Salam.
Sesuatu yang ingin dikongsikan di sini.
Sila lihat video di bawah.
Cuba ambil pengajaran dari kisah mimpi gadis ini.
Silalah pula baca komen-komen orang tentang mimpi ini.
Baca pendapat-pendapat mereka semua.
(klik pada gambar untuk membaca tulisannya dengan jelas)
Persoalannya, adakah dibolehkan menceritakan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w. secara terbuka,
seperti ini?
Mana yang baik dari kisah ini,
sama-samalah kita jadikan teladan.
Tapi ada hal lain yang perlu juga dipertimbangkan semula.
Wallahua'lam.
p/s: Aku akan cuba bertanya kepada orang-orang yang lebih arif dalam hukum-hakam agama. Insya-Allah, sebaik saja mendapat jawapan yang pasti, aku akan poskan di sini. Apapun, ambillah iktibar daripada kisahnya sahaja.
5 comments:
apa yang saya tahu.. mimpi yang baik itu seharusnya diiceritakan kepada yang rapat dengan kita sahaja... manakal yang buruk itu sekadar disimpan untuk pengetahuan kita.
ustazah sy jg kata begitu. tp td, lps berbuka sy tanya pd mak. mak kata, Rasulullah takkan dtg menemui seorg wanita dlm mimpi wanita tersebut tanpa ditemani mahramnya. wallahua'lam. sy akan tny pndt org2 lain yg pakar dlm bab2 ni. insya-Allah.
:) Salam, sahabatku Zimah..
Bukan nak komen apa-apa, merasakan diri dan mana-mana manusia di luar sana tak sehebat Nabi Yusuf a.s dalam menafsir mimpi..
Cuma teringat kata-kata Saidina Umar r.a yang bermaksud, "Kebaikan mana yang ingin kamu sampaikan, maka sebarkan. Keburukan mana yang ingin kamu sembunyikan, maka diamkan"..
Daripada bacaan kite tentang komen-komen mereka dalam pic yang Zimah letak, ia jelas menunjukkan ilmu kita semua sangat-sangatlah terhad tentang satu-satu perkara rohaniah..Semua bertikam lidah, menegakkan 'sayalah yang benar' dengan disertakan sekali kata-kata ulama-ulama dari sana sini..
Seharusnya mereka fikir jauh sedikit, kata-kata ulama tentu berkait rapat dengan situasi pada ketika itu..Sekiranya satu zaman itu penuh dengan fitnah, sama ada baik atau buruk satu-satu hal, fitnah tetap akan terjadi..Teringat bacaan dari SOLUSI isu ke 32 @ 33, yang mana ada sentuh tentang perkongsian @ pendidikan satu-satu ilmu itu haruslah sesuai dengan zamannya..Kalau kata-kata ulama yang ditegakkan, perlu diselidik, bila dan di mana, dan atas sebab apa..
Setiap individu berbeza pendapat..Lihat saja mazhab, ada 4 kan? Menunjukkan satu-satu ajaran itu mengikut kesesuaian tempat, masa, keadaan..
Komen tentang video, kite rasa lebih selamat berada di tengah-tengah..Iaitu tak terlalu jumud, dan tak pula terlalu ekstremis..Tentang boleh atau tidak, sekiranya banyak percanggahan, ingatlah bahawa ALLAH SAJA YANG TAHU..Tak perlulah diselidiki dalam-dalam..Kerana sungguh, bagi kite ini hanyalah sekadar perkongsian..
Hal kecil saja..Berkongsi..Tapi jadi fitnah pula..Harus diingat, siapalah kita manusia ini nak menjatuhkan hukum..Siapalah sangat ulama-ulama itu yang diagung-agungkan ilmu mereka? Baliklah kepada Al-Qur'an..Carilah ayat yang mengatakan HARAM menceritakan hal mimpi, lebih-lebih lagi bertemu Rasulullah s.a.w...Tiada, kan?
Kite tak kata 'boleh'..Tapi kite rasa lebih selamat berada di tengah-tengah..Bimbang kebenaran yang dicari, makin akan kusut..Allah tak suruh pun kita fokus mimpi orang, lebih baik fokuskan diri kepada ibadat dan misi sebagai khalifah di muka bumi, fikirkan bekalan apa kita akan bawa balik ke alam sana nanti..Ilmu di dunia ini berbagai, janganlah cari ilmu yang tak tercapai dek akal..
Bagi kite, video tu banyak beri kebaikan..Walaupun benar atau tidak itu menjadi bahan bualan, rasanya tak ada pulak ditulis perkara yang buruk..Kalau Nabi s.a.w yang diagung-agungkan, so what's the problem? Allah juga kata siapa yang mengikut Nabi s.a.w, samalah juga seperti taat kepada Allah..
Kesimpulannya, jangan mudah menilai dan menghentam..Sedar dengan ilmu cetek yang kita ada..Kalau dengan video ini, membakar semangat para du'ah di luar sana, adakah itu satu benda yang bagus? Manusia sering menjadikan satu-satu perkara itu susah dan payah..Walhal Islam itu mudah, ikut ajaranNya dan tinggalkan laranganNya..Tak memudaratkan pun, tak serabut kepala pun..Benda-benda yang mengelirukan, sekiranya di luar jangkauan ilmu yang kita ada, ada baiknya biarkan saja..Bimbang makin dicari, makin iman kita goyah..hmm...
"The more you seek, the more you don't know.." - itu satu perkongsian dari seorang lecturer Psychology ((katanya kata-kata itu datangnya daripada lecturernya sewaktu dia buat Master))
Kite melihat video ni sebagai 1st impression..Tak perlu gali lebih..1st impression is always GOOD!! Sebelum kecewa di kemudian hari, ada baiknya kita anggap ini GOOD saja..Secara tak langsung, didik prasangka yang positif saja.. :)
Allahualam....
* Hal kecil saja..Berkongsi..Tapi jadi fitnah pula..Harus diingat, siapalah kita manusia ini nak menjatuhkan hukum..Siapalah sangat ulama-ulama itu yang diagung-agungkan ilmu mereka? Mereka juga berbeza pendapat sesama sendiri!! Tambahan, sungguh kasihan apabila niat mereka berkongsi pendapat, tapi disalah guna pula oleh pihak-pihak yang tak bertanggungjawab; nak menegakkan benang yang basah, demi kukuhkan hujah mereka..
Baliklah kepada Al-Qur'an..Carilah ayat yang mengatakan HARAM menceritakan hal mimpi, lebih-lebih lagi bertemu Rasulullah s.a.w...Tiada, kan?
kak nad:
terima kasih ats pendapat anda. sgt menghargainya, insya-Allah. jika sesuatu perkara itu lbh byk mendatangkan kebaikan daripada keburukan, zmah pun akan amik ibrah drpdnya dan mula praktikkan dalam kehidupan.
wallahua'lam.
Post a Comment