Mengajar kanak-kanak riang bawah 12 tahun memang sangat memenatkan dan memeningkan kepala. Tapi ianya sangat best! Mengajar mereka telah berjaya membuat saya mencapai kepuasan diri ke tahap yang maksimum. Kepuasan apa? Iaitu kepuasan dalam mendidik mereka menjadi Good Muslims. Kadang-kadang kita marah sebab tak tahan dengan kenakalan mereka, kemalasan mereka dan perangai mereka terlalu huha-huha tu. Tapi yang menariknya jadi teacher ni, marah macam mana pun kita, kadang-kadang kenakalan mereka tu jugaklah yang membuatkan mereka tampak comel di mata kita dan kenakalan mereka jugaklah yang mengembalikan semula senyuman dan ketawa riang di wajah kita.
Kanak-kanak riang ria... merekalah penyejuk hati kita.
:')
p/s: Thanks to Matluthfi90 for uploading this video. It's really an inspiration.
No comments:
Post a Comment