About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Tuesday, 16 August 2011

Puisi: Belum Tentu... Tapi...



Di kala diri dalam kesusahan
Belum tentu ada yang ingin menolong
Tapi
Sahabat g-13 sentiasa ringan tulang
Tangan dihulurkan memberi bantuan
Senyuman disedekahkan penuh kecintaan


Di kala diri dalam kesunyian
Belum tentu ada yang ingin menghiburkan
Tapi
Sahabat g-13 sentiasa peka dengan setiap keadaan
Ketawa mereka menjadi penawar hati
Cerita-cerita mereka menjadi pengubat rindu

Di kala diri dalam kelelahan
Belum tentu ada yang ingin melegakan
Tapi
Sahabat g-13 datang membawa ketenangan
Kata-kata semangat pembakar diri
Menjadi insan baru harapan ad-Din 


Di kala diri tersilap langkah
Belum tentu ada yang ingin mengingatkan
Tapi
Sahabat g-13 tidak pernah lupa berkongsi buah fikiran
Tazkirah diberi sebagai peringatan
Disampaikan pula dengan penuh berhikmah


Di kala diri mencari Tuhan
Belum tentu ada yang ingin menunjukkan jalan
Tapi
Sahabat g-13 menyediakan kemudahan
Bersama menarik tangan
Membina tali persaudaraan yang utuh
Jambatan hati turut didirikan
Demi mencapai keredaan Tuhan


Nota: Puisi ini dinukilkan khas buat semua sahabat g-13 Al-Amin yang kukasihi, sebagai pembuka  kata bagi post ini dan sebagai bukti kecintaanku pada ukhuwah ini. Ketahuilah, aku mencintai sahabat-sahabatku hanya kerana Allah semata-mata.


Cetusan Hati (ringkasan): Iftar Jamaie '11


Ikhwan g-13
Akhawat g-13


Dua hari yang lepas - 14 Ogos 2011,
g-13 Al-Amin telah mengadakan iftar jamaie  bagi tahun 2011.

Semua ahli g-13 dijemput hadir. Tidak dilupakan beberapa orang guru yang telah banyak berbakti pada kami sebagai penyeri majlis.

Alhamdulillah... ramai yang hadir, dengan harapan tiada pembaziran yang akan berlaku.

Macam-macam adegan yang ditayangkan semasa 'persembahan siaran langsung' ini.
Macam-macam watak yang dimainkan oleh para pelakon di atas 'pentas' rahmat.
Macam-macam ragam manusia boleh saksikan pada hari kejadian.

Majlis dimulakan dengan solat asar berjemaah, tapi aku tak hadir lagi pada waktu ni. Solat sendiri saja di rumah. Rugi rasanya.

Kemudian, diikuti pula dengan bacaan Ma'thurat sebagai pelengkap petang itu.
Petang yang sungguh mendamaikan. Diisi oleh ayat-ayat cinta Ilahi dengan bertadarus (sendiri dan beramai-ramai), diselimuti pula oleh satu lembaran ukhuwah yang begitu indah sekali lukisannya.

Yang ikhwannya bertukar-tukar buah fikiran diselangi gelak tawa yang menceriakan,
yang akhawatnya pula bertukar-tukar kisah hidup berkongsi suka dan duka bersama.

Subhanallah... walaupun sudah lama terpisah, namun ikatan ukhuwah terasa kian kukuh tercantum.
Jambatan hati yang dibina masih kukuh berdiri. Ku tak harap ia kan runtuh suatu hari nanti.
Sebaliknya semakin kuat tapak binaannya hingga hari perhitungan menjelang tiba.

Hilang pula rasa lapar dan dahaga,
saat telinga sibuk menperdengar kalam rindu dari teman-teman hati, sahabat-sahabat seperjuangan.
Terasa seperti masa terhenti seketika, memberi ruang kepada kita meneruskan cerita.

Indahnya saat itu. Aku putarkan semula video yang telah kita rakam bersama.

Malam datang menjemput, juadah berbuka puasa sedia menanti di dalam talam.
Terkenangku saat kita menikmati hidangan bersama-sama ketika di bangku sekolah.

Solat isya' dan tarawih menjadi pelengkap majlis kita pada malam itu.
Empat orang bakal pemimpin muda, bergantian mengimami solat-solat kita.

Saat berpisah datang semula. Tapi hanya jasad, hati tetap bergabung erat bak seutas tasbih,
yang dicantum demi cinta-Nya, diratib demi redha-Nya.

Semoga kita bertemu lagi. Jika bukan di dunia, tapi di taman-taman syurga.

Salam ukhuwah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails