Carilah kekayaan di sebalik kemiskinan
Carilah kecantikan di sebalik kehodohan
Carilah kecerdikan di sebalik kejahilan
Carilah kelembutan di sebalik kekerasan
Carilah kelebihan di sebalik kelemahan
Carilah kekuatan di sebalik kesakitan
Carilah kejayaan di sebalik kegagalan
Carilah keramaian di sebalik kekurangan
Carilah kepastian di sebalik kebingungan
Carilah keistimewaan di sebalik keganjilan
Carilah kedamaian di sebalik kesengsaraan
Carilah kejujuran di sebalik kebohongan
Carilah ketenangan di sebalik kegelisahan
Carilah kemanisan di sebalik kepahitan
Carilah kebersamaan di sebalik kesepian
Carilah kebahagiaan di sebalik kesedihan
Carilah keramahan di sebalik kebengisan
Carilah keriangan di sebalik kedukaan
Carilah pertemuan di sebalik perpisahan
Carilah persamaan di sebalik perbezaan
Carilah kebaikan di sebalik kejahatan
Carilah permulaan di sebalik penamatan
Carilah kecintaan di sebalik kebencian
Carilah kehidupan di sebalik kematian
Hidup ini suatu pengembaraan
Suatu pencarian
Hidup kita di dunia ini
Haruslah tidak berhenti daripada terus mencari
Mencari sesuatu di sebalik sesuatu
Kerana yang dicari itu sering tersembunyi
Dan ia tidak akan bisa didapati
Jika diri tidak mula mencari
Wahai da'i
Jangan pernah berhenti dari pencarian ini
Cari, cari dan teruskan mencari
Mencari tanpa lelah
Tanpa resah
Tanpa gundah
Yang dicari akan ditemukan
Jika yang mencari terus tabah
Sekalipun letih datang menerjah
Diri akan terus tegar
Untuk terus mencari sesuatu yang hilang
Tanpa jemu
Tanpa henti
Teruskan mencari
Dengan bantuan dan izin-Nya
Yang dicari itu pasti ditemukan
Nota: Kadang-kadang kita tak nampak hikmah di sebalik sesuatu yang Allah turunkan kepada kita. Sesuatu yang kelihatannya berat untuk diterima akal fikiran, apatah lagi hati. Sesuatu yang diri ini terasa lemah untuk melaluinya. Kadang-kadang mata kita dibutakan dengan setiap sesuatu yang buruk yang Allah jadikan di dunia ini. Kadang-kadang kita terlepas pandang bahawa setiap yang Allah jadikan untuk kita di dunia ini ada sisi positif dana negatifnya. Kenapa? Kenapa kita begitu? Bukankah kita adalah hamba-Nya yang beriman? Beriman akan setiap qada' dan qadarnya? Mengimani segala nikmat dan ujian yang diturunkan-Nya. Mengimani kuasa-Nya menciptakan dan memusnahkan sesuatu hanya dengan sekelip mata. Namun, itulah kita. Tapi janganlah begitu. Kita harus ingat bahawa terdapat Ying di sebalik Yang. Terdapat positif di sebalik sesuatu yang negatif. Tak semua benda yang Allah jadikan di dunia ini buruk belaka. Mungkin buruk pada rupa tapi cantik hiasan dalamannya. Dan tak semua yang jahat akan kekal jahat selamanya. Pada satu lagi sisinya terdapat kebaikan yang tidak diduga. Siapa sangka, bukan? Oleh itu, jangan berhenti mencari. Carilah. Kita tidak akan rugi. Carilah, kita tidak akan dikecewakan di akhir pencarian kita ini.
:')
No comments:
Post a Comment