About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Thursday 2 June 2011

Program: Lawatan ke Permata Camar, Kuantan anjuran Caring Club, UIAM


 (Gambar lagi. Gambar jelah ya.)

 Cantik sangat rumah mereka ni
Beraktiviti bersama adik-adik Permata Camar
Say 'cheese' semua!
Ingat nak bergambar berdua je dengan Muhaimin, sekali ramai pula yang menyelit. Hehehe.
Selepas melawat ke bilik adik-adik
Comel tak mereka ni? Ada lagi sepasang kembar. Tapi tak sempat nak amik gambar mereka.
Kenangan di Teluk Cenpedak


Nota: Pertama kali menyertai program bersama anak-anak yatim. Bahagia sekali rasanya. Aku bukanlah salah seorang ahli Caring Club, tapi telah dijemput untuk menjadi sukarelawan bagi salah satu program yang mereka anjurkan beberapa minggu yang lepas. Pada mulanya, kami hanya dijemput untuk menolong apa-apa yang patut pada majlis makan malam bersama anak-anak yatim Permata Camar ini. Keesokannya, barulah berkesempatan beraktiviti bersama mereka. Subhanallah, sangat membahagiakan. Seronok dapat membuat mereka bergembira. Aku masih ingat beberapa nama yang menarik perhatianku, Al-Amin, Al-Iman, Muhaimin, Firzan, Daniel, Faiz (ok, lepas tu aku tak berapa ingat lagi). Tapi seronoklah dapat bersama mereka. Tapi sedih datang masa kami terpaksa berpisah dengan mereka. Adik angkatku, Muhaimin, siap bertanya lagi, "Bila Kak Zimah nak balik?" Alahai dengar saja pertanyaannya, buat hatiku luluh. "Kejap lagi, rasanya. Bila semua dah habis, kami balik." Muhaimin tunduk je. Senyap tiba-tiba. Aku dapat rasakan yang hatinya juga berat untuk berpisah dengan kami semua. "Tak apa, Min. Insya-Allah, ada masa lagi, abang-abang dan kakak kakak akan selalu datang sini lagi, ya?" Muhaimin senyap lagi. Tapi, aku terus meyakinkannya yang pertemuan kami tidak sampai di situ saja. Insya-Allah, akan ada sebuah pertemuan yang Allah rancangkan buat kami semua. Aku yakin itu. Secara keseluruhannya, aku sangat enjoy menyertai program ni. Secara tak langsungnya, aku sudah pun bergelar ahli Caring Club ^_^


1 comment:

fadli mohammad said...

tapi ekarang muhaimin dah tak tinggal di permata camar,,,die dah pindah ke rumah penyayang di PEKAN :)
kalau saudari ingin bertemu die,,boleh cari die di sana :D

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails