan, terus menyesal sebab tak luahkan awal-awal rasa cinta dan rindu kita pada orang tu. Tapi, meluahkan biarlah bertempat ya. Fahamkan maksud saya?

Kesimpulan

Panjang pulak entri saya kali ni. Harapnya tak bosanlah membaca ya. Sekadar berkongsi rasa dan pendapat. Kadang-kadang kita boleh jugak belajar dari pengalaman orang lain. Apa yang baik tu dari Allah, yang sebaliknya dari kelemahan diri saya sendiri.

Semoga bermanfaat! Selamat bercuti di hujung minggu!


Nota 1: Rindu kat mak! Balik rumah, tapi mak tak ada. Pergi kursus lagi :(

Nota 2: Sebenarnya, rindu dekat adik lelaki saya, Hafiz, yang kini sedang mengaji di salah sebuah sekolah berasrama di Kelantan. Lepas je cakap dengan dia dekat telefon hari tu, terus bukak FB tengok profile kak uda. Kak Uda ada letak gambar kami 7 beradik masa kecik-kecik dulu. Tengok gambar Hafiz, comelnya dia! Terus menitik air mata saya. Ya Allah, rindu betul saya dekat dia!

Nota 3: Kini berada di rumah. Menemani adik bongsu saya yang telah ditinggalkan mak. Sian dia. Sekarang dia tengah tidur. Asalnya nak rebut laptop dengan saya, tapi eh, dah terlena! Biaralah dia tidur. Ngantuklah tu :P Lepas jugak rindu pada Zaim :)

Nota 4: Rindu pada Kak Uda saya. Semalam dia call, terubat sikit rasa rindu.

Nota 5: Rindu jugak pada teman-teman usrah. Lama dah tak pergi usrah. Terlalu sibuk. Tapi diberi kesempatan untuk menyertai program daurah semalam. Terubat dah rasa rindu, walau hanya 3 orang wakil dari usrah saya yang datang.

Nota 6: Rindu jugak pada kawan baik saya, Kak Ieha. Hari-hari menatap Ieha Junior. Rasa rindu tu dah tak melampau macam tahun2 sebelum ni.

Nota 7: Rindu pada kawan2 lama, terutamanya Chef Djah! Rndu sangat kat dia!

Nota 8: Semoga Allah meredhai perasaan rinduku pada insan-insan ini. (Aku juga merindui-Mu, ya Allah!)


Wassalam.

Monday, 7 February 2011

Mengapa berduka?




Ujian datang bertalu-talu

Terus memukul hati yang pilu

Menangis jika dirasai ia pengubat luka

Agar hatimu dirasakan bisa tenang semula.

Boleh jadi ujian ini suatu kifarah
Terhadap dosa-dosa yang kian bertambah parah
Dalam diri seorang insan hina
Bernama hamba yang sering lupa dan alpa.

Jalan yang ingin dituju makin kelam

Sinaran purnama yang sering memancar kian menyuram

Apakah tiada lagi sinaran harapan

Untuk menjadikan satu angan-angan menjadi sebuah kenyataan?

Ingin kuambil set lukisanku
Akan kugunakan untuk melakar setiap tingkah dan perilaku
Akan kuambil setiap isi di dalamnya membuat inti perjuangan
 Yang sedang dialami dalam setiap untaian air mata.

Mengapa berduka, jika tahu Allah sentiasa bersama?

Mengapa berduka, jika sedar bahawa Allah berada terlalu dekat?

Mengapa berduka, jika percaya bahawa dunia ini hanya sementara?

Kata seorang sahabat kepada sahabatnya yang sedang berduka,
"Dunia tidak layak untuk membuat kita berduka."
Mengapa?
"Kerana Allah ingin semua hambanya merasai dan menghargai segala nikmat
  yang telah dicurahkan-Nya kepada manusia di atas bumi ini.

Jadi, mengapa perlu berduka?

Sedangkan bahagia sentiasa menanti

Menunggu pemiliknya datang dan menggarapnya dengan tangan yang lembut.

Jangan berduka...


[Gambar: kenangan bersama Mimi-menyertai pertandingan marching inter-mahallah]


Nota 1: Malam ni saya benar-benar sedih. Menangis dan meluahkan rasa hati pada orang-orang yang sangat dekat dengan saya. Antara pendengar-pendengar saya semalam ialah Kak Uda dan Mimi.

Nota 2: Tadi call Mimi (sahabat baik saya). Saya meluahkan kesedihan saya kat Mimi. Alhamdulillah, lepas bersembang dengan Mimi, hati saya semakin pulih sedikit demi sedikit. Terima kasih Mimi, atas nasihat dan kata-kata semangat yang diberikan. Semoga Allah memberkati Mimi.

Nota 3: Insya-Allah, esok akan menjadi hari yang baru!

Tuesday, 1 February 2011

Menulis: minat atau bakat?

Salam.

Mesti semua orang tertanya-tanya, apa yang membuatkan saya gemar menulis?
Adakah disebabkan minat yang mendalam dalam bidang penulisan ataupun saya dianugerahi Allah
bakat terpendam dalam bidang ini?

Jawapannya saya sendiri kurang pasti.

Sejujurnya saya katakan, saya kurang minat sikit bab-bab menulis ni. Lagi-lagi nak tulis sebuah cerita.
Tapi yang peliknya, saya sangat suka tulis diari. Tapi sekarang, dah jarang-jarang tulis
sebab terlalu sibuk dengan 'tsunami,' assignment. Cuma masa saya tengah betul-betul sedih dan perlukan
sesuatu sebagai tempat meluahkan perasaab, barulah saya bukak balik diari saya yang agak usang
tu dan mulakan perenggan pertama bagi cerita untuk hari itu.

Dan yang memelikkan lagi, saya minat membaca mula dari sekolah menengah.
Bagi saya agak baru lagi sebenarnya. Saya suka baca novel dan buku motivasi. Tak kisahlah sama ada
buku Melayu atau Inggeris. Dua-dua best! Banyak input yang saya dapat melalui pembacaan,
termasuklah melatih diri saya untuk menjadi seorang penulis.

Kata Habiburrahman el Shirazy, alah penulis terkenal Indonesia tu, yang buat novel "Ayat-ayat Cinta" dan filem "Ketika Cinta Bertasbih," untuk jadi penulis yang baik, seseorang tu perlu banyakkan membaca.
Jangan mula menulis kalau kita tak sibukkan diri dengan aktiviti membaca.
Kiranya membaca tu merupakan asas yang paling penting bagi seorang penulis sebelum dia angkat pena
sendiri untuk mengarang sebuah cerita.

Dan memang terbukti, bakat saya menulis cerita (tak kisahlah novel atau cerpen) semuanya datang dan berkembang daripada minat membaca saya. Kalau seseorang tak minat membaca, dia pun
tak akan berminat nak menulis jugak. Percayalah cakap saya!

Tapi persoalan bakat atau kelebihan tu memang tak menjadi faktor langsung kenapa saya bole
menulis. Sebab semuanya datang daripada minat. Minat membaca karya-karya orang lain dan minat juga
ingin mengeluarkan dan membukukan buah fikiran sendiri.

Kata pepatah arab, "Ilmu yang tak diamalkan umapam pohon yang tidak berbuah."
Dan bagi saya sebaik-baik cara dan metod dakwah yang kita boleh gunakan untuk salurkan ilmu
yang kita pelajari selama ni kepada orang lain adalah menerusi penulisan.

Tahun lepas, saya menghadiri kursus penulisan. Sehari je pun. Salah seorang speaker jemputan ialah siapa
lagi kalau bukan penulis muda tanah air kita, akhi Hilal Asyraf.
Saya masih ingat apa yang akhi Hilal kongsi dengan kami semua masa tu. Lebih kurang macam nilah.
Akhi kata, penulisan ni merupakan jalan dakwah yang paling baik sekali. Sebab ia kekal sampai bila-bila.
Buku yang kita hasilkan akan terus wujud selagi ada orang yang ingin membacanya.
Sedangkan tokoh-tokoh Islam yang hebat pun, buku-buku mereka masih wujud dan digunakan manusia
hingga sekarang. Hebat tak pengaruh penulisan tu?

Ramai orang pandang enteng terhadap penulisan.
Tapi mereka tak sedar bahawa dengan penulisan, beribu orang boleh terselamat daripada tersilap ambil
jalan dalam hidup mereka. Dengan penulisan, orang-orang bukan Islam boleh tertarik untuk masuk Islam.
Banyak lagi kelebihan menulis. Tapi tengok jugaklah karya jenis apa dan bagaimana
yang kita nak hasilkan untuk masyarakat dan umat.

Tapi apa yang saya boleh katakan, saya masih belum boleh dipanggil penulis lagi.
Sebab saya sendiri masih belajar.
Belajar menulis secara tak langsung daripada penulis-penulis terkemuka tanah air, seperti akhi Hilal sendiri,
Nisah Haron, Hani Ramsul, Dato' A. Samad Said, Faisal Tehrani, Siti Rosmizah, Norhayati Berahim, Anuar Kamaruddin, dan ramai lagi. Banyak yang saya belajar tentang menulis daripada insan-insan ini
menerusi karya-karya mereka.

Mengapa karya-karya mereka yang menjadi pilihan saya?
Sebab mereka menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dan memasukkan elemen-elemen atau unsur-unsur
sastera yang sangat indah. Memang menepati selera pembacaan saya, kerana saya ni
pencinta sastera. Tahap bahasa yang digunakan memang agak tinggi, tapi hanya orang-orang
yang mendarah-dagingkan sastera Melayu dalam diri saja yang boleh faham dan menghargai
nilai bahasa Melayu itu sendiri.

Bukan tu je. Saya pun suka baca novel English.
Dalam masa yang sama sedang melatih diri unruk menulis cerita versi Inggeris juga.
Salah satu impian saya adalah untuk menjadi seorang penulis yang serba boleh. Penulis yang tahu bukan sekadar satu, malah (sekurang-kurangnya) dua lagi bahasa. Barulah senang dakwah nak berjalan.

Tapi, kalau nak kata soal bakat, mungkin boleh kot kalau nak cakap saya hanya berbakat
dalam penulisan puisi. Walaupun puisi nukilan saya taklah sesedap orang lain punya, dan tak layak
untuk dipaparkan dalam mana-mana majalah, tapi bolehlah diterima.
Dapat beberapa feedback positif dari mereka yang membaca. Kenapa saya cakap macam tu?
Sebab saya ni suka bermain dengan perkataan. Bila tulis puisi kita banyak berkias
dan pusing-pusingkan ayat. Tu yang seronok!

Alamak! Dah pukul 3 pagi!!!
Dah lewatlah! Mintak diri dulu ya! Daaaa...........

p/s: Tiba-tiba malam-malam ni perut berkeroncong. Nak pekena teh panas dengan nasi goreng sebelum melelapkan mata. Hehehe...

Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails