Salam.
Muqaddimah
Alhamdulillah. Baru saja pulang dari berprogram di Masjid Amaniah Batu Caves. Banyak input yang saya dapat daripada setiap pengisian yang disampaikan oleh barisan penceramah yang berwibawa serta ajk yang bertugas. Antara perkara yang dibincangkan ialah 15 dasar-dasar asas dakwah di jalan dakwah, sejarah usrah dan sedikit aktiviti riadhah. Program ni bukanlah semata-mata nak memberi makanan rohani kepada segumpal darah yang bernama hati, malah dapat menyihatkan dan menguatkan minda dan jasmani dengan beriadhah. Tidak seperti program-program yang pernah saya sertai sebelum ini, aktiviti riadhah untuk program Daurah Muayyid semalam adalah sangat istimewa. Salah satu aktiviti nya ialah mengangkat kawan kita dengan hanya menggunakan dua jari. Seronoklah! Ia memberi banyak kesan positif pada kami semua. Antara yang paling utama; mengeratkan ukhuwwah sesama kami yang memang tak pernah rapat ni. Hehehe.
Kalau nak cerita tentang perjalanan program, memang takkan habis. Walaupun program hanya berjalan selama 2 hari 1 malam, tapi terlalu banyak ilmu yang dicurahkan oleh manusia-manusia hebat kepada kami. Semuanya berkisarkan tentang dakwah. Memang kalau diikutkan semua perkara yang telah diterangkan oleh mereka semua semalam ialah perkara-perkara biasa yang memang saya dah selalu dengar sebelum-sebelum ni, tapi ia mengukuhkan lagi pengetahuan kita mengenai konsep dakwah itu sendiri. Insya-Allah, dengan ilmu yang berjaya digarap ni akan kekal sehingga perjuangan di dunia ini selesai.
Apa itu rindu? Dekat siapa kita perlu rindu? Kenapa perlunya perasaan rindu? Macam mana nak tahu kalau kita rindukan seseorang? Benarkah kita betul-betul rindu?
Saya suka mulakan entri saya dengan mengutarakan beberapa soalan. Kalau rasa nak jawab, silalah. Kalau tak nak jawab, diam sudah. Hehe.
Pertama sekali, apa itu rindu? Adakah definisi yang tepat bagi istilah rindu? Kalau anda tanya saya, ini jawapan yang saya akan beri. "Rindu sama seperti cinta. Ia adalah perkara abstrak, iaitu perkara yang tidak bisa dilihat dengan mata kasar atau dialami dengan anggota badan yang zahir, akan tetapi ia wujud. Ia benar-benar wujud! Macam mana nak tahu rindu tu wujud sedangkan kita tak nampak dia? Jawapannya, walau tak nampak, tapi rindu boleh dirasai oleh mata kita yang satu lagi. Mata apa? Mata hati :)
Persoalan kedua, siapakah mereka yang layak untuk kita rindui? Alah, saya rasa kalau saya tujukan soalan ni kepada budak kecil berusia 7 tahun, pastinya mereka juga bisa menjawabnya, masakan anda yang hampir semuanya berusia sebaya dengan saya. Hehe. Saya sangat yakin anda semua tahu jawapannya. Tapi, tak salah kalau kita kongsi sama-sama kan? Macam saya cakap tadi. Rindu sama seperti cinta. Atau dengan erti kata lain, rindu ni ialah sub-cinta. Ia suatu perasaan, anugerah Tuhan kepada manusia. Seperti cinta, perasaan rindu hanya layak ditujukan kepada Kekasih Agung dan insan-inan terpilih sahaja. Sekarang kita dah tahuu, yang pertama sekali mendapat tempat di hati kita untuk dirindui ialah Allah 'azzawajalla. Kenapa? Sebab Dia yang menciptakan, meuwujudkan dan melahirkan kita semua dari rahim ibu ke dunia ini. Dan pernah suatu ketika dahulu, kita hanya hidup berdua-duaan dengan-Nya tanpa ada sesiapa yang menganggu 'percintaan' kita dengan Allah, iaitu ketika berada di alam ruh. Ingat lagi tak? Masa tu kita dekat sangat dengan Allah (dalam al-Quran ada dijelaskan perbualan antara ruh dengan Allah taa'la. Tapi tak ingat surah apa. Asif). Tapi bila dilahirkan ke dunia, kita jauh sikit dengan Allah. Tapi, boleh je nak luahkan perasaan rindu kat Dia. Dengan cara selalu-selalulah bangun malam untuk bertahajjud. Sesungguhnya Allah sangat dekat dengan hati kita, terutamanya pada 2/3 malam yang terakhir.
Tapi, siapa pula insan-insan yang layak dan perlu kita rindui? Mestilah Kekasih kedua kita, Rasulullah s.a.w. Kenapa kita perlu mencintai dan merindui Rasulullah s.a.w.? Pertama, sebab Rasulullah s.a.w. ialah kekasih Allah. Allah sangat menyayangi baginda dan kita juga mestilah nak mencintai insan-insan istimewa yang mendapat cinta Allah, kan? Tapi, tidak bermakna kita tak perlu mengasihi nabi2 kita yang lain (faham-faham jelah). Kedua, sebab baginda ialah nabi dan rasul yang diutuskan untuk umat ini. Kita iala umat Nabi Muhammad s.a.w. Baginda ialah pemimpin seterusnya ayahanda (secara tak langsung) kepada kita semua. Dan baginda juga ialah contoh teladan untuk setiap masyarakat bagi setiap zaman. Baginda ialah rahmat yang Allah utuskan untuk sekalian alam. Apa yang kebih penting
Sebab itu kita mesti mencintai baginda! Macam mana pulak rindu? Kenapa kita perlu merindui Rasulullah s.a.w. sedangkan kita tak pernah bertemu dengan baginda? Sebenarnya, perasaan rindu tidak semestinya terhad kepada orang-orang yang pernah kita berjumpa sahaja. Rasulullah s.a.w. sendiri begitu. Baginda memberitahu para sahabat yang baginda rindu kepada umatnya yang tidak pernah bertemu dengannya tapi masih tetap menjalankan sunnahnya. Kalau Rasulullah yang tidak pernah bertemu dengan kita boleh merindui kita lebih daripada baginda merindui para sahabatnya (yang sentiasa betjuang bersamanya), kenapa tidak kita? Fikirkanlah.
Ibu bapa, merupakan insan-insan yang paling layak untuk mendapatkan perasaan rindu kita selain Allah dan Rasulullah s.a.w. Mereka yang melahirkan dan membesarkan kita, menjaga kita bagai menatang minyak yang penuh. Seharusnya mereka yang perlu kita rindukan saat kita berjauhan dengan mereka. Ini tidak. Fenomena sekarang meletakkan kekasih (lelaki atau perempuan ajnabi/bukan mahram) di tempat yang paling atas untuk dicintai dan dirindui. Cuba kita fikir kembali. Layakkah mereka untuk kita rindukan? Sedangkan, masa kita sakit, mak ayah yang jaga kita; masa kita lapar, mak ayah yang beri makan; masa kita sedih, mak ayah yang menghiburkan; masa kita bosan duduk rumah, mak ayahlah yang bawak kita jalan-jalan; masa kita susah, mak ayah jugaklah yang tolong bagi jalan penyelesaian. Kekasih? Apa saja yang mereka boleh buat untuk kita? Cuba hitung kembali semua jasa dan pengorbanan mak ayah dan kekasih, lepas tu bandingkan. Tak dapat lawan dengan jasa mak ayah kita. Percayalah! Ahli keluarga dan sahabat-sahabat yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah dan menjadikan kita seorang insan yang cintakan ilmu dan jalan dakwah, juga insan-insan yang layak untuk kita rindukan.
Ketiga, perlunya perasaan rindu kerana rindu itu bukti rasa cinta. Sama jugak macam kita suka pada seseorang. Kalau nak tahu sama ada kita benar-benar suka atau tak pada seseorang. cuba kita berjauhan dengan orang tu? Apa yang kita akan rasa? Kalau kita rasa rindu kat dia, maknanya tanpa sedar kita ada perasaan sayang atau cinta pada orang tu. Kalau tak rindu, maknanya kita belum betul-betul sayang. Setuju tak? (Setiap orang ada pendapat sendiri. Bergantung pada pendapat anda).
Macam mana ya nak tahu kalau perasaan dalam hati kita ni ialah perasaan rindukan seseorang? Satu-satunya cara, kita kena tanya hati balik. Rahsia hati, hanya Allah dan pemilik hati itu saja yang tahu. Manusia lain mahupun syaitan takkan apa yang terpendam dalam hati kita. Tapi kadang-kadang ada jenis2 perbuatan yang terzahir pada diri kita di luar kesedaran kita, yang menunjukkan kita sedang merindukan seseorang atau sesuatu. Ada yang termenung, ketawa, tak boleh duduk diam, hati tak tenang, jiwa gelisah, malah ada juga yang menangis. Yang lebih memelikkan, ada jugak orang yang bila rindukan seseorang, dia cuba menyibukkan diri. Kononnya, tak nak terbawa-bawa dengan perasaan rindu tu. Nanti sebarang kerja pun tak jalan.
Tapi, kalau kita rindukan Allah, apa jalan terbaik untuk kita luahkan rasa rindu tu? Bangun tahajjud di pada tengah malam (berdating dengan Allah), membaca Quran dan tadabbur serta berzikir, menyebut nama-Nya. Banyak pahala kita dapat. Amalam pun bertambah berkat. Kalau kita rindukan mak ayah? Kenalah selalu hubungi mereka. Luahkan pada mereka perasaan rindu kita yang sebenarnya. Berganda-ganda pahala dan rahmat Allah kita dapat. Mana ada mak ayah yang tak gembira dengar ucapan cinta dan rindu dari anak-anak? Dengan cara tulah kita dapat gembirakan hati mak ayah. Hah, bila dah balik kampung, jumpa mak ayah, tatap wajah mereka puas2. Sebab kita pun akan dapat pahala dan berkat Allah dengan memandang wajah kedua orang tua kita. Kalau rindukan orang lain, samalah jugak. Luahkan perasaan rindu tu. Jangan pendam, nanti kita makan hati sorang2. Hehe.
Terakhir sekali, kalau kita rindukan seseorang, adakah kita benar-benar rindu? Ke rindu plastik je? Cuba tanya balik hati. Perhatikan tingkah-laku kita. Betul ke kita benar-benar rindu? Kadang-kadang orang ni cakap je rindu, tapi hakikatnya... Kalau benar-benar rindu, biasanya bila kita jumpa dengan orang yang kita rindu, kita akan menangis kegembiraan (setelah sekian lama berpisah) dan peluk dia sekuat hati (untuk yang mahram saja ya. hik2). Kita takkan teragak-agak. Kalau kita malu nak buat macam tu, tu tandanya ego kita terlalu tinggi. Bila kita sayang orang, cubalah buang sikit sifat ego tu. Sebab nanti bila Allah tarik balik orang tu, kita akan terkilan, terus menyesal sebab tak luahkan awal-awal rasa cinta dan rindu kita pada orang tu. Tapi, meluahkan biarlah bertempat ya. Fahamkan maksud saya?
Kesimpulan
Panjang pulak entri saya kali ni. Harapnya tak bosanlah membaca ya. Sekadar berkongsi rasa dan pendapat. Kadang-kadang kita boleh jugak belajar dari pengalaman orang lain. Apa yang baik tu dari Allah, yang sebaliknya dari kelemahan diri saya sendiri.
Semoga bermanfaat! Selamat bercuti di hujung minggu!
Nota 1: Rindu kat mak! Balik rumah, tapi mak tak ada. Pergi kursus lagi :(
Nota 2: Sebenarnya, rindu dekat adik lelaki saya, Hafiz, yang kini sedang mengaji di salah sebuah sekolah berasrama di Kelantan. Lepas je cakap dengan dia dekat telefon hari tu, terus bukak FB tengok profile kak uda. Kak Uda ada letak gambar kami 7 beradik masa kecik-kecik dulu. Tengok gambar Hafiz, comelnya dia! Terus menitik air mata saya. Ya Allah, rindu betul saya dekat dia!
Nota 3: Kini berada di rumah. Menemani adik bongsu saya yang telah ditinggalkan mak. Sian dia. Sekarang dia tengah tidur. Asalnya nak rebut laptop dengan saya, tapi eh, dah terlena! Biaralah dia tidur. Ngantuklah tu :P Lepas jugak rindu pada Zaim :)
Nota 4: Rindu pada Kak Uda saya. Semalam dia call, terubat sikit rasa rindu.
Nota 5: Rindu jugak pada teman-teman usrah. Lama dah tak pergi usrah. Terlalu sibuk. Tapi diberi kesempatan untuk menyertai program daurah semalam. Terubat dah rasa rindu, walau hanya 3 orang wakil dari usrah saya yang datang.
Nota 6: Rindu jugak pada kawan baik saya, Kak Ieha. Hari-hari menatap Ieha Junior. Rasa rindu tu dah tak melampau macam tahun2 sebelum ni.
Nota 7: Rindu pada kawan2 lama, terutamanya Chef Djah! Rndu sangat kat dia!
Nota 8: Semoga Allah meredhai perasaan rinduku pada insan-insan ini. (Aku juga merindui-Mu, ya Allah!)
Wassalam.

1 comment:
imah..akak pun rindu awak..nnt ade cdt akak call awak ye..utk smntara kite x leh cakap2 lagi..awak cakap la ngan pengganti akak tu dulu..miss u so much dear =)take a gud care of ur self dear..akak sayang imah..big hugss
Post a Comment