About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Sunday, 7 July 2013

Puisi: Awak

~Bismillah~

awak
dulu saya langsung tak kenal awak
walaupun pernah sekali kita berprogram bersama
tapi 
saya rasa awak jauh dari saya
jauh sangat
sampailah saya dipilih berlakon teater
walaupun awak selalu ada
masa raptai teater
tapi saya tak pernah cuba 
untuk berborak dengan awak
saya hanya tahu nama awak
tapi saya tak pernah menghulurkan tangan 
memberi salam persahabatan

awak
ingat tak dulu
masa raptai teater
saya tak pakai cermin mata
tu pertama kali awak lihat muka saya
tanpa kaca mata
dan awak terpana memandang wajah saya
kata-kata awak pada saya
masih segar dalam ingatan
tahu apa awak cakap?
awak kata
"cantiknya Zmah! mata en tak boleh nak lepas pandang muka zmah. nak pandang je!"
saya jadi malu awak kata macam tu
seolah-olah saya ni bidadari yang turun dari kayangan
pada mata awak
tapi sungguh masa tu hati saya terharu

kek batik yang awak buatkan untuk saya. sedap sangat!

awak
saya pun tak pasti 
macam sekarang kita boleh jadi rapat sangat
rapat sehinggakan awak selalu ada untuk saya
masa saya sedih masa saya gembira
awak tak pernah tinggalkan saya
tapi saya kecewa
sebab saya tak mampu nak bersama awak
di saat awak memerlukan tadahan air mata
maafkan saya awak
segala kebaikan yang awak buat saya
saya tak dapat nak balas yang sama
hanya doa yang dapat membuatkan 
hati saya sentiasa bersama awak
walaupun saya tak bersama awak
tapi awak tetap akan dapat rasa kehadiran saya
dalam hati awak
sebab
doa saya tak berhenti mengalir untuk awak
setiap kali sebelum tidur
awak mesti akan ada dalam ingatan saya
bila kita tak bertemu
hati saya akan terus tertanya-tanya
"awak, awak ok ke tu? awak menangis lagi tak hari ni?"
andai saya bersama dengan awak masa tu
mesti saya dah peluk awak erat-erat
dan awak boleh menangis semahu-mahunya di bahu saya

surat cinta awak untuk saya. kreatifnya awak!

awak
dalam dunia ni Tuhan ciptakan  banyak perempuan yang cantik
tapi bagi saya
dalam banyak-banyak tu
awaklah yang paling cantik sekali
sebab hati awak murni
keluhuran hati awak yang membuatkan
awak kelihatan cantik di mata saya
awak tahu tak?
awak adalah bidadari di hati saya
awak nampak keras tapi 
sebenarnya hati awak lembut sangat
kelembutan hati awak
yang diisi dengan kasih sayang sesama manusia
berjaya membuatkan saya jatuh cinta dengan awak

awak
awak sahabat terbaik saya
awak tahu tak?
awak selalu tolong saya
awak selalu bagi saya hadiah
awak selalu ada untuk saya
awak selalu buat saya ketawa
awak selalu cari ruang untuk berborak dengan saya
awak selalu buat saya rasa yang saya tak pernah sendiri
awak sangat bermakna dalam hidup saya

awak
mungkin kata-kata ini masih belum cukup
untuk menjelaskan betapa 
awak insan berharga dalam hidup saya
tapi takpelah
saya cuma nak awak tahu
yang awak sangat istimewa
sejak saya kenal awak
saya kurang menangis
sejak saya rapat dengan awak
saya jadi banyak cakap
sejak saya jadi sahabat awak
saya jadi banyak ketawa
walaupun ada masa saya menangis juga
tapi awak selalu datang tepat mada masanya
saya jadi ceria kembali


awak
sampai bila-bila pun
awak tetap ada dalam hati saya
sampai saya mati
sampai saya dibangkitkan semula
dan sampai kita bertemu di syurga
awak tetap dalam hati saya
dan saya harap
awak adalah antara sahabat pertama 
yang saya akan cari di syurga Tuhan nanti
sebab awak bukan saja sahabat
tapi awak teman sejati saya

awak
saya jatuh hati dengan kebaikan awak
awak
saya sayangkan diri awak
awak
saya takkan tinggalkan awak sendirian
awak
ingat ya kata-kata saya ni
sampai bila-bila pun
awak tetap hidup dalam hati saya


awak
awak adalah hadiah terindah Tuhan untuk saya
pastikan awak jaga diri awak baik-baik ya
supaya nanti masa di syurga 
awak kelihatan ceria
lebih ceria dari sekarang

sebab itulah awak
gadis lincah yang ceria
dan selalu buat orang lain tertawa

awak...
saya tak nak awak sedih sedih lagi ya
sebab kesedihan awak kesedihan saya
sebab kesakitan awak kesakitan saya jugak
awak kena selalu senyum dari hati
supaya dengan itu saya juga mampu tersenyum
setiap hari

1 comment:

ensiyahmuhammad said...

for someone dedicating this specially for me, this truly honest expression makes my tears drop without even me notice it.

i dont have any word that can describe exactly what i feel ryte now.

truly from my heart.

i really appreciate this. to infinity.

thank u zimah for everything.

*you really touch my heart dear*

:'(

*sangat terharu*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails