About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Saturday, 6 July 2013

Mati

~Bismillah~

Mati. 
Apa maksud mati?
Setiap orang ada makna dan definisi yang berbeza-beza terhadap perkataan mati.
Maksud tipikal bagi perkataan mati ialah sudah tak bernyawa ataupun tak lagi hidup. 
Maksud tipikal lain bagi perkataan mati ialah sudah tiada lagi di dunia ni atau ke alam lain.
Inilah makna mati yang kita biasa dengar dan hampir semua orang menerimanya.

Tapi saya...
saya ada maksud saya sendiri untuk perkataan mati.
Tak ada siapa yang berhak cakap ianya salah atau tak benar sebab macam cinta, mati ialah subjektif.
Selama saya belajar bahasa, apa yang saya faham ialah maksud atau makna sesebuah perkataan diberi berdasarkan situasi atau keadaan perkataan itu digunakan oleh si penutur bahasa.
Sama juga macam mati.

Dalam kamus hidup saya, mati bermaksud...
sudah tak ada kaitan dengan diri saya
buat selama-lamanya.
'Orang yang sudah mati' bagi saya ialah orang yang pernah membuat hati saya luka berdarah dan meninggalkan luka dan parut di dalamnya...
Orang sebegini, saya anggap sudah 'mati' walaupun dia sebenarnya hidup di alam nyata.
Ya, dia memang hidup. Jasadnya sihat wal'afiat, tapi dalam hidup saya, dalam hati saya, sudah tiada tempat lagi untuknya...
Dia sudah mati.

Orang yang sudah mati ni, saya cuma ada satu pilihan untuknya,
bahawa saya akan melupakannya dan takkan sesekali pernah menerimanya kembali.
Seperti di alam nyata, mustahil untuk kita menerima orang yang 'sudah mati' kembali ke dalam hidup kita.
Ianya sangat tak mungkin!

Pernah sekali saya dipertemukan dengan seorang hamba Allah.
Saya menggelarnya Pelangi.
Dia seorang yang sangat lemah lembut dan baik hati.
Hanya ini yang mampu saya describe dirinya.
Tapi betul kata orang.
Baik macam manapun orang dekat kita tapi kalai sekali dia dah melukakan hati kita,
dan kalau luka yang ditinggalkan tu memberi kesan pada hidup kita serta menpenaruhi jugak orang sekeliling kita,
akan hadirlah sebuah perasaan buruk kita terhadap dirinya.

Untuk mengelakkan daripada perasaan sebegitu terus meraja, kita akan berkeputusan untuk melupakannya saja.
Tapi, nak melupakan seseorang yang pernah mendapat tempat istimewa dalam hati kita,
memang bukan suatu perkara yang mudah.
Tapi kalau kita terus mengingatinya, kita menderita.
Hati kita terseksa. Setiap hari kita merasakan bahawa hati kita bagai dimamah oleh perasaan dan emosi kita sendiri. Dan akhirnya, jasad kita juga menerima akibat buruk.

Dalam kes Pelangi, 
oleh kerana dia meninggalkan kesan yang sangat hebat dalam hidup saya,
gara-gara perbuatan dia yang meninggalkan saya begitu saja,
membuat saya berkeputusan untuk terus melupakannya.
Tapi saya tak mampu. Setiap hari,
pasti air mata akan menitik setiap kali teringatkan dia, teringatkan kebaikan-kebaikannya pada saya.
Makan jadi tak lalu. Apa-apapun tak mampu buat.
Tak ada kekuatan. Jasad jadi lemah. Rasa nak pitam setiap kali wajah dia terbayang dalam kepala.
Hati meronta-ronta seolah-olah berkata, "Kenapa dia buat macam ni???????!!!!!!!!"

Oleh itu, 
demi mengeluarkan diri saya daripada cengkaman penderitaan ini,
saya buat keputusan untuk 'membunuh' dia dari hati saya.
Saya mematikan dia. Hanya dengan menganggap dia mati, hati saya belajar untuk melupakan dia
sedikit demi sedikit.
Kini, dia bukan siapa-siapa lagi. Dia sudah mati. 
Kalau orang bertanya tentang dia pada saya, saya akan cakap, "Saya tak kenal dia."
"Sebab orang yang saya kenal tu dah mati. Dah tak wujud lagi dalam hidup saya."
Satu lagi sebab kenapa saya menganggapnya sudah mati.
Dia dulu dan dia sekarang, dia yang saya kenal, kini, sudah berubah.
Bagi saya, dia dulu dan dia sekarang adalah dua manusia yang berbeza.
Mereka tak sama walaupun wajah mereka seiras dan jasad mereka serupa.
Tapi bagi saya, mereka orang lain!
Pelangi saya dah mati! Pelangi saya dah mati!
Tak ada siapa berhak menafikan fakta ni!

Sekali lagi saya tekankan.
Kadang-kadang kita terpaksa menganggap seseorang yang pernah lukakan hati kita tu sudah mati,
untuk memastikan hati kita tidak terus menerus menderita kerana terkenangkan dia.

Dalam konteks ni, kita perlu pentingkan diri sendiri.
Dan di saat-saat beginilah baru kita sedar bahawa kita lebih mencintai diri kita,
berbanding kita cintakan orang lain kerana diri kita lebih memerlukan kita daripada orang lain memerlukan kita.

Inilah penjelasan saya tentang mati.
Kalau kamu faham, bermaksud, kita berada dalam sampan yang sama.

Kalau kamu tak faham dan tak boleh terima, maka tinggalkanlah saya.

Ja!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails