~Bismillah~
Cerita tentang iftar. Tahun ni, tak tahu kenapa rasa macam semua orang menjauh. Orang ni ada masalah dengan orang ni. Orang tu ada masalah dengan orang tu. Orang ni ada masalah dengan orang tu dan orang tu ada masalah dengan orang ni. Haii... macam-macam. Bila dah berlaku salah faham, masing-masing ego untuk meminta-maaf dan memaafkan. Sampai bila nak macam ni?
Tapi... kalau dah namanya ohana, masalah besar macam mana pun mesti tak lama gaduhnya. Beberapa hari lepas tu baiklah. Mana tak baiknya. Darah yang sama mengalir dalam badan. Asal usul pun sama. Dari rahim yang sama. Dari benih yang sama. Rasa marah macam mana pun, rasa sayang tetap lagi banyak dari rasa marah. Nilah part yang paling saya suka tentang ohana dan saya bersyukur sebab Allah beri saya ohana yang baik walaupun tak semua mereka perfect.
Apa yang menyedihkan saya pada Ramadhan kali ni, kalau masa iftar tak semua ada pada satu masa yang sama. Macam tahun lepas. Mungkin masanya belum tiba lagi kot sebab kita masih berada di awal Ramadhan. Tak apa. We still got a lot of time to iftar together.
Kelmarin, Kak Long, Abang Long dan Kamil datang iftar di rumah. Kalau Kak Long datang rumah, maka dialah tukang masaknya. Kak Long kalau bab-bab memasak ni, dialah nombor satu dalam keluarga. Sekali dia mula masak, saya turun je, "Long, nak tolong apa lagi ni?" Kak Long cakap, "Leehhhh... dah siap dah semua." "Eh, kejapnya?" Kak Long pun, "Hmmm..." Kak Long memang cekap memasak. Nak kata professional cook in the family, haa... Kak Longlah orangnya. Dah tak ada orang lain dah yang dapat beat Kak Long. Hehe. Sayang Kak Long.
Semalam, giliran Kak Uda dan Abang Umair pulak iftar di rumah kami. Kak Uda kalau balik rumah, rumah ni macam ada 20 orang. Bising, kecoh dan riang ria, haa... itulah kakak saya yang kedua, Kak Uda. Rasa seronok ada Kak Uda dekat rumah. Ceria je suasana. Tapi malam tu, kami solat terawikh di surau lain-lain. Mereka terawikh di surau Perwira Indah dan saya dengan mak dan Zaim terawikh di surau Danau Kota. Balik je dari terawikh, mak cakap, "Dik, Kak Uda pesan bila dia balik je nanti dia suruh teman dia tengok tv." Bila dah lama duduk overseas, memang akan mengalami masalah dengan time zone. Kalau masa tengah malam, dekat Mesir siang. So, bila dia balik Malaysia, dia jadi aktif waktu tengah malam dan dia tidur waktu siang. Dah jadi macam burung hantu pulak. Disebabkan dia tak boleh tidur, dia pun ajak saya tengok Running Man dengan dia dekat bawah. Aduihh... dahlah saya ni bukan peminat Running Man tapi demi dia, saya layankan jugak. Memang dia balik terawikh tu, kira marathon midnight movies dengan dia malam tu. Lepas habis tengok Running Man, kami layang Final Destination 5. Punyalah terjerit-jerit bila tengok kematian yang mengerikan. Hehe. Macam apa je. Lepas tu, dia paksa pulak saya sambung tengk cerita Korea tajuk Ghost tapi ni bukan cerita hantu ya. Cerita ni best ala ala Iris (Korea jugak). Cerita Ghost ni pasal hackers yang hebat macam mana dia boleh hack orang sampai melibatkan kes pembunuhan. Nak katanya, it's not a love story which is to me is much more interesting and entertaining sebab ia berkaitan dengan isu semasa. Masa tengok Ghost, saya terlelap banyak kali. Tapi setiap kali terlelap tu, Kak Uda mesti, "Hah! Adik, janganlah tidur! Adik kena tengok ni. Kalau tak, adik takkan faham!" Ya Allah, sampai macam tu sekali dia torture saya malam tu. Last-last, tak tidur sampai mak bangun untuk masak sahur. Hehe. Kak Uda, Kak Uda. Even dah kahwin tapi Kak Uda masih Kak Uda Imah yang cool dan macho! Sayang dia!
Hari ni pulak turn Angah sekeluarga dan Abang Nwar dan isteri iftar bersama kami. Iftar yang ni ada kelainan sikit sebab julung-julung kalinya kami makan beramai-ramai di ruang tamu sambil bersila (bagi yang lelaki) dan bersimpuh (bagi yang perempuan). Hehe. Bak kata mak, "Mesti happening makan atas lantai!" Sebab rumah kami tak ada perabot. Cushion hantar kedai sebab tukar baju baru. Nak raya kan. Sofa pun nak baju raya jugak. Hehehe... Kak Arsyi (isteri Angah) buat puding roti. Sedap sangat! Rasa puding tu just nice. Bak kata Kak Arsyi, "Maklumlah... puding orang berpuasa..." tapi sedap giler! Kak Arsyi memang terer bab-bab masak Western cuisine. Not badlah. Abang Nwar dan Kak Aishah tolong belikan air teh bunga. Berbungkus-bungkus. Betullah kata mak. Saya pun rasa iftar kami hari ni sangat happening walaupun Kak Long dan Kak Uda tak ada bersama.
Tapi nak katanya iftar dengan ohana merupakan pengalaman yang paling bermakna dalam hidup saya. Saya jarang cerita pasal ohana saya di sini. Tapi apa salahnya kalau hari ni saya cerita sikit, kan? Sebab saya rasa dalam banyak-banyak harta yang saya miliki dalam dunia ni, ohana adalah harta saya yang paling berharga.
Semoga Allah memberkati ohana saya.
"Ohana..."
"What?"
"Hey, get away from her."
"No, what did you say?!"
"Ohana means family. Family means nobody..."
"... nobody gets left behind."
Lilo and Stitch The Movie
p/s: Kan lagi seronok kalau arwah Atuk pun ada sekali. Rindu Atuk. Al Fatihah.
:')
No comments:
Post a Comment