About Me

My photo
i know what's right and what's wrong. i am cheerful and out going. it's hard for me to find the one that i want, but once i find the right person, i won't be able to fall in love again for a long time.

DO WHAT YOU LOVE

"Do what you love and you'll be good at it. Sounds simple enough. But what if you love reading comics, playing video games and watching korean dramas until your eyes pop out? Is it possible to make a career out of such things? What's the alternative? Spend all your time wishing you were brave enough to take that leap? Don't let fear stop you from doing what you love. Because ultimately, it's about being true to yourself."

Followers

Wednesday 28 August 2013

Sukarnya untukku menerima semua ini!

~Bismillah~

Ya. Memang sukar. 
Sukar untuk kita menerima sesuatu kenyataan yang tak begitu mudah untuk ditelan.
Sukar untuk kita menerima kesakitan yang tak pernah atau yang sudah tidak mahu kita rasakan kali ini.
Sukar untuk kita menerima perpisahan yang sudah ditakdirkan.

Segala-galanya susah bagi kita untuk menerima semua ini!
Walau kita akui bahawa kita mempercayai takdir yang sudah tertulis buat kita,
tapi masih lagi hati kita sukar untuk menerima semua ini terjadi.

Kenapa?

Mari bermuhasabah.

Mungkinkah kerana hati kita sudah keras, sekeras batu? 
Walau dicurah air ke atasnya, walau disemburkan api kepadanya,
masih lagi ia tidak lekuk-lekuk dan tidak cair-cair? Sukar dilentur lagi.

Mungkinkah kerana jiwa kita sendiri sedang sakit dan menderita,
dek pengalaman-pengalaman dulu dan kenangan-kenangan pahit 
yang begitu mengkucar-kacirkan hidup sekarang?

Mungkinkah kita sendiri sudah jauh dari Tuhan yang menciptakan kita?
Di mulut kita akui kita beriman kepada-Nya,
namun hati masih penuh rasa sangsi terhadap-Nya?

Begitukah? Tolonglah... mohon agar bukan ini sebabnya mengapa kita sukar menerima
sesuatu yang kita tidak mahu ianya terjadi dalam hidup tetapi telah pun terjadi.

Pasti ada sebab lain, 
yang adakalanya sukar untuk kita kesan.
Walau dalam seribu pencarian, adakalanya ianya tetap akan terus menjadi misteri
kalau itu yang Tuhan berkehendakkan.

Hanya Tuhan sahaja yang Maha Berkuasa, mengetahui segala-galanya.
Apa yang ada di sebalik gumpalan hati,
dan apa yang ada di sebalik tirai minda.

Wallahua'lam. Mungkin ini jawapan terbaik buat masa ini.

Tapi, satu soalan untuk kita sama-sama fikirkan.

Kalau kita percaya bahawa perancangan Allah itu yang terbaik,
kenapa hati senang terluka dan masih berduka pada sesuatu yang telah terjadi, 
bukan atas kehendak dan keinginan kita?

Adakah kita tidak mempercayai-Nya?
Kita was-was, bukan? Mengaku saja! Usah malu!
Atau dengan bahasa yang lebih lembut, kita bukan tak percaya, cuma kita takut je.
Takut apa? Takut kalau-kalau kita tak mampu menerima apa yang telah ditakdirkan tu.

Alahai... susahnya nak puaskan hati manusia ni kan?
Siapa lagi manusia itu kalau bukan kita sendiri.
Sebab itulah doa dan istikharah tu sangat penting! 
Kepada siapa lagi kita nak bergantung harap kalau bukan kepada Allah?
Kalau kita percayakan-Nya, sepatutnya hati kita akan bertambah tenang setiap hari.
Bukannya resah gelisah. 
Tapi kalaulah itu yang kita rasakan sekarang, kita tepuk dada kembali,
ketuk-ketuk sikit pintu hati tu dan cuba tanya diri sendiri.
Sedalam manakah kepercayaanmu pada Ilahi setakat ini?

Darpada situ, kita pasti akan menemukan jawapannya. Kalau dah dapat jawapan,
simpan dengan rapi. Jangan sampai dia bocor ke tangan orang lain. Kalau tak, nahas!

Lagi satu.

Bila kita ada masalah, kita sepatutnya menghadapinya dengan penuh ketenangan dan berlapang dada.
Jangan lari daripada masalah tersebut. Lari dari masalah takkan menyelesaikan apa-apa, 
tambahan akan lebih menambahkan masalah.
Satu-satunya jalan untuk kita selesaikan sesebuah masalah adalah dengan cara menghadapi masalah itu dengan berani dan penuh keyakinan diri!
Dan paling penting sekali, jangan lupa untuk tetap SENYUM walaupun masalah besar sedang melanda diri.
Itu barulah ciri-ciri orang Mu'min, yang 
apabila ia diuji, ia bersabar dan apabila ia diberi nikmat, ia bersyukur.

Kita semua Mu'minuun, bukan?

Oleh itu.....

La tahzan, innallaha ma'assobiriin...

Walau sesukar manapun kita menghadapi sesuatu yang pahit untuk ditelan masuk ke dalam hati,
dengan hati yang penuh redha pada ketentuan Ilahi,
in sha Allah kita pasti boleh menerimanya dengan tenang dan penuh keterbukaan hati.

Cuma jangan lupa untuk ucapkan bismillah setiap hari mulakan kehidupan,
dan alhamdulillah setiap hari menutup cerita. Dan......... hasbunallahu wa ni'mal wakiil... 
agar Allah mempermudahkan setiap urusan yang sukar.

Wallahua'lam.

Jom tidur dengan tenang ^^Selamat malam semuanya. Moga Allah redha. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails