About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Friday 3 June 2011

Cetusan Hati


Salam.

(Menulis sambil demam. Badan panas satu badan. Namun, kuatkan hati juga meng'update' blog yang sudah agak lama bersesawang ni.)

Kadang-kadang orang tak faham apa yang kita lalui dalam hidup. Apa yang kita rasa. Apa yang kita alami. Mereka seringkali menyalah tafsirkan tentang diri ini. Ini kerana mereka lupa bahawa mereka juga manusia biasa seperti empunya diri, yang di dalamnya terdapat kelemahan yang tersendiri. Ketahuilah, tak semua orang boleh menilai orang lain dengan sebebas-bebasnya. Kita hanya bisa menilai manusia lain berdasarkan apa yang kita lihat dari luarannya saja. Mengapa begitu? Kerana kita hanyalah seorang manusia.

Maaf, bukan ingin membuka pekung di dada, cuma kadang-kala pandangan serong orang lain terhadap diri kita meransang diri untuk berkongsi rasa dengan orang lain. Aku sendiri kurang pasti apakah tindakan aku ini salah atau sebaliknya. Tapi, aku sudah tidak peduli lagi. Niat saya tidak lain hanyalah ingin menyuarakan apa yang terpendam di dasar hati (bukan semualah) dan tidak pernah terlintas di hati sedikitpun ingin mengaibkan mana-mana pihak. Alhamdulillah, aku masih bisa membezakan yang mana baik dan yang mana buruk. Yang mana dosa dan yang mana pahala. Jadi, usah khuatir. Tiada unsur mengumpat atau mengata dalam post yang akan saya panjangkan kali ini. Insya-Allah.
Kenapa ya manusia tidak boleh menerima kita sebagai diri kita? Jika benar mereka menyayangi kita, mengapa mereka ingin kita menjadi seseorang mengikut kehendak mereka? Kuakui diri ini memang terlalu banyak kelemahan, namun mengubah diri atas alasan ingin memuaskan hati semua pihak itu tidak mungkin kulakukan. Tidak akan sesekali! Mungkin ramai yang masih belum mengetahui akan prinsip hidup yang kupegang selama ini. Seperti yang aku selalu katakan kepada sahabat-sahabat dan saudara-saudara terdekatku, bahawa setiap orang punya prinsip hidup masing-masing dan kita menjalani hidup sehari-hari bergantung kepada prinsip hidup yang kita pegang. Jika anda bertanya kepada empunya diri, prinsip hidupku amat mudah,


Bersederhana dalam setiap hal itu adalah lebih baik dan yang terbaik,
namun agama tetap dijadikan paksi yang akan menguatkan keteguhan diri


Nah, ini prinsip hidupku. Simple kan? Tapi simple simple pun kenapa masih ramai yang masih belum dapat menerimanya? Kadang-kadang mereka tak sedar bahawa mereka telah memaksaku secara halus untuk mengubah diri ini menjadi seseorang yang lain. Meninggalkan perkara-perkara yang mambuat aku semakin dekat dengan-Nya dan menjalani hidup seperti manusia yang tiada arah tuju, sememangnya itu bukan aku. Untuk apa hidup mencari reda manusia sedangkan reda dan rahmat Tuhan itu lebih luas dan besar? Itu yang mereka sering meminta kepadaku.

Walaupun hati mereka tidak menginginkan itu, tapi dari segala kata-kata yang mereka ucapkan kepadaku sudah cukup membuatkan hatiku bagai tersayat-sayat. Hancur luluh tatkala ada yang memperlecehkan kemurnian dan kesucian agama yang kupegang dalam hatiku dan jasadku selama ini. Tapi, pa gunanya lagi aku terangkan kepada mereka. Mereka tidak akan pernah faham. Nasihat-nasihatku, kata-kataku ibarat mencurah air ke daun keladi saja. Memang betullah firman-Nya yang mafhumnya berbunyi hanya Allah saja yang bisa mencampakkan hidayah ke dalam hati orang-orang yang dikehendaki-Nya dan menyesatkan orang-orang yang dikehendaki-Nya. Kecewa, tapi reda. Segala yang terjadi antara kami pasti terselit hikmah yang tersembunyi.


"...saya tahulah awak seorang yang kuat agama tapi tak perlulah awak gunakan agama dalam setiap perbualan. Saya sedar saya ni jahil agama Islam. Tak tahu itu, tak tahu ini. Setiap perkataan awak menunjukkan awak nak jauhkan diri dari saya. Itu secara psikologi. Awak gunakan semua tu untuk buat saya bertambah-tambah sakit hati supaya saya boleh lupakan awak. Saya tak boleh nak buat apa-apa... Maaf, saya dapat tafsir daripada kejujuran mata awak. Maaf... "


Ini mesej seorang sahabatku. Jujur aku katakan dia memang seorang sahabat yang baik. Tapi mungkin disebabkan kemahuan hati tidak terpenuhi, dia bertindak seperti ini. Menyalahkan diri ini dalam setiap hal. Ya, aku mengaku aku juga bersalah dalam hal ini. Jangan lupa, aku juga manusia. Dalam dunia ini tiada manusia yang sempurna. Kerana yang Maha Sempurna itu hanyalah Dia saja.

Tapi tidak dapat dinafikan hati saya bertambah-tambah sakit setelah mendapat mesej seperti ini daripada orang yang aku anggap baik dan sangat aku hormati. Bila aku analisa balik mesej dia, ada beberapa perkara yang perlu ditegur, Pertama, dia memandang Islam itu dengan pandangan yang sempit. Bukankah Islam itu menyeluruh? Maksudku, seluruh kehidupan kita ada sangkut pautnya dengan Islam. Setiap permasalahan yang dihadapi dalam hidup ini, kita perlu berbalik kepada apa yang Islam ajarkan kepada kita. Setiap kesulitan dan dugaan yang ditempuhi, kita perlu berbalik semula kepada Pencipta kesulitan itu sendiri, iaitu Allah. Jadi, salahkah aku menyelitkan tentang agama dalam setiap ucapanku? Aku ingin aku dan dia sama-sama dekat dengan Islam, dekat dengan Pencipta kami. Aku ingin buktikan padanya bahawa sangat tidak seronok menjadi orang yang lalai, iaitu orang yang tidak mengingat Allah di setiap degupan jantung dan nadinya.

Aku hanya ingin kami sama-sama berkasih kerana-Nya dan menyedari kewujudan-Nya setiap masa. Tapi, itu yang dibalasnya kepadaku. Kedua, dia sudah bersangka buruk padaku. Yalah, kukira belum cukup sebulan kami kenal tapi dia sudah menilai aku macam-macam. Dia masih belum ketahui bahawa aku bukanlah mengharapkan seseorang yang sempurna dari hujung rambut hingga hujung kaki untuk menjadi rakan perjuangan, kerana aku juga tidak sempurna. Tapi... entahlah. Malas rasanya ingin kuhurai panjang di sini. Kalaupun ditakdirkan Allah dia membaca postku ini, belum tentu dia bisa membaca hatiku yang sebenarnya. Kerana hanya Dia Maha Mengetahui.


"Saya tengok, awak terlalu sangat mendalam agama Islam. Bila dah macam ni, bila-bila masa saja awak boleh diubah oleh orang lain. Saya bukanlah pandai dalam agama. Saya takut sebab kawan saya yang macam awak hanyut bila ada orang lain bagi pendapat lain dan diikutnya..."


Salah sungguh fikirannya. Sempitnya aku rasa. Bukan meninggi diri, cuma sedih. Mengapa seorang yang bergelar Muslim boleh berkata seperti itu kepada sahabatnya. Apakah salah aku mendalami ilmu agama Islam? Sedangkan selama ini aku merasakan diriku sudah sangat jauh dari Islam, lagi-lagi jauh dari Allah. Salahkah aku ingin mencari jalan pulang, kembali ke sisi-Nya setelah lama tersesat dalam liku-liku kehidupan? Tiada yang lain, hanya beberapa butir air putih yang membanjiri anak mataku. Aku menyayangi sahabatku ini, tapi bila itu yang dikatakannya aku berfikir kembali, adakah persahabatan kami ini persahabatan yang didasarkan kepada cinta dan kasih kerana Allah? Terasa jauh sekali. Ada satu kenyataan yang dia belum tahu. Kalau bukan kerana mendalami ilmu Islamlah, aku dan dia tidak akan bertemu. Dia tidak menyedari hakikat itu. Kalau bukan kerana dekatnya aku dengan Allahlah, aku dan dia tidak akan pernah berpeluang untuk bersahabat. Setiap pertemuan aku dan sahabat-sahabatku bukan atas perancanganku, tapi perancangan Dia. Dia yang Maha Menentukan. Dia yang merancang segalanya. Apakah dia tidak sedar akan hal itu?


"Kita kena buka fikiran kita menerima apa yang berlaku. Jangan terlalu sangat berbual bicara tentang agama. Zaman sekarang banyak hukum hakam agama yang diubah. Yang haram dihalalkan, yang halal diharamkan. Riba, maksiat, judi. Orang miskin ditindas, rasuah berleluasa. Silap-silap kita yang sesat."


Petahnya berbicara. Adakah dengan melupakan terus ilmu-ilmu agama akan membantu menyelesaikan masalah-masalah ni? Dia sudah menyalah ertikan maksud mendalami ilmu agama itu sendiri. Apakah dia tidak pernah berfikir bahawa dengan pemikiran seperti itulah Islam akan mundur. Dengan pemikiran seperti itulah, kejadian-kejadian dan maksiat-maksiat yang disebutnya akan terus berleluasa dengan lebih teruk lagi, melanda umat akhir zaman ini. Tapi, tulah. Bila mata hati dah tertutup dengan serapat-rapatnya, tidak boleh menerima sebarang unsur agama dalam hidup, akhirnya terhasil sebuah pemikiran yang seperti ini.

Maaf, aku bukan mengaibkan sesiapa. Cuma ingin jadikan ia sebagai pengajaram bagi kita semua. Cubalah kita fikir balik, apa tujuan kita hidup sebenarnya. Adakah untuk mencari reda manusia atau reda Tuhan? Adakah untuk mengecapi kebahagiaan duniawi yang bersifat sementara atau kebahagiaan ukhrawi yang kekal abadi? Adakah untuk mengumpul pahala atau mengejar dosa? Kalau kita jadikan Islam itu sebagai cara hidup, bukan pegangan hidup semata-mata, insya-Allah, kita takkan rasa Islam itu menyusahkan hidup kita. Malahan kita merasa semua yang kita lalui dalam hidup adalah perancangan-Nya yang harus kita reda dan terima dengan sebulat hati. Jika dikurniakan nikmat, kita bersyukur. Jika didatangkan musibah, kita juga bersyukur dan masih mampu tersenyum, kerana apa? Kerana kita dekatkan diri kita dengan Islam dan Rabb kita. Sayang sekali, nikmat Islam ini masih belum bisa dirasai oleh sahabat aku ini.

Akhir kalam, saya doakan agar kiat semua diberkati Allah. Maaf andaikata terdapat tutur kataku yang menyakitkan hati mana-mana pihak. Sungguh, apa yang baik ia datangnya dari Allah. Apa yang buruk semua datang dari kelemahan diriku sendiri.

Wassalam.

6 comments:

Saffa said...

(:

I dont have anything to say, just a smile for you Zimah.

Zimah Zaiwani said...

thanx for the smile. but y? teruk ke post zmah ni? kalau saffa rs x ptt dipostkan, zmah akn delete:)

Saffa said...

Takder lah. Okay je. It takes a lot of guts to wrote this entry kan?

And just rasa nak senyum sebab I know it's not easy untuk luah kan apa yang kita rasa. Zimah mesti tulis, delete, rephrase, baca semula elok2 entry ni before publish right?

And I know how tired it is bila orang salah faham pasal kita.

Take care Zimah! Hope everything will be okayy. (:

zimah zaiwani said...

saffa~ thanx a lot dear saffa. may Allah bless us:)

yasashiyusra - bintu wan abdul razak said...

alangkah indahnya seseorang itu mampu menuturkan dalam setiap bicaranya kata2 yg mengingatkan org tentang Allah..tentang Islam..mmg pasti akan ada mereka2 yg kurang senang..tetapi redha Allah yg dikehendaki kan? sedangkan seorg Rasul mengajak manusia kpd Islam dilontar batu..apatah lg kita ketika besar golongan manusia termasuk muslim pd nama sudah menjauh dr agama..izzah lah zimah pd kemampuan n tindak tanduk zimah,sebab x semua org mampu buat begitu..Allah maaki ^^

zimah zaiwani said...

bintu~ jazakillah khair. sejuk hati bile dgr saudari berkata spt itu. sekurang2nya mengingatkan zmah yg zmah tdk keseorgn slm ni. ada jg org2 yg masih memahami diri ini. n tentulah Allah sj yg Maha Memahami. trm ksh skali lg. zmah akn trskan perjuangan dgn tabah, sabar dn penuh rs syukur. insya Allah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails