Entah kenapa, hati sedih saja sekarang ini
Rasa semakin ingin menjauhkan diri
Sejauh-jauhnya
Tak akan biarkan diri ini dijejaki lagi
Oleh dia
Andai dia mencari
Akukan terus bersembunyi
Namun
Akukan terus bersembunyi
Namun
Selangkah aku melarikan diri
Seribu langkah perasaan itu mendekati
Dadaku sesak
Nafasku seolah-olah terhenti
Nafasku seolah-olah terhenti
Cukuplah!
Cukuplah dengan mainan perasaan yang mendustai
Aku sudah letih
Sudah jemu
Sudah muak
Dengan sandiwara ini
Sudah jemu
Sudah muak
Dengan sandiwara ini
Pergi jauh-jauh
Tinggalkan aku sendiri
***
Jika kau berasa kecewa
***
Jika kau berasa kecewa
Pandanglah ke sungai
Airnya tetap mengalir
Biarpun berjuta batu yang menghalang
Jika kau berasa sedih
Pandanglah ke langit
Kakkan sedar bahawa
Allah itu sentiasa bersamamu
Airnya tetap mengalir
Biarpun berjuta batu yang menghalang
Jika kau berasa sedih
Pandanglah ke langit
Kakkan sedar bahawa
Allah itu sentiasa bersamamu
p/s: Selalu ingat pesan Kak Uda. "Tolonglah jangan letak apa-apa post yang berkaitan dengan hati dan perasaan di blog. Orang lain akan berpandangan serong dekat adik." Tapi kenapa perlu peduli? Ini blog aku. Ruangan aku. Aku bebas menulis apa saja yang terlintas di ruang fikiranku. Asal tidak menyebarkan ajaran sesat (na'udhubillah), tangan ini akan terus menulis hingga ke akhirnya. Inilah yang aku pelajari daripada penulis-penulis tersohor pada abad ke 19 dan 20 yang lalu.
:'(
No comments:
Post a Comment