~Bismillah~
Pertama kali saya baca puisi sependek ini
dan pertama kali juga hati saya bagai dicucuk-cucuk membaca isi puisinya
Meh saya quote.
pagi menangis,
tengah hari bergembira,
petang berpenat,
senja bersama,
malam bersakit.
satu hari.. menarik.
tengah hari bergembira,
petang berpenat,
senja bersama,
malam bersakit.
satu hari.. menarik.
Puisi ini saya petik daripada blog sahabat saya. Buah hati saya.
Saya tahu sejak dua menjak ini tiada apa yang membelenggu dirinya melainkan kesedihan.
Dan saya rasa kecewa sebab sebagai sahabat, saya tak mampu buat apa-apa untuk mengurangkan rasa sedihnya.
Naifnya saya sebagai sahabat.
Saya tahu dia sedang berduka, tapi saya gagal mengukirkan senyuman di wajah manisnya.
Bila saya membaca puisi ini, hati saya bagai dirobek-robek sama.
Siapa tak sakit bila melihat hati sahabat sendiri disakiti, walau saya tahu
dia yang menyakiti hatinya itu mungkin tiada niat untuk bertindak sejauh itu.
Lantas, demi mengurangkan sedikit rasa sedihnya, saya menghadiahinya seutas jam tangan murah.
Sebab ini saja yang termampu saya berinya bersempena Hari Raya.
Untuk kamu, sahabat, kenapa jam tangan menjadi pilihan aku sebagai hadiahmu?
Kerana aku ingin kau hitung sendiri detik-detik indah yang kau bina dalam hidupmu
Kerana aku ingin kau kira sendiri waktu-waktu kau bersedih dan berduka
Kerana aku ingin kau lebih menghargai masa yang kau ada untuk membina mahligai bahagia
dan yang lebih penting kenapa jam menjadi hadiahku untukmu kali ini adalah kerana
aku ingin kau tahu bahawa setiap detik waktu kau berduka itu
aku sentiasa ada menemanimu dan mendoakanmu
aku selalu berharap agar aku bisa bersamamu
meminjamkan bahuku dan mengelap pergi air matamu
maafkan aku kerana aku tak mampu buat begitu
oleh itu
seutas jam tangan murah ini kuharap
mampu menjadi pengganti diri yang naif ini
Semoga seutas jam tangan ini mampu mengajarmu
bahawa setiap detik waktu yang Tuhan anugerahkan buat kita
harus kita isi dengan momen-momen yang bisa membuat kita tertawa gembira
bersama orang-orang yang kita cinta
*Saya menyayangi sahabat saya
No comments:
Post a Comment