~Bismillah~
Setiap orang ada komitmen masing-masing. Komitmen yang harus mereka penuhi. Komitmen yang harus mereka laksanakan. Sama ada dalam keluarga mahupun dalam jemaah. Kadang-kadang segala impian dan angan-angan menjadi tertangguh kerana komitmen-komitmen tersebut. Walau tak pernah terlintas di hati untuk menangguh-nagguhkannya, namun, atas ketentuan Tuhan, segala perancangan tidak mampu terpenuhi.
Di sinilah datangnya ungkapan, "Manusia hanya mampu merancang, namun Allah jualah yang menentukan."
Dan tidak ada sesiapapun yang mampu menyangkalnya lagi.
Semuanya diterima bulat-bulat dengan lapang dada.
Sebagai contoh, seseorang ingin bernikah. Dia tetapkan dalam umur sekian-sekian, tanggal sekian-sekian, dia bakal berkahwin dengan pasangan hidupnya. Namun, atas sebab ada komitmen yang harus dia jalankan dalam jangka waktu itu, niatnya yang suci terpaksa dibelakangkan dengan mengkedepankan komitmen tersebut. Antara jemaah dan kahwin, jemaah menjadi pilihan. Antara kerjaya dan kahwin, sudah tentulah kerjaya didahulukan. Antara keluarga dan kahwin, sudah semestinya keluarga menjadi keutamaan.
Dalam hidup ni, memang tak ada siapa yang mampu lari daripada membuat pilihan.
Dan sememangnya pula memilih satu daripada dua, lebih sukar berbanding dengan memilih satu daripada sepuluh.
Dua pilihan sentiasa memeningkan kepala.
Bagaimana nak memilih satu tapi terpaksa melepaskan satu lagi yang tak kurang tinggi nilainya pada kita?
Berbalik kepada komitmen.
Kerana komitmen, hati-hati yang selama ini dijaga terpaksa dilukai,
hanya buat sementara waktu. Memohon agar mereka bisa mengerti bahawa segala yang terjadi bukan atas kehendak diri, tapi atas ketentuan Ilahi.
Menangguhkan impian atau angan-angan bukanlah satu benda konkrit yang akan kekal begitu selamanya.
Ia bisa berubah seiring dengan berjalannya waktu dan perancangan Allah tadi.
Apa yang harus dititikberatkan adalah kepercayaan dan doa yang tak pernah putus.
Komitmen...
satu perkataan yang mendalam maksudnya pada majoriti orang.
Kerana komitmen jualah,
kita berada di bumi Allah ini.
Wallahua'lam.
No comments:
Post a Comment