About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Tuesday, 1 February 2011

Menulis: minat atau bakat?

Salam.

Mesti semua orang tertanya-tanya, apa yang membuatkan saya gemar menulis?
Adakah disebabkan minat yang mendalam dalam bidang penulisan ataupun saya dianugerahi Allah
bakat terpendam dalam bidang ini?

Jawapannya saya sendiri kurang pasti.

Sejujurnya saya katakan, saya kurang minat sikit bab-bab menulis ni. Lagi-lagi nak tulis sebuah cerita.
Tapi yang peliknya, saya sangat suka tulis diari. Tapi sekarang, dah jarang-jarang tulis
sebab terlalu sibuk dengan 'tsunami,' assignment. Cuma masa saya tengah betul-betul sedih dan perlukan
sesuatu sebagai tempat meluahkan perasaab, barulah saya bukak balik diari saya yang agak usang
tu dan mulakan perenggan pertama bagi cerita untuk hari itu.

Dan yang memelikkan lagi, saya minat membaca mula dari sekolah menengah.
Bagi saya agak baru lagi sebenarnya. Saya suka baca novel dan buku motivasi. Tak kisahlah sama ada
buku Melayu atau Inggeris. Dua-dua best! Banyak input yang saya dapat melalui pembacaan,
termasuklah melatih diri saya untuk menjadi seorang penulis.

Kata Habiburrahman el Shirazy, alah penulis terkenal Indonesia tu, yang buat novel "Ayat-ayat Cinta" dan filem "Ketika Cinta Bertasbih," untuk jadi penulis yang baik, seseorang tu perlu banyakkan membaca.
Jangan mula menulis kalau kita tak sibukkan diri dengan aktiviti membaca.
Kiranya membaca tu merupakan asas yang paling penting bagi seorang penulis sebelum dia angkat pena
sendiri untuk mengarang sebuah cerita.

Dan memang terbukti, bakat saya menulis cerita (tak kisahlah novel atau cerpen) semuanya datang dan berkembang daripada minat membaca saya. Kalau seseorang tak minat membaca, dia pun
tak akan berminat nak menulis jugak. Percayalah cakap saya!

Tapi persoalan bakat atau kelebihan tu memang tak menjadi faktor langsung kenapa saya bole
menulis. Sebab semuanya datang daripada minat. Minat membaca karya-karya orang lain dan minat juga
ingin mengeluarkan dan membukukan buah fikiran sendiri.

Kata pepatah arab, "Ilmu yang tak diamalkan umapam pohon yang tidak berbuah."
Dan bagi saya sebaik-baik cara dan metod dakwah yang kita boleh gunakan untuk salurkan ilmu
yang kita pelajari selama ni kepada orang lain adalah menerusi penulisan.

Tahun lepas, saya menghadiri kursus penulisan. Sehari je pun. Salah seorang speaker jemputan ialah siapa
lagi kalau bukan penulis muda tanah air kita, akhi Hilal Asyraf.
Saya masih ingat apa yang akhi Hilal kongsi dengan kami semua masa tu. Lebih kurang macam nilah.
Akhi kata, penulisan ni merupakan jalan dakwah yang paling baik sekali. Sebab ia kekal sampai bila-bila.
Buku yang kita hasilkan akan terus wujud selagi ada orang yang ingin membacanya.
Sedangkan tokoh-tokoh Islam yang hebat pun, buku-buku mereka masih wujud dan digunakan manusia
hingga sekarang. Hebat tak pengaruh penulisan tu?

Ramai orang pandang enteng terhadap penulisan.
Tapi mereka tak sedar bahawa dengan penulisan, beribu orang boleh terselamat daripada tersilap ambil
jalan dalam hidup mereka. Dengan penulisan, orang-orang bukan Islam boleh tertarik untuk masuk Islam.
Banyak lagi kelebihan menulis. Tapi tengok jugaklah karya jenis apa dan bagaimana
yang kita nak hasilkan untuk masyarakat dan umat.

Tapi apa yang saya boleh katakan, saya masih belum boleh dipanggil penulis lagi.
Sebab saya sendiri masih belajar.
Belajar menulis secara tak langsung daripada penulis-penulis terkemuka tanah air, seperti akhi Hilal sendiri,
Nisah Haron, Hani Ramsul, Dato' A. Samad Said, Faisal Tehrani, Siti Rosmizah, Norhayati Berahim, Anuar Kamaruddin, dan ramai lagi. Banyak yang saya belajar tentang menulis daripada insan-insan ini
menerusi karya-karya mereka.

Mengapa karya-karya mereka yang menjadi pilihan saya?
Sebab mereka menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dan memasukkan elemen-elemen atau unsur-unsur
sastera yang sangat indah. Memang menepati selera pembacaan saya, kerana saya ni
pencinta sastera. Tahap bahasa yang digunakan memang agak tinggi, tapi hanya orang-orang
yang mendarah-dagingkan sastera Melayu dalam diri saja yang boleh faham dan menghargai
nilai bahasa Melayu itu sendiri.

Bukan tu je. Saya pun suka baca novel English.
Dalam masa yang sama sedang melatih diri unruk menulis cerita versi Inggeris juga.
Salah satu impian saya adalah untuk menjadi seorang penulis yang serba boleh. Penulis yang tahu bukan sekadar satu, malah (sekurang-kurangnya) dua lagi bahasa. Barulah senang dakwah nak berjalan.

Tapi, kalau nak kata soal bakat, mungkin boleh kot kalau nak cakap saya hanya berbakat
dalam penulisan puisi. Walaupun puisi nukilan saya taklah sesedap orang lain punya, dan tak layak
untuk dipaparkan dalam mana-mana majalah, tapi bolehlah diterima.
Dapat beberapa feedback positif dari mereka yang membaca. Kenapa saya cakap macam tu?
Sebab saya ni suka bermain dengan perkataan. Bila tulis puisi kita banyak berkias
dan pusing-pusingkan ayat. Tu yang seronok!

Alamak! Dah pukul 3 pagi!!!
Dah lewatlah! Mintak diri dulu ya! Daaaa...........

p/s: Tiba-tiba malam-malam ni perut berkeroncong. Nak pekena teh panas dengan nasi goreng sebelum melelapkan mata. Hehehe...

Wassalam.

3 comments:

mohamadkholid said...

menulis diari juga memerlukan bakat... saya beli diari tetapi sangat jarang menulis diari - tak tahu hendak tulis apa...

mohamadkholid said...
This comment has been removed by the author.
admin said...

http://teman-cintahatiku.blogspot.com/ akan menganjurkan pertandingan menulis cerpen…berminat utk join?hadiah wang tunai menanti pemenang…ayuh jgn lepaskan peluang ini!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails